BAB 12.3-GADIS YATIM

134 21 4
                                    

SETELAH beberapa bulan hidup bersama, hubungan tiga sekawan itu kian intim dalam persahabatan mereka menerusi pengembaraan mereka menerokai Freaky World.

"Kali ni, kita nak ke mana pula?" tanya Rozepa berdiri di antara Death Dracula dan Hamashita Natsume.

"Hmm... kita dah pergi merata tempat. Kita dah pergi ke Chernobyl, Gyeonggi, Teshullo Lake, Aokigahara dan Lomé. Yang tinggal cuma Nagasaki," kata Death Dracula tersenyum sambil menggalas beg kembara.

"Kalau macam tu, tunggu apa lagi? Jomlah ke sana!" kata Hamashita Natsume bersemangat.

SETIBANYA di Battleship Island, trio itu melihat penduduk sekeliling. Masing-masing melakukan aktiviti harian. Suasana pun aman dan tenteram.

"Harmoninya!" ujar Rozepa.

"Jomlah masuk!" kata Death Dracula bersemangat.

Mereka melangkah melepasi sempadan lalu memasuki perkampungan. Sekumpulan kanak-kanak bermain di taman awam. Segolongan warga emas rancak berborak.

"Rasanya, dalam banyak-banyak puak yang kita jumpa, puak nilah yang paling sikit jumlahnya," kata Hamashita Natsume mengagak.

"Lebih tepat lagi," kata Death Dracula menyokong.

Rozepa melihat sekeliling lalu ternampak seorang kanak-kanak perempuan bersendirian di tepi taman. Langkahnya terhenti sedangkan dua lelaki itu pula berjalan tanpa menoleh ke belakang.

"Kau rasa, puak mana yang paling kuat sepanjang perjalanan kita ni?" tanya Death Dracula bersahaja.

"Entahlah. Aku pun tak tahu," balas Hamashita Natsume sukar menjawab pertanyaan itu.

Rozepa menghampiri kanak-kanak perempuan yang bersendirian itu. Rambut kanak-kanak yang berwarna putih itu diusapnya, menarik pandangan kanak-kanak tersebut.

"Kenapa adik tak nak main sekali?" tanya Rozepa.

Kanak-kanak itu menundukkan pandangan, ragu-ragu. "Err... adik mana ada kawan nak bermain."

"Kalau macam tu, berkawan jelah dengan mereka tu," pesan Rozepa, mesra.

Kanak-kanak itu menggeleng.

"Kenapa ni? Cuba cerita sikit!" ujar Rozepa tertanya-tanya.

"Saya... mana ada ibu yang boleh bagi kasih sayang... dan saya... tak ada bapa nak berteduh manja. Saya anak yatim. Kak tengoklah mereka tu. Alangkah bahagianya hidup beribubapa," luah gadis cilik itu.

Rozepa memahami situasi yang dialami gadis itu. Senyuman yang sukar ditafsir tercalit di bibir. "Nama adik siapa?"

"Violet Alexander. Nama akak?"

Violet Alexander ketika zaman kanak-kanak(Yang zaman remaja ada dalam bab 13)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Violet Alexander ketika zaman kanak-kanak
(Yang zaman remaja ada dalam bab 13)

"Rozepa. Akak nak tanya. Sini perkampungan apa?"

"Sini perkampungan Battleship Island. Semua dekat sini terdiri daripada puak Alone. Dalam dunia ni, puak nilah paling sikit. Akak tengoklah besar mana pulau ni. Taklah sebesar Isla de Las Muñecas."

Rozepa membelai rambut kanak-kanak itu. "Rumah Violet di mana?"

Jari Violet Alexander ditunding ke arah pangsapuri yang tidak jauh dari situ. "Sana tu!"

"Nak tumpang dekat rumah Violet tak apa, tak?"

"Boleh. Lagipun, adik seorang je yang hidup dalam rumah tu. Jomlah adik tunjukkan jalan." Violet Alexander mengatur langkah ke pangsapuri.

Rozepa hanya mengekori kanak-kanak 5 tahun itu dari belakang.

~★★★~

HAMASHITA Natsume dan Death Dracula masih lagi berbual kosong tanpa menyedari kehilangan Rozepa.

"Aku rasa, puak Suicide tu boleh tahan kuat juga. Mereka boleh hidup balik walaupun jatuh dari langit," kata Hamashita Natsume.

"Macam puak Doll. Aku rasa puak Suicide dengan Doll sudah lama akrab sebab banyak persamaan mereka ada," kata Death Dracula.

"Betul tu."

Mereka berdiam seketika. Terasa sunyi pula.

"Err... Rozepa cakaplah sekali. Janganlah diam saja!" kata Death Dracula tersengih.

Hamashita Natsume mula bersuara.  "Entah. Orang tengah rancak. Takkanlah..."

Dua lelaki itu menoleh ke belakang lalu melihat susuk tubuh Rozepa tiada. Masing-masing mengunci mulut.

"Mana Rozepa?" kata Death Dracula.

"Oh, tidak!" keluh Hamashita Natsume.

~★★★~

PINTU rumah dibuka. Violet Alexander mengatur langkah masuk ke dalam rumah, diekori Rozepa. Kanak-kanak itu melangkah ke dapur terus. Rozepa menutup pintu lalu melihat keadaan rumah itu. Agak kemas juga.

"Violet duduk seorang je ke dalam rumah ni?" tanya Rozepa melihat setiap ruang.

"As I told you, adik seorang je yang hidup dalam rumah ni," balas Violet Alexander, dingin.

"Kiranya,..." Rozepa bersandar pada dinding. "...adiklah yang uruskan rumah ni?"

"Yup!"

"Hmm... Kanak-kanak yang matang. Nak tak kalau akak tinggal dengan adik?"

Violet Alexander sekilas memandang Rozepa. "Betul ke?"

Rozepa mengangguk yakin. Senyuman ceria tercalit di bibir Violet Alexander.

"Terima kasih!" ucap Violet Alexander.

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now