BAB 5-PENGEMBARAAN BERMULA

187 34 10
                                    

BARANG kelengkapan sudah disediakan. Faiz Azzudin menggalas beg kecil yang berisi bekalan makanan dan minuman. Aisyah Maisarah menyandang katana beg kecil berisi bom shuriken diikat di pinggang. Mereka sudah bersedia untuk pengembaraan mereka bersama.

"Baiklah, jom gerak!" kata Aisyah Maisarah bersemangat.

Pasangan suami isteri itu melangkah keluar dari hospital sakit jiwa itu. Mereka berjalan ke pintu sempadan, menuju ke hutan. Hamashita Natsume mengekori mereka dari tadi bersama Ayano Hiruka. Mereka berempat berhenti melangkah di hadapan sempadan.

"Baiklah, sampai sini saja beta boleh temankan kamu berdua. Semoga berjaya di luar sana nanti!" pesan Hamashita Natsume.

"Baiklah, jaga diri," balas Faiz Azzudin.

"Kamu pun."

Maka, Faiz Azzudin dan Aisyah Maisarah melangkah melepasi sempadan, memasuki hutan hujan. Perlahan-lahan, mereka berdua hilang dari pandangan. Hamashita Natsume memegang bahu puterinya.

"Mereka dah pergi. Jom balik ke istana!" kata Hamashita Natsume.

Ayano Hiruka menundukkan kepalanya. "Baik, ayahanda."

"Kalau Hiruka lepasi sempadan, Hiruka akan meletup. Ingat tu!"

Ayano Hiruka mengangguk kecil. "Ya!"

Hamashita Natsume melangkah pergi dari situ, meninggalkan puterinya di belakang. Ayano Hiruka melihat hutan tebal di depannya.

Kan bagus kalau aku dapat ikut mereka, desis hati Ayano Hiruka, kecewa. Lagipun,...

Ayano Hiruka berjalan melepasi sempadan hanya dengan satu langkah sahaja. Tiada letupan pun yang berlaku terhadap dirinya. Dia mengukirkan senyuman sinis. Sebenarnya, dia salah satu Pahlawan Tiga Serangkai juga. Cuma, dia merahsiakan identitinya biarpun dengan ayahandanya sendiri.

Langkah Hamashita Natsume terhenti seketika akibat merasai sesuatu perasaan yang aneh lalu menoleh ke belakang. Ayano Hiruka berjalan melepasinya dengan wajah dingin.

"Cepatlah ayahanda pun. Tadi, suruh balik istana sangat," kata Ayano Hiruka berlagak dingin.

Hamashita Natsume terasa pelik sedikit lalu memandang ke arah sempadan daerah. Memang mencurigakan. Walau bagaimanapun, dia tidak mengesyak sesuatu terhadap puterinya itu. Dia kembali berjalan.

"Ayahanda, cepatlah!" desak Ayano Hiruka.

"Yalah, nak cepatlah ni," balas Hamashita Natsume.

★★★

Faiz Azzudin berjalan di belakang Aisyah Maisarah seraya melihat keindahan hutan hijau. Sebuah titi menyeberangi sungai dilalui. Si suami itu tiba-tiba secara tidak sengaja terlanggar badan isterinya akibat terpukau dengan kecantikan alam. "Kenapa kita berhenti?"

Aisyah Maisarah menunding jari ke arah papan tanda kayu yang terpacak di tepi simpang. Faiz Azzudin melihat papan tanda tersebut.

"Kita nak ke mana?" soal Aisyah Maisarah.

100 meter ke hadapan lagi menuju ke Czech Republic. 1200 meter ke kanan pula menuju ke Teshullo Lake.

"Kita pergi ke tempat yang lagi dekat," cadang Faiz Azzudin.

"Okey, jom!" kata Aisyah Maisarah, akur.

Mereka berdua berjalan ke hadapan, menuju ke Czech Republic. Sempadan dilepasi. Masing-masing terpegun dengan keindahan daerah tersebut. Penghuni daerah itu menjalankan rutin harian seperti biasa.

"Cantik juga tempat ni!" kata Faiz Azzudin kagum. "Aman dan harmoni pula."

Aisyah Maisarah berfikir sesuatu. "Rasanya, kita di daerah yang dihuni puak Skull sebab daerah ni ada Sedlec Ossuary."

"Hah?!" Faiz Azzudin menjongketkan keningnya.

"Jomlah! Manalah tahu ada yang membantu." Aisyah Maisarah terus melangkah ke destinasi.

"Shah, tunggu!" Faiz Azzudin mengejar isterinya.

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now