BAB 6-SKULL

193 37 22
                                    

Langkah berani diatur masuk ke dalam gereja.

"Tunggu!" kata Faiz Azzudin menahan isterinya.

Aisyah Maisarah terhenti langkahnya. Dia memandang suaminya. "Apa? Kita dah sampai, kan?"

"Kalau dia orang serang kita macam mana?"

"Aihh, jangan risaulah! Kita kan dalam alam maya, bukannya alam dunia. Alam ni memihak dekat kita. Lagipun, ni dunia mistik dan fantasi. Bolehlah abang bawa masuk pengalaman ni dalam novel abang nanti."

Faiz Azzudin hilang kata.

"Jomlah!" Aisyah Maisarah memasuki gereja dengan beraninya.

Lelaki itu mengekorinya. Langkahnya diatur masuk. Matanya tiba-tiba terbuntang luas melihat tulang-tulang di sekeliling.

"Sedlec Ossuary," kata Aisyah Maisarah, kagum. "Kita dah sampai."

"Sayang, rasanya, kita patut gerak sekarang. Tak ada apa-apa pun dekat sini," kata Faiz Azzudin memujuk isterinya.

"Haih, sejak bila abang jadi pengecut ni? Abang kan ada deria keenam? Takkanlah abang takut kot?"

"Ceh, takut!? Mana adalah?" Faiz Azzudin mengawal perasaannya. "Abang nak sayang selamat. Itu je. Kalau bahaya datang, siapa yang susah?"

"Ceh, kalau takut, cakaplah takut."

Faiz Azzudin mengeluh. "Apa-apalah, Shah. Abang tak boleh nak kata apa dah."

Tiba-tiba, beberapa orang memasuki gereja itu dengan pakaian jubah merah tua, melepasi dua pengembara itu. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.

"Dia orang nak sembahyang. Lebih baik kita keluar," pesan Faiz Azzudin.

"Tak, Shah tak nak. Shah nak masuk juga," bantah Aisyah Maisarah, lembut.

"Haih, budak ni!"

Aisyah Maisarah melangkah ke satu ruang di dalam gereja itu, dibelakangi Faiz Azzudin. Mereka berjalan-jalan di sekitar gereja itu sampailah mereka bertembung dengan seorang paderi.

Dum! Secara tidak sengaja, Aisyah Maisarah terlanggar badan seorang paderi.

"Aduh! Minta maaf ya!" kata Aisyah Maisarah.

Paderi berjubah putih itu memandang mereka berdua. Matanya terbeliak serta-merta.

"Tak mungkin!" kata paderi terpegun.

"Apa yang tak mungkin?" kata Faiz Azzudin, dingin.

Paderi itu menggenggam tangan Faiz Azzudin. "Mari! Ikut aku!"

Faiz Azzudin ditarik tiba-tiba. Aisyah Maisarah mengekori mereka. Mereka bertiga melangkah ke perpustakaan yang terletak di dalam gereja tulang itu.

Sebaik memasuki perpustakaan itu, paderi itu mengunci pintu masuk perpustakaan. Aisyah Maisarah dan Faiz Azzudin melihat telatah paderi itu yang serba tidak kena.

"Boleh tak bagitau apa yang sedang berlaku? Kami tak tahu apa ni!?" kata Faiz Azzudin, hairan.

Paderi lelaki itu memandang dua insan itu. "Kamu berdua ni kan Pahlawan Tiga Serangkai? Betul, tak?"

Faiz Azzudin mengangguk.

"Thanks God!" ucap paderi itu lalu menunduk hormat. "Nama saya Alexander Monroe, paderi ilmiah di daerah ni. Tujuan saya heret kamu berdua ke sini sebab saya nak beritahu kamu sesuatu."

~Info watak~

Alexander Monroe-Paderi yang kuat agama-Lebih suka membaca buku agama, sejarah dan mitos-Antara makhluk paling bijak di kalangan puak Skull-Mahir bermain pedang-Tangannya akan menyala apabila kuasanya diaktifkan-Mahir dalam mantera mistik (bukanny...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alexander Monroe
-Paderi yang kuat agama
-Lebih suka membaca buku agama, sejarah dan mitos
-Antara makhluk paling bijak di kalangan puak Skull
-Mahir bermain pedang
-Tangannya akan menyala apabila kuasanya diaktifkan
-Mahir dalam mantera mistik (bukannya Mantera Beradu yang macam lagu Malique tu pula ya)

~Back to story~

"Apa dia?" kata Aisyah Maisarah membelek setiap buku yang tersusun di rak.

Alexander Monroe mendekati rak buku. "Sebenarnya, saya dah banyak kali baca buku lagenda tentang Tiga Pahlawan Serangkai, tentang kamu."

Aisyah Maisarah memberi ruang kepada lelaki kerdil darinya itu. Alexander Monroe mengambil sebuah buku tebal dari rak. Dia kembali memandang mereka.

"Lagenda ada mengatakan bahawa, kamu bertiga... Oh, baru saya perasan! Mana seorang lagi? Bukan kamu bertiga ke?"

"Seorang lagi kami belum jumpa lagi. Sekarang ni, kami tengah cari dia," terang Faiz Azzudin seraya melihat Aisyah Maisarah membelek rak buku agama.

"Oh, baiklah! Apapun, kamu bertiga sahaja harapan terakhir kami untuk hapuskan kuasa jahat Death Dracula, ketua puak Voodoo. Sebab dalam buku ni,..." Alexander Monroe menyelak buku di tangannya. "...ada tertulis yang kamu bertiga akan membunuh Death Dracula pada masa yang sama dengan cara yang berlainan. Itulah cara membunuhnya."

"Membunuh pada masa yang sama?" Aisyah Maisarah kurang faham.

"Dengan cara yang berbeza?" Begitu juga dengan Faiz Azzudin.

"Kami tak faham?"

Alexander Monroe mengeluh. "Ingat ke kamu faham? Saya sendiri pun tak faham pada mulanya."

"Tak apalah. Terima kasih beritahu! Kami kena gerak dah ni. Cari seorang lagi Pahlawan Tiga Serangkai kami," pinta Faiz Azzudin.

"Eh, nanti!" Alexander Monroe menghalang.

Dua insan itu melihat lelaki itu pergi ke satu sudut. Alexander Monroe mengambil sebotol air. Dia kembali ke arah dua pahlawan itu.

"Minum air ni. Kamu akan menjadi lagi kuat semasa menentang Death Dracula nanti," pinta Alexander Monroe.

Faiz Azzudin mengambil botol itu. "Air dari mana ni?" Enggan meminumnya.

"Air dari puncak Tashello Lake. Seseorang mengirimnya ke sempadan."

Aisyah Maisarah merampas air itu dari tangan. "Meh saya rasa!"

"Eh, nanti!" kata Alexander Monroe cuba menghalang.

Aisyah Maisarah meneguk air suci itu dengan rakusnya. Habis satu botol dia minum. Lega rasanya. "Wah, leganya!"

"Shah minum sampai habis kenapa?!" Faiz Azzudin kempunan.

"Sedap sangat! Alahai, abang kan kuat?! Abang boleh handle Death Dracula tu nanti. Abang kan ada ilmu silat?"

Dengan kata-kata dari isterinya, Faiz Azzudin terpaksa bersabar. "Okey, baik!"

"Tapi, kuasa Death Dracula tu memang kuat. Kamu tak boleh lawannya!" pesan Alexander Monroe.

"Jangan risau! Kami okey je nanti!" kata Aisyah Maisarah tersenyum.

Alexander Monroe memberikan buku lagenda tentang Pahlawan Tiga Serangkai kepada Faiz Azzudin. "Bawa ni sekali. Manalah tahu kau boleh rujuk semula."

Faiz Azzudin mengambil buku itu lalu menyimpannya ke dalam beg. "Terima kasih!"

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now