BAB 12.5-PERTEMUAN SEMULA

124 19 5
                                    

SUASANA menjadi seperti dahulu kala di mana Hamashita Natsume menjadi detektif sedangkan Death Dracula menjadi insan berguna. Mereka sudah jarang bertemu sampailah mereka berjumpa di rumah Alexander Monroe.

"Ada sesiapa di dalam?" kata Hamashita Natsume setelah beberapa kali mengetuk pintu.

Pintu dibuka. Death Dracula melihat kawan lamanya tiba.

"Hai, lama tak jumpa!" kata Hamashita Natsume gembira.

"Hai!" balas Death Dracula. "Datang sini ada apa?"

"Nak jumpa Alexander. Ada benda penting ni. Aku rasa kau patut join kami sekali," terang Hamashita Natsume serius.

"Benda apa?"

GAMBAR Violet Alexander dilempar di atas meja. Alexander Monroe melihat gambar kanak-kanak perempuan dalam gambar itu, terkejut. Death Dracula terfikir sesuatu.

"Inikan... budak perempuan yang Rozepa jaga tu!" kata Death Dracula meneka.

"Memang ya," kata Hamashita Natsume mengiakan. "Aku rasa kau tahu dia ni anak siapa, kan?"

Alexander Monroe mengambil sekeping gambar anaknya itu. "Memang dia. Violet namanya."

"Jadi, kau mengaku, kau pernah bunuh isteri kau sendiri?" tanya Hamashita Natsume menyilang tangan paras dada.

"Aku tak bunuh dialah!" kata Alexander Monroe menengking.

Death Dracula hanya berdiam, melihat permainan psikologi antara detektif dan pembunuh.

"Okey, kalau macam tu, apa kita main satu permainan khas yang direka oleh puak Psycho?" cadang Hamashita Natsume tersengih.

"Hah!?" Alexander Monroe kehairanan.

"Kali terakhir kau gosok gigi?" soal Hamashita Natsume pantas.

"Pagi tadi," jawab Alexander Monroe pantas.

"Kali terakhir kau sembahyang?"

"Tengah hari tadi."

"Kali terakhir kau makan?"

"Petang tadi."

"Kali terakhir kau bunuh orang?"

"Tahun lepas." Alexander Monroe terlepas cakap. "Alamak!"

"Yeah!! Aku menang. So, kau mengaku jelah yang kau tu pembunuh?"

Alexander Monroe menundukkan pandangan. "Ya."

Death Dracula hanya diam memerhati. Alexander Monroe perlahan-lahan menghulurkan tangannya, sedia untuk digari. Hamashita Natsume melihat suspek menitis air mata.

"Bawalah saya ke lokap," kata Alexander Monroe berserah.

"Tak," nafi Hamashita Natsume. "Aku tak patut bawa kau ke lokap."

Alexander Monroe memandang Hamashita Natsume, hairan. "Apa?"

~★★★~

VIOLET Alexander berjalan di samping Rozepa. Mereka berjalan di sepanjang tembok seraya melihat lautan biru.

"Baiklah,  pelajaran kita hari ni bertajuk 'Seru'," kata Rozepa menjadi jurulatih kepada Violet Alexander.

"Okey!" balas Violet Alexander bersemangat.

"Baik, tengok dan belajar."

Rozepa terus bersiul mengikut irama melodi 'Marry Had A Little Lamb'. Sebaik sahaja melodi itu berhenti, datang pula ikan paus gergasi. Violet Alexander takjub dengan kuasa tersebut.

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now