BAB 12.4-PERPISAHAN

119 18 0
                                    

KEADAAN mula cemas sebaik mendapati Rozepa hilang.

"Mana dia ni? Dia pergi mana?" kata Hamashita Natsume semakin risau.

"Kau tanya aku? Aku mana nak tahu!" balas Death Dracula, dingin.

"Jomlah cari dia!" kata Hamashita Natsume.

~★★★~

VIOLET Alexander menghidangkan mee goreng hasil tangannya. Rozepa merasai hidangan panas itu.

"Mmm... sedap!" puji Rozepa, jujur.

"Terima kasih!" ucap Violet Alexander.

"Mak ayah Violet mati sebab apa?"

Violet Alexander tertunduk sedikit, agak berat untuk menjawab. Rozepa dilema.

"Minta maaf sebab tanya..." kata Rozepa terasa bersalah.

"Tak," kata Violet Alexander pintas. "Tak perlu minta maaf. Sebenarnya,..."

Rozepa memasang telinga.

"Semua ni salah Violet juga," kata Violet Alexander lagi.

"Apa yang terjadi?" tanya Rozepa.

"Pada suatu malam, mak ayah Violet bergaduh pasal satu hal. Tak tahulah pasal apa. Lepas tu, Violet hendap dari pintu bilik. Ayah... tikam ibu Violet. Lepas tu, dia lari... tinggalkan Violet di sini."

"Kesiannya."

"Tak payah nak kesian. Dah kami ni puak Alone. Dah elok nama tu. Memang patut biar anaknya hidup bersendirian, belajar berdikari."

Rozepa terasa sesuatu yang aneh terhadap Violet Alexander. "Adik memang kuat!"

"Eh!?" Violet Alexander memandang Rozepa dengan reaksi terkejut.

"Tak semua orang boleh terima benda ni. Tapi bagi akak,... adik memang matang dari pemikiran walaupun umur tak matang lagi. Adik memang kuat."

"Taklah kuat sangat. Lagipun, adik masih lagi berlatih untuk guna kuasa."

"Ermm... kuasa apa tu?" Rozepa mula tertarik.

"Rantai."

Dalam sekelip mata, Violet Alexander mengeluarkan rantai dari tangan lalu menyasarkan tombol pintu. Hampir tepat tetapi mengena. Pintu dibuka luas lalu ternampak dua lelaki yang sedang mencari sesuatu muncul di depan pintu.

"Natsume? Dracula?" kata Rozepa terpegun.

"Sini pun kau?" kata Death Dracula memasuki rumah itu.

"Fuh, letih dowh panjat tangga apartmen sampai tingkat enam," keluh Hamashita Natsume. "Dahlah kena dukung budak kecil."

Death Dracula sekilas memandang Hamashita Natsume, geram. "Jangan panggil aku budak kecil!"

Rozepa mendekati dua sahabatnya itu. Dua lelaki itu memandang wajah Rozepa yang agak pucat sedikit.

"Kenapa ni?" tanya Death Dracula.

"Aku nak tinggal di sini," terang Rozepa.

"Apa?" Terkejut dua lelaki itu dibuatnya.

"Sebabnya,..." Rozepa memandang Violet Alexander. "...ada lagi benda yang aku kena belajar di sini."

Hamashita Natsume dan Death Dracula saling memandang, hairan.

TIDAK lama selepas itu, Death Dracula dan Hamashita Natsume berangkat pergi dari situ, meninggalkan Rozepa.

"Jaga diri tau!" pesan Death Dracula.

"Yalah. Kalau ada apa-apa, aku dekat sini je dengan budak ni," balas Rozepa seraya membimbing tangan Violet Alexander.

"Okey," kata Hamashita Natsume sepatah.

"Selamat jalan!" ucap Death Dracula.

Dua lelaki itu terus mengatur langkah beredar bersama. Rozepa dan Violet Alexander saling memandang lalu melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang. Terasa sunyi pula atas kekurangan sesuatu.

It's been a long day without you, my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again

-See You Again-
Wiz Khalifa ft. Charlie Puth.

Lagu yang didendangkan oleh Death Dracula sedap didengari. Hamashita Natsume sempat lagi bermain harmonika. Terasa kesepian apabila Rozepa tiada.

"Kita nak ke mana?" tanya Hamashita Natsume.

"Balik," jawab Death Dracula sepatah.

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now