BAB 17-KILLJOY

128 20 44
                                    

DARI jauh bunyi letupan dan senjata jelas kedengaran di telinga telinga seseorang. Dia hanya memerhati dari puncak Roda Ferris.

"Bunyi apalah dekat daerah sebelah tu?" monolog Kai memerhati.

~Info watak~

Kai mitsukishinha02-Bergabung dengan hantu menjadi satu-Mata boleh buat imbasan x-ray-Boleh menghidu suhu dan bau dari jauh-Mahir menggunakan senjata jenis sniper

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kai mitsukishinha02
-Bergabung dengan hantu menjadi satu
-Mata boleh buat imbasan x-ray
-Boleh menghidu suhu dan bau dari jauh
-Mahir menggunakan senjata jenis sniper

~Back to story~

Mata Kai terus mengimbas suasana tersebut. Peperangan antara puak Voodoo dengan puak yang lain jelas diperhatikan.

"Perang??" kata Kai kehairanan.

★★★

FAIZ Azzudin terpelanting ke belakang tetapi mampu bertahan. Matanya yang merah menyala menjadi terang. Tangannya pantas melakukan satu pergerakan.

"Chidori," kata Faiz Azzudin membaca mantera.

Satu kuasa dikeluarkan dari tangan Faiz Azzudin. Aisyah Maisarah tertarik sedikit dengan suaminya.

"Abang," monolog Aisyah Maisarah terpegun.

Walaupun Faiz hanya mahir dengan keris yang kecil dan seni silat, tak sangka pula yang Faiz boleh buat kuasa tu sedangkan aku ni pada mulanya ke depan sebab mahir main pedang, desis hati Aisyah Maisarah.

"Serra!! Serra!!" seru Ayano Hiruka menerusi walkie talkie.

Aisyah Maisarah tersedar dari lamunan. "Ah, ya!"

"Kuasa apa yang laki kau buat tu? Tak pernah aku lihat sebelum ni."

"Faiz belajar dari Sasuke. Ambil masa lama juga nak belajar benda tu."

"Cantik juga kuasa tu." Ayano Hiruka meneropong pertarungan itu.

Faiz Azzudin bertarung dengan tangan pula. Aisyah Maisarah memerhatikannya.

"Serra, musuh semakin ramai. Kita tak mampu nak kalahkan mereka," kata Feradossa Anvell kepada Aisyah Maisarah.

"Apa??"

"Puak Voodoo dah memukau puak Skull, Suicide dan Doll untuk menyerang kita."

Satu anak patung datang menghampiri mereka.  "Anvell, marilah sini!"

Feradossa Anvell terkejut. "Apakah?? Kenapa!??"

Aisyah Maisarah terus menghubungi Ayano Hiruka sebaik melihat perkara itu. "Ayano, kau dengar tak?"

"Sekejap!! Ada anak patung datang serang kami!!" ujar Ayano Hiruka sambil bertarung dengan anak patung dari puak Doll.

Minatozaki memukul anak patung dengan busurnya. "Pergi main jauhlah anak patung ni!"

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now