BAB 39-MERANGKA

92 15 0
                                    

DEVIL Whale membuka mulut sebaik tiba di Metrolantis. Para 'penumpang' melangkah keluar dari paus gergasi itu. Mereka memasuki Metrolantis itu.

"Jom! Ikut aku!" kata Aisyah Maisarah mendahului gerakan.

Mereka memasuki stesen tren bawah tanah. Sebuah tren dengan 4 koc termasuk kepala berhenti di stesen tersebut. Para penduduk menaiki tren tersebut lalu bergerak ke stesen berikutnya, Taman Tema Metrolantis.

"Oh, ya!" Aisyah Maisarah teringatkan sesuatu. "Macam mana Ayano boleh hidup balik?"

Ayano Hiruka memandang kakaknya dengan wajah dingin. "Akak tak nampak ke sungai yang Ayano 'mati' atasnya?"

"Nampaklah. Kenapa?"

"Haish, Serra ni lembaplah! Kita kan sebahagian dari puak Mermaid? Kalau luka kita terkena air, luka tu boleh dirawat dengan sendiri... untuk pengetahuan Serralah."

"Oh, begitu!"

"Permaisuri apalah kau ni? Tak tahu semuanya langsung."

"Apa? Sekurang-kurangnya, Serra dah bangunkan kota Atlantis, kan? Kau apa tahu?"

Ayano Hiruka menggulingkan matanya. "Yalah."

Tren berhenti di stesen. Para penumpang melanglah keluar dari koc lalu berarak keluar dari stesen bawah tanah. Mereka memasuki Taman Tema Metrolantis setelah membayar tiket masuk.

"Sini, ikut aku!" Aisyah Maisarah melangkah ke pejabat.

Mereka yang berlainan puak, mengekori ratu baharu Metropolis itu.

"Kita nak ke mana ni?" kata Minatozaki.

"Pejabat. Kita akan berbincang di sana," kata Aisyah Maisarah, selamba.

"Mengapa tak bincang di istana sahaja. Kan lebih elok?" kata Faiz Azzudin kehairanan.

"Ikut suka hati akulah. Aku ratu di sini sekarang. Jangan nak mengarah!"

"Sejak bila Shah pandai cakap kau aku dengan suami ni hah?"

"Kenapa? Ada masalah ke?" balas Aisyah Maisarah dingin.

Faiz Azzudin menahan kemarahannya. Rozepa memegang bahu menantunya.

"Sabarlah, nak. Dia masih kekurangan sekarang. Harap bersabarlah," pujuk Rozepa kepada Faiz Azzudin.

Faiz Azzudin mengeluh, pasrah.

"Mungkin salah mak juga sebab serahkan kuasa," tambah Rozepa, kecewa.

⭐⭐⭐

PETA Freaky World dibentangkan. Mereka menyusun strategi.

"Okey, kita akan mendarat di sini (Gyeonggi) dan Doktor Drac akan menunggu kita di sini (Pripyat). Jadi, kita akan serang dari tiga arah. Satu dari laut, satu dari utara dan satu lagi dari barat," kata Aisyah Maisarah lalu memandang orang lain. "Puak Mermaid akan serang dari laut. Faiz, Natsume, Anvell dan Violet akan serang dari barat. Hoshiko, Mina, Alex dan Kai akan serang dari utara. Kamu berlapan kena serang secara gerila. Cuaca di sana kemungkinan berkabus kerana iklim menurun hari ni. Jadi, peluang besar di situ untuk kamu semua. Kami akan serang bila Doktor Drac berundur dan masa inilah kita akan kepung semua orang. Kali ni, tiada istilah kalah lagi. Faham semua?"

"Faham," balas semua orang kurang maya.

"Korang tak makan nasi lagi ke?" kata Aisyah Maisarah dingin lantas menjadi marah. "FAHAM KE TAK NI!?"

"Faham, tuanku!" balas semua orang terkejut.

"Bagus. Kita akan bersiap pagi esok! Bersurai!" Aisyah Maisarah melangkah beredar.

Semua orang melihat wanita itu pergi. Sifat tegas Aisyah Maisarah muncul lagi. Faiz Azzudin berfikir sesuatu.

"Rasanya lagi seram pula bila Serra marah," kata Minatozaki mengurut dadanya.

Faiz Azzudin memandang Minatozaki yang berdiri di sisinya. Dia terfikir sesuatu. "Mina!"

Minatozaki memandang lelaki itu. "Ya, ada apa?"

"Cincin hitam tu kuasa apa?"

"Oh, cincin ni kuasanya lohong hitam! Sebelum kita ke Battleship Island, aku nak guna kuasa ni tapi terlupa sebab kuasa ni saya tak pernah guna. Kuasa ni paling bahaya sekali. Saya tak nak ada yang jadi mangsa nanti sebab tenaganya besar. Sama juga dengan cincin putih, kuasa salji. Saya jarang guna."

"Cincin tu sesiapa boleh guna, kan?"

"Ya."

"Bagus, bagi dekat aku cincin hitam dan putih tu. Biar saya buat!"

"Apa?"

Faiz Azzudin memandang Violet Alexander pula. "Violet!"

Violet Alexander memandang Faiz Azzudin dengan wajah dingin. "Apa dia?"

"Buatkan busur panah kayu untuk aku satu," pesan Faiz Azzudin.

"Kita di lautan sekarang. Kayu mana kita boleh cari nak buat busur tu?"

"Tak apa. Biar saya cari kayu tu! Saya tahu jenis kayu yang boleh buat busur," kata Rozepa yakin.

"Okey," kata Faiz Azzudin.

Rozepa melangkah keluar dari bilik mensyuarat itu, meninggalkan mereka.

"Kau nak buat apa?" tanya Hamashita Natsume.

Faiz Azzudin memandang lelaki yang lebih tinggi darinya itu. "Aku nak gabungkan kuasa cincin hitam tu dengan kuasa mata hitam aku nanti. Macam tu juga dengan cincin putih dan mata putih aku."

"A... Apa dia?" kata Alexander Monroe takut-takut.

"Kenapa?"

"Apa yang kau kata tadi tu... macam dalam kitab kami tentang dunia hitam putih. Kau nak buat dunia kami ni jadi hitam putih ke?"

Setelah mendengar kata-kata Alexander Monroe, Faiz Azzudin mengukirkan senyuman yang tak pernah tercalit di bibirnya sebelum ini.

"Begitu ya. Kita akan tahu nanti!"

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now