BAB 4-RAHSIA

217 37 20
                                    

SUDAH tiga hari mereka berada di daerah itu. Faiz Azzudin termenung di tingkat bumbung hospital sakit jiwa itu. Aisyah Maisarah mendekati suaminya itu lalu mendakap tubuh lelaki itu.

"Termenung jauh nampak. Fikir pasal apa tu?" kata Aisyah Maisarah, ceria.

Faiz Azzudin mengeluh kecil. Aisyah Maisarah memandang ke wajah lelaki itu. Dahinya dikerut.

"Kenapa ni?" kata Aisyah Maisarah terasa hairan.

Faiz Azzudin memusingkan badannya, berdiri menghadap isterinya. "Abang rasa, kita tak boleh duduk dekat sini saja. Kena ambil langkah teroka dunia luar juga. Takkanlah nak duduk satu petak saja, kan?"

Aisyah Maisarah mendongak ke arah lain sedikit, berfikir sejenak. Dia kembali memandang Faiz Azzudin. "Ada betul juga."

"Idea bernas di situ," celah Hamashita Natsume muncul di belakang Aisyah Maisarah.

Aisyah Maisarah menoleh ke belakang, melihat raja psiko itu muncul.

"Apa maksud kau, 'Idea bernas' tu," kata Aisyah Maisarah menyilang tangannya, dingin.

"Kalian kan Pahlawan Tiga Serangkai? Kembaralah Freaky World ni. Manalah tahu, kalian akan bertemu seorang lagi ahli kamu berdua," kata Hamashita Natsume mengukirkan senyuman ala Joker itu.

"Kami mana ada kelengkapan untuk kembara. Kalau bahaya datang menimpa macam mana pula?? Kami mana ada senjata," kata Faiz Azzudin.

"Pasal tu, tak perlu risau. Mari ikut beta!" Hamashita Natsume membuka langkah ke tingkat bawah tanah istananya.

Pasangan itu hanya mengekorinya sahaja ke tingkat bawah. Kawasan bilik bedah dilalui mereka. Bilik mayat turut dilepasi. Mereka melangkah ke laman belakang hospital lalu menghampiri sebuah pintu besi di bawah pokok rendang. Pintu kecil itu dibuka. Mereka bertiga menuju ke bawah tanah. Ayano Hiruka yang mengintai dari tadi, mengekori mereka dari belakang masuk ke bilik bawah tanah.

"Baiklah, semua dah masuk, kan?" kata Hamashita Natsume lalu menoleh ke arah kotak yang banyak. "Hiruka, ayahanda tahu kamu di situ."

Ayano Hiruka munculkan diri dari tempat dia menyorok. Dia melangkah dengan wajah bersalah. Maklumlah, dia sendiri pun tak pernah datang ke bilik bawah tanah itu lagi biarpun sudah menjejak usia 15 tahun.

"Ayahanda, sebenarnya, ni bilik apa? Ayahanda tak pernah cerita pun dekat Hiruka," kata Ayano Hiruka seraya bermain pisau dapur.

Hamashita Natsume mengeluh kecil seraya mengukirkan senyuman. "Haih, hari ini hari apa?"

"9 Julai 2018" jawab Ayano Hiruka.

"Okey, dah tiba masanya, ayahanda kena bagitau rahsia bilik ni kepada Hiruka."

"Rahsia?" Faiz Azzudin dan Aisyah Maisarah saling memandang, berkerut dahi. Mereka kembali memandang dua beranak itu.

Hamashita Natsume menepuk tangan. Lampu bilik yang gelap itu menyala, macam magik pula. Bilik yang gelap itu serta-merta menjadi terang. Setiap mata di situ menjadi silau buat seketika kecuali Hamashita Natsume. Faiz Azzudin, Aisyah Maisarah dan Ayano Hiruka melihat persekitaran bilik itu lalu terbeliak mata masing-masing.

"Apakah..." kata Faiz Azzudin sepatah.

"...semua..." kata Aisyah Maisarah pula, terkejut.

"...ini??" kata Ayano Hiruka, kagum.

Hamashita Natsume mengukirkan senyuman ala Jokernya, lebih creepy dari sebelum ini. "Selamat hari jadi, Hiruka!🎉🎊

Ayano Hiruka terpegun buat seketika, tidak sedar hari ini, hari kelahirannya ke-15.

"Sekarang, pilihlah apa yang kalian mahukan termasuk kamu berdua," kata Hamashita Natsume tersenyum.

"Betulkah!?" kata Ayano Hiruka dan Aisyah Maisarah dengan mata bersinar.

Hamashita Natsume mengangguk kecil.

"Wah, terima kasih!" kata dua wanita itu serentak.

Faiz Azzudin melihat dua wanita itu mengambil senjata api di bilik tersebut. Sebenarnya, mereka sekarang di bilik penyimpanan senjata api. Ayano Hiruka mengambil RPG yang menjadi idamannya selama ini. Aisyah Maisarah pula mengambil pedang katana dan shuriken. Maklumlah, sudah terpengaruh dengan anime Naruto sangat.

"Aisyah, tu bukan shuriken biasa," tegur Hamashita Natsume.

"Hah!?" Aisyah Maisarah memandang raja itu.

"Mari beta tunjukkan!" Hamashita Natsume mengambil shuriken dari tangan Aisyah Maisarah.

Mereka melangkah ke tempat latihan menembak yang terletak di bawah tanah itu.

"Tengok ni!" kata Hamashita Natsume.

Satu lontaran dibuat mengenai orang guni. Tepat mengenai kepala sasaran dan tiba-tiba...

Kaboom!!! Satu letupan bergema ke setiap sudut.

Terbeliak mata mereka di situ.

Mata Aisyah Maisarah serta-merta bersinar. "Subarashī! (Hebatlah)!!!"

Lantas, Aisyah Maisarah mengambil shuriken sebanyak yang mungkin lalu meletakkannya di keliling pinggang. Faiz Azzudin sudah mati akal.

"Kamu tak nak ambil apa-apa ke untuk pengembaraan kamu berdua nanti?" tanya Hamashita Natsume kepada Faiz Azzudin.

"Err... Ada keris, tak? Sebab patik belajar Pencak Silat," terang Faiz Azzudin, ragu-ragu.

"Keris? Silat?"

Faiz Azzudin mengeluh kecil. "Nampaknya, tuanku tak tahulah."

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now