BAB 31-PERTABALAN

89 15 0
                                    

"MAK!" panggil Aisyah Maisarah.

"Ya, mak dekat sini," kata Rozepa mengukirkan senyuman manis.

"Macam mana mak boleh duduk dekat sini?" Aisyah Maisarah ingat-ingat lupa.

Ayano Hiruka menampar dahinya. "Akak!?"

Aisyah Maisarah memandang adiknya. "Gurau jelah."

Langkah diatur mendekati Rozepa atau nama sebenarnya Ruzaifah.

"Mak sihat?" tanya Aisyah Maisarah menghulurkan tangannya.

"Alhamdulillah, sihat," balas Rozepa menyambut tangan anaknya.

Ayano Hiruka melihat mereka bersalaman, terasa kekok sedikit.

"Serra dengan bonda berboraklah dulu. Kalau nak cari Ayano, Ayano ada dekat bilik," kata Ayano Hiruka.

"Okey," balas Aisyah Maisarah.

Ayano Hiruka melangkah keluar dari bilik bondanya. Dia berjalan ke bilik tidurnya yang berada di tingkat atas. Anak tangga dijejak satu demi satu. Pintu bilik dibuka. Ayano Hiruka berjalan masuk ke dalam biliknya. Dia merebahkan diri di atas tilam.

"Haih, penatnya!"  kata Ayano Hiruka memejamkan mata.

"Macam manalah dengan mereka yang lain. Ayahanda. Anvell. Mina. Dan yang lain macam mana?"

"Ayano!" panggil satu suara.

Ayano Hiruka bangun lalu melihat Aisyah Maisarah muncul. "Eh, Serra! Sekejapnya."

"Mak suruh akak panggil Ayano pergi balkoni."

"Untuk apa?"

"Pertabalan diraja. Tapi akak..."

"Wah, akak nak permaisuri dah. Ayano kagum sangat!" Ayano Hiruka mengukirkan senyuman nakal.

"Akak belum sedia lagi. Akak baru je datang sini, dah jadi permaisuri. Takut dowh!!" Wajah pucat jelas terpapar pada wajah Aisyah Maisarah.

"Alaa... akak buat macam biasa je. Tak apa. Ayano akan tolong akak nanti."

"Okey."

"Dah jom. Semua orang tengah tunggu tu." Ayano Hiruka memegang tangan kakaknya.

Dua beradik itu melangkah ke balkoni. Rozepa sudah lama menunggu ketibaan bakal permaisuri kota Atlantis.

"Maaf buat bonda lama menunggu," kata Aisyah Maisarah tertunduk malu.

"Tak apa. Take your time," balas Rozepa tersenyum.

Aisyah Maisarah berdiri di sisi Rozepa lalu melihat rakyat kota Atlantis berkumpul untuk melihat pertabalan itu.

"Dengan ini, beta mengumumkan bahawa beta akan menyerahkan takhta diraja kepada anak sulung beta iaitu kepada Ice Serra bahawasanya beta akan mengundurkan diri dari pemerintahan kota Atlantis. Dan dengan itu, beta mahu pemerintahan ini diatur oleh puteri sulung beta. Harap kalian dapat mengikut perintahnya nanti," ucap Rozepa kepada rakyat jelatanya.

Rozepa memandang wajah anaknya. "Aisyah dah sedia?"

Aisyah Maisarah menundukkan pandangan. "Be..."

"Serra dah sedia bonda. Tadi, dekat bilik, dia kata 'tak sabar sangat'," celah Ayano Hiruka menipu.

"Apa?" Aisyah Maisarah terkejut.

"Oh, kalau macam tu,..." kata Rozepa terpegun.

Mahkota ditanggalkan dari kepala Rozepa lalu diletakkan di atas kepala Aisyah Maisarah.

"Semoga berjaya ya, Serra!" ucap Rozepa mengukirkan senyuman.

Aisyah Maisarah terpinga-pinga dengan keadaan sekarang. "Apa ni?"

"Hidup tuanku," seru rakyat yang berkumpul di situ lalu memberi sujud hormat.

★★★

AISYAH Maisarah duduk menghadap cermin seraya melihat mahkota yang dipakainya. Warnanya emas dan terdapat intan permata. Susuk tubuh Ayano Hiruka jelas diperhatikan menerusi cerminan pada cermin.

"Serra, jomlah kita keluar jalan-jalan!" ajak Ayano Hiruka.

Aisyah Maisarah menundukkan mukanya. "Akak malulah!"

"Nak malu apanya? Akak kan permaisuri? Buat apa nak malu?"

"Akak belum sedia lagi!"

"Alahai!" Ayano Hiruka serta-merta menarik tangan Aisyah Maisarah. "Jom jelah!"

"Eh, janganlah!"

★★★

DUA beradik itu berjalan di sekitar kota Atlantis, bersiar-siar. Penduduk yang melihat kemunculan Aisyah Maisarah, permaisuri baharu mereka itu terus bersujud hormat. Aisyah Maisarah terasa kurang selesa.

"Eh, janganlah macam tu! Bangunlah!" kata Aisyah Maisarah pucat wajah.

"Ampun tuanku, kami mahu menjaga maruah tuanku sebagai permaisuri kami," kata seorang wanita tua yang bersujud menghadap Aisyah Maisarah.

"Dah, jangan buat macam ni lagi!"

"Serra," panggil Ayano Hiruka kepada kakaknya.

Aisyah Maisarah memandang adiknya. "Apa?"

"Kenapa Serra tak nak semua ni?"

Aisyah Maisarah mengeluh kecil. "Bak kata Mawi dalam lagu Bukan Propaganda,..."

Harta kuasa bukan segalanya,
Harta kuasa tidak semestinya.

-Bukan Propaganda-
Mawi ft. Syamsul Yusof

"...dan juga kata Daly Filsuf dalam lagu Kata Juang..." tambah Aisyah Maisarah.

Seberapa banyak pun Harta dunia tiada guna
Kerana kita semuanya sama.

-Kata Juang-
Azmi Saat ft. Daly Filsuf.

"...kita semua sama saja. Kata Hamka..."

Manusia itu asalnya dari TANAH,
Makan hasil TANAH,
Berdiri di atas TANAH,
Akan kembali ke TANAH.

Kenapa masih bersifat LANGIT?

-Hamka-

"Jadi, semuanya yang saya pegang ini hanyalah sementara. Walaupun semua ini nikmat besar dalam hidup saya, tapi ia membawa makna bila saya masuk ke kubur nanti," kata Aisyah Maisarah berkias.

Ayano Hiruka menundukkan pandangan, terasa malu pula. Orang ramai yang mendengar kata-kata dari permaisuri mereka turut tertunduk malu.

"Sebab tu, akak belum sedia untuk semua ni. Akak belum sedia untuk membimbing penduduk di sini lagi," tambah Aisyah Maisarah.

"Kalau tuanku belum sedia membimbing kami semua,..." kata seorang lelaki tua bangun dari sujud.

Aisyah Maisarah memandang lelaki tersebut.

"...Kami dah sedia membimbing tuanku," sambung lelaki itu.

"Ya, kami akan tolong tuanku," kata seorang gadis muda bangun dari sujud.

"Kami pun," ujar sekumpulan remaja lelaki.

Aisyah Maisarah melihat orang ramai bangun dari sujud masing-masing. Ayano Hiruka melihat penduduk di situ berdiri, tidak lagi bersujud seperti dahulu. Dia memandang kakaknya pula.

"Serra," kata Ayano Hiruka terkedu. "Apa yang akak nak buat!?"

"Baiklah! Kita akan mulakan pemerintahan baharu... mulai sekarang!" kata Aisyah Maisarah bersemangat.

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now