BAB 3-PSYCHO

237 35 18
                                    

LANGKAH terhenti di hadapan sebuah bangunan, barangkali istana. Masing-masing melihat bangunan tersebut.

"Inilah istana beta," kata Hamashita Natsume menunjuk ke arah 'istana'nya.

"Apa? Ini istana kau?" kata Aisyah Maisarah dengan mata terbeliak. "Tahu, tak? 'Istana' kau tu tak ubah macam hospital sakit jiwa kat Seoul!"

Hamashita Natsume mengangkat kening kanannya. "Seoul?"

"Arrggghhh!!!" Aisyah Maisarah melangkah masuk ke istana yang seakan seperti Hospital Psikiatri Gonjiam.

Faiz Azzudin hanya melihat sikap baran isterinya itu. Tidak pernah dia melihat cintanya marah sebegitu rupa.

"Jemputlah masuk!" pelawa Hamashita Natsume, santun.

"Ah, jomlah!" kata Faiz Azzudin.

Dua lelaki itu melangkah masuk ke dalam hospital tersebut. Mereka melepasi pintu masuk ke dalam hospital itu. Langkah mereka terhenti di tengah lobi.

"Jadi, inilah istana kau, tuanku!?" kata Aisyah Maisarah, dingin sambil mencekak pinggang. "Mana yang lain?"

"Shah, sudah-sudahlah tu. Cubalah cakap elok-elok," pujuk Faiz Azzudin mendekati isterinya, cuba menenangkannya.

Aisyah Maisarah mengeluh kasar. Dia berpaling muka.

"Dengar ni. Abang tak pernah tengok sayang macam ni. Kenapa ni?" kata Faiz Azzudin, tenang.

"Kenapa kita kena ikut kata 'Joker' tu?" kata Aisyah Maisarah, geram.

"Sayang, tolonglah jangan macam ni!! Mana Shah yang abang kenal tu, hah?! Mana Sarah yang dulu tu?"

Aisyah Maisarah menggulingkan matanya. "Whatever~"

Wanita itu melangkah pergi dari situ, entah ke mana halatujunya. Faiz Azzudin hanya melihat isterinya berjalan ke dalam hospital terbiar itu. Dia memandang Hamashita Natsume.

"Tuanku kata, perangai dia tak ubah seperti seseorang. Siapa tu?" kata Faiz Azzudin ingin tahu.

"Oh, dia tu isteri beta. Dia tu kadangkala penyayang. Kadangkala tegas. Adakalanya juga dia cepat emo," kata Hamashita Natsume.

"Mana dia sekarang?"

Hamashita Natsume mengeluh kecil. "Dia sudah hilang tanpa khabar berita."

Faiz Azzudin terasa serba salah pula. "Minta maaf!"

"Tak apa. Sekurang-kurangnya, kami ada seorang puteri."

"Puteri? Mana?"

"Ayano Hiruka!" seru Hamashita Natsume.

Tiba-tiba, seorang gadis misteri muncul dari satu bilik yang gelap, datang berlari ke arah mereka berdua sambil memegang dua pedang yang besar.

~Info watak~

Ayano Hiruka Lukary9703-Puteri kepada Hamashita Natsume-Lebih psiko dari ayahandanya-Mahir menembak dari jarak jauh-Kuasanya mengawal cahaya dengan tangannya-Lebih suka bermain berseorangan daripada bermain dengan ayahandanya sendiri (Jangan tanya...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayano Hiruka Lukary9703
-Puteri kepada Hamashita Natsume
-Lebih psiko dari ayahandanya
-Mahir menembak dari jarak jauh
-Kuasanya mengawal cahaya dengan tangannya
-Lebih suka bermain berseorangan daripada bermain dengan ayahandanya sendiri (Jangan tanya kenapa! Baca balik poin nombor 2)

~Back to story~

Hamashita Natsume mengeluarkan klon-klonnya dari tubuh. Faiz Azzudin hanya melihat keajaiban di luar fikiran itu. Ayano Hiruka, puteri psiko itu terus menyerang klon-klon bapanya dengan pedang.

"Itulah puteri beta. Lebih psiko dari ayahandanya. Kami kan puak Psycho," kata Hamashita Natsume.

"Sebenarnya, ada berapa puak dekat Freaky World ni?" tanya Faiz Azzudin seraya melihat Ayano Hiruka tidak habis-habis menyerang klon Hamashita Natsume.

Jari Hamashita Natsume dipetik. Peta Freaky World muncul di tangan raja itu.

 Peta Freaky World muncul di tangan raja itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ada 7 puak. Yang pertama, puak Psycho seperti yang kamu lihat. Kami ni suka serang sesuatu macam orang hilang akal," terang Hamashita Natsume memulakan penjelasan.

Kata dekat diri sendiri ke apa ni? Bisik hati Faiz Azzudin.

"Yang kedua, puak Killjoy. Puak yang suka mengganggu kebahagiaan dan kegembiraan. Mereka tinggal di Pripyat, sebelah daerah ni," tambah Hamashita Natsume.

Mata Faiz Azzudin tertumpu pada peta itu. Tempat yang kami baru sedar dari pengsan, desus hatinya.

"Ketiga, puak Skull. Puak yang kuat agama tetapi suka sembah tulang manusia. Mereka tinggal di barat laut daerah ni."

Faiz Azzudin tertelan air liur.

"Keempat, puak Suicide. Puak yang sukar dibunuh sebab mereka sudah dilatih untuk dihidupkan kembali. Sebab mereka kerap bunuh diri. Mereka tinggal di utara pulau ni."

Faiz Azzudin tercengang dengan penjelasan itu.

"Kelima, puak Voodoo. Puak yang paling ditakuti semua puak di dunia ni sebab mereka belajar ilmu hitam. Tempat mereka jauh ke barat laut pulau ni. Jangan sesekali kamu pergi sana!"

Faiz Azzudin mengangguk pantas.

"Enam, puak Doll. Saya tak ada data tentang puak ni sebab mereka tinggal di pulau kecil yang terletak betul-betul di tengah tasik di tengah pulau ni."

Faiz Azzudin mengurut belakang lehernya kerana lenguh memandang muka Hamashita Natsume yang tinggi darinya.

"Tujuh dan yang terakhir, puak Alone. Sebenarnya, puak ni dah lenyap dari dunia ni akibat serangan dari puak Voodoo membuatkan tempat tinggal mereka berpisah dari pulau ni. Tak silap beta puak ni cuma tinggal seorang sahaja yang masih hidup. Itupun sebab isteri beta selamatkan dia."

"Apa? Apa yang terjadi sebelum ni?" kata Faiz Azzudin terpegun.

"Kami semua diserang puak Voodoo sebab puak ni mahu tawan Freaky World. Puak Alone diserang teruk sampaikan tiada seorang pun yang hidup. Mujurlah, isteri beta selamatkan seorang kanak-kanak dari puak Alone dan latih dia. Tidak lama selepas tu, puak Voodoo serang kami lagi. Kami bertahan. Lepas perang kedua tu, isteri beta hilang."

Faiz Azzudin menunduk, terasa simpati.

"Dan sekarang, puak Voodoo pasti akan buat serangan lagi. Mungkin lebih dahsyat dari sebelum ni," tambah Hamashita Natsume.

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now