BAB 37-SISTER FIGHT

95 13 7
                                    

AISYAH Maisarah melihat Devil Ayano mengeluarkan pedang. Dia bersedia untuk berlawan. "Kau nak lawan ke? Marilah!"

Devil Ayano terus menyerang Aisyah Maisarah dengan pergerakan pantas. Aisyah Maisarah menepis setiap hayunan pedang dari adiknya dengan pantas lalu menolak Devil Ayano jauh darinya. Devil Ayano berundur beberapa langkah.

"Kau sedarlah sikit, Ayano. Kau tu adik akak!" kata Aisyah Maisarah cuba menenangkan adiknya.

"Siapa adik kau hah?" kata Devil Ayano dengan suara garau.

Devil Ayano menyerang Aisyah Maisarah lagi. Setiap serangan ditepis. Sedikit demi sedikit langkah mereka menghampiri titi kecil menyeberangi sungai berdarah. Sedar-sedar sahaja mereka sudah di atas titi seraya berlawan pedang. Aisyah Maisarah menolak adiknya lagi lantas mengeluarkan pedangnya yang satu lagi. Devil Ayano pun begitu. Mereka terus berlawan dengan dua bilah pedang.

Ting! Cing! Tang! Shing! Bunyi pedang berlaga jelas kedengaran.

Satu serangan maut hampir mengenai leher Aisyah Maisarah. Mujurlah Aisyah Maisarah sempat menunduk. Matanya membaca pergerakan Devil Ayano. Aisyah Maisarah hanya mampu mengelak dan menepis serangan sahaja.

"Itu saja ke yang kau ada?" cela Aisyah Maisarah tersengih.

Devil Ayano mengeluarkan ekor syaitan dari belakang badannya lantas menyerang Aisyah Maisarah dengan ekornya. Aisyah Maisarah cuba menepis serangan tetapi pedangnya tiba-tiba patah akibat serangan kuat dari ekor Devil Ayano. Dia kaget.

"Macam mana sekarang? Itu saja ke yang kau ada?" kata Devil Ayano mengukirkan senyuman jahat.

Aisyah Maisarah sudah buntu. Dia cuba mencari jalan lain.

"Rasakan ni!" ujar Devil Ayano membuat serangan tiba-tiba.

Aisyah Maisarah melihat Devil Ayano mendekatinya. Pedang dan ekor tajam menyerang Aisyah Maisarah. Habis calar tubuh badan Aisyah Maisarah terkena benda tajam.

"Aduh! Ugh!! Laju betul serangan!" keluh Aisyah Maisarah menerima kesakitan.

Pedang dari tangan kanan Aisyah Maisarah terlepas jua lalu terpacak di dasar sungai yang cetek. Hanya yang tinggal cumalah pedang yang patah di tangan kirinya.

"Habislah!" keluh Aisyah Maisarah.

Dbokk!!! Satu tendangan kuat mengenai perut Aisyah Maisarah.

Aisyah Maisarah terpelanting ke belakang. Dia mendongak lalu melihat Devil Ayano mengacu pedang ke arahnya.

"Any last word, punk?" kata Devil Ayano berwajah dingin.

"You're my sister!" kata Aisyah Maisarah serius.

Devil Ayano tersenyum. "Nice word."

Pedang diangkat tinggi.

"Aaaaa~ ayaya~ aaaaa~" Bunyi ala-ala Tarzan mencuri pandangan dua wanita itu.

Mereka berdua melihat seseorang bergayut pada dedaun pokok.

Dbokkk!!! Devil Ayano menerima flying kick dengan kuat.

Devil Ayano terjatuh ke dalam sungai cetek. Aisyah Maisarah melihat penyelamatnya.

"Mak!" kata Aisyah Maisarah melihat Rozepa muncul. "Ingatkan mak tak datang!?"

"Hmm... mak mana tak risau kalau anaknya dalam bahaya?" kata Rozepa tersenyum.

"Mak."

"Dah. Aisyah duduk rehat di sini. Biar mak selesaikan masalah ni!"

Rozepa terus melompat masuk ke dalam sungai yang cetek itu. Pedang milik Aisyah Maisarah yang terpacak di dasar sungai, diambilnya.

"Marilah!" ujar Rozepa bersedia.

Devil Ayano melihat Rozepa mencelanya lantas menyerangnya dengan dua pedangnya. Rozepa menepis setiap serangan pantas itu.

"Ini je? Ini je yang kau ada?" cemuh Rozepa dingin.

Rozepa menyepak perut Devil Ayano lalu mengeluarkan kuasa air. Devil Ayano basah kuyup sebaik air sungai menyimbahnya berkali-kali. Ekornya tidak boleh digunakan akibat basah.

"Tak guna!" keluh Devil Ayano geram.

Devil Ayano terus menerkam Rozepa sampaikan lawannya rebah ke tanah. Aisyah Maisarah terkejut melihat Rozepa diserang.

"Mak!" ujar Aisyah Maisarah.

Rozepa ditumbuk bertubi-tubi secara berhadapan. Mukanya habis luka dengan lebam dan calar dengan cakaran.

"Mati kau! Mati kau!" kata Devil Ayano seperti baru terlepas dari hospital sakit jiwa.

"Ayano!" panggil Aisyah Maisarah berdiri di belakang Devil Ayano.

Devil Ayano memusing ke belakang lalu ditarik, terus ditikam pada perut dengan pedang yang patah di tangannya. Dia terkaku seketika.

"Aisyah!!" kata Rozepa melihat si kakak membunuh si adik depan matanya.

Roh jahat meresap keluar dari tubuh Ayano Hiruka. Ayano Hiruka terus memuntahkan darah keluar dari mulut.

"Minta maaf, Ayano. Akak terpaksa!" kata Aisyah Maisarah pasrah.

Ayano Hiruka memandang wajah Aisyah Maisarah. Dia mengukirkan senyuman biarpun pahit. "Adik pun nak minta maaf."

"Tak apa. Akak maafkan."

Mata Ayano Hiruka dipejam. Tubuhnya tiba-tiba longlai lalu rebah terbaring di sebelah Rozepa. Pedang yang patah menusuk pada perut Ayano Hiruka.

"Ayano!! Ayano!!" kata Rozepa keresahan.

Aisyah Maisarah masih terkaku akibat tindakannya menikam adiknya sendiri. Dia melutut seperti tidak percaya akan semua ini.

"Aina, maafkan akak."

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now