BAB 13-PEMULIHAN

143 22 24
                                    

"DAN sejak waktu tu, mereka bermusuhan. Death Dracula terus membuat benteng sempadan antara daerah," kata Ayano Hiruka menamatkan penceritaan yang epik itu.

Aisyah Maisarah berfikir sejenak. "Jadi, Death Dracula bukannya orang jahat."

"Ya, betul tu," akur Ayano Hiruka. "Disebabkan batu permata tu, dia jadi jahat."

"Tapi, kan? Violet tu kacukan juga. Dia tu mesti salah satu Pahlawan Tiga Serangkai juga. Betul, tak?"

"Tak, dia bukan. Dia cuma kanak-kanak yang dilatih oleh bonda, bukannya pahlawan asli, macam kita. Dia dilatih. Kita pula semula jadi."

Langkah mereka terhenti di hadapan istana a.k.a. hospital sakit jiwa. Pintu dibuka luas. Faizah Azimah muncul di depan mereka.

"Hai, awak!!" sapa Faizah Azimah manja.

Aisyah Maisarah memecahkan sendi pada jari jemarinya. "Jom selesaikan masalah ni!"

Faizah Azimah mengedipkan matanya. "Masalah apa?"

Ayano Hiruka terus memegang tubuh badan Faizah Azimah lantas memeluk erat. "Cepat!!"

Aisyah Maisarah serta-merta memasukkan air suci ke dalam mulut suaminya.

Glup! Glup!

"Hei... *Glup! Glup!* ...dah... *Glup! Glup!* ...uhuk! Uhuk!!" Faizah Azimah dipaksa minum.

"Minum! Jangan tak minum!" arah Aisyah Maisarah geram.

Satu botol air itu diminum sampai habis. Ayano Hiruka terus memberi tamparan kuat pada pipi Faizah Azimah.

"Sedarlah wahai Faiz!!" ujar Aisyah Maisarah merayu menggoyangkan badan suaminya.

Lelaki itu terus pengsan, melelapkan matanya.

MATA dibuka perlahan-lahan. Faiz Azzudin bangun dari perbaringan lalu memegang kepalanya yang terasa sakit sedikit.

"Aduh!" keluh Faiz Azzudin.

"Ohayou gozaimasu, Faiz-kun!" sapa Ayano Hiruka sebaik berjalan di hadapan lelaki itu.

"Nanti, Hiruka! Mana Aisyah?" tanya Faiz Azzudin. 

"Oh, dia tengah berlatih main pedang di belakang istana!"

"Okey."

Faiz Azzudin bergerak turun dari katil lalu berjalan keluar dari bilik. Dia menuju ke ruang belakang. Dari jauh, dia melihat Aisyah Maisarah bermain pedang katana. Wanita itu kelihatan lebih jelita pula di mata Faiz Azzudin.

"Kawaii♥," kata Faiz Azzudin tergoda.

Satu petikan jari dari Ayano Hiruka terus mematahkan pukauan itu. Faiz Azzudin sedar dari lamunan, terus memandang Ayano Hiruka.

"Ah, ada apa!?" kata Faiz Azzudin bengang.

"Tak ada apa. Saja kacau," balas Ayano Hiruka tanpa reaksi rasa bersalah.

"Apakah?"

~★★★~

SERULING  kayu ditiup mengikut melodi. Tidak seragam lagi bunyinya. Violet Alexander membaiki lubang seruling dengan pedangnya.

~Info watak~

Violet Alexander MiseoHeteo37-Anak kepada Alexander Monroe-Terpisah dari bapa dua kali-Satu-satunya puak Alone yang tinggal-Suka bermain seruling ketika bersendirian-Mahir bermain pedang-Kuasanya rantai besi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Violet Alexander MiseoHeteo37
-Anak kepada Alexander Monroe
-Terpisah dari bapa dua kali
-Satu-satunya puak Alone yang tinggal
-Suka bermain seruling ketika bersendirian
-Mahir bermain pedang
-Kuasanya rantai besi

~Back to story~

Seusai mengubahsuai seruling kayu hasil tangannya, dia kembali meniup seruling itu. Kedengaran lebih bagus. Melodi yang sering dimainkan dari dulu lagi menjadi penemannya. Kehidupan sekeliling yang diseru menerusi bayangannya muncul di depan matanya.

"Sampaikan salam saya kepada Kak Rozepa!" pinta Violet Alexander kepada The Meg kesayangannya.

Ikan jerung gergasi itu mengikut arahan lalu kembali ke lautan. Dari jauh, Violet Alexander memerhatikan pulau yang tidak jauh dari situ. Ferris Wheel di Chernobyl jelas dilihat dari situ. Melodi terhenti sebaik gadis belasan itu berhenti meniup seruling. Dia bergerak turun dari tembok lalu berjalan ke sebuah pangsapuri. Tangga dipanjat ke tingkat enam. Langkah diatur ke rumahnya. Pintu dibuka dengan kuasa rantai lalu kembali ditutup selepas melepasinya. Gadis itu melemparkan seruling kayu ke atas kusyen sofa. Langkah diatur ke dapur. Segala tugasan yang perlu diuruskan, terus dilaksanakan dengan sendirinya, tak ubah seperti dulu. Kuasa rantai turut diguna bagi memudahkan kerja. Basuh baju, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah, lipat baju, masak nasi, hangatkan lauk, lap meja, dan semuanya dilaksanakan secara berdikari.

"Haih, apa lagi yang tinggal!?" kata Violet Alexander seorang diri.

Mata gadis itu tertumpu kepada gambar potret ibu dan bapanya. Lama juga dia termenung.

"Ayah, bila kita boleh bertemu!?" kata Violet Alexander sambil merenung ke arah gambar bapanya itu.

Matanya tertumpu pada gambar si ibu pula. "Ibu, rasanya, kak Rozepa akan datang balik, tak?"

Suasana sunyi sahaja. Tiada angin menyahut kata-kata gadis itu. Violet Alexander mengeluh. Langkahnya diatur ke dalam bilik tidur. Sempat lagi mengambil seruling kayu dengan kuasa rantai. Pintu bilik ditutup. Violet Alexander melabuhkan punggung di atas kerusi menghadap jendela. Dia memandang laut yang terbentang luas. Buku nota diambil dari laci lalu diselak. Not-not muzik dilakarnya untuk hasilkan kuasa hybrid antara 'Seru' dan 'Rantai'. Sudah banyak kali dia mencuba tetapi satu pun tidak terhasil. Namun, dia akan terus cuba sampai ke akhirnya.

#vote

___________________

Savage Update

Macam mana guys? Okey tak cerita kali ni. Saya dah perah otak saya sampai kering sepanjang malam. *Kes boring tak dapat tidur XD* Jadi, saya bagi Savage Update punya. Harap korang suka.
Love you <3

Yang benar,
farid5attar

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now