BAB 29-KALAH LAGI

93 15 9
                                    

KAPAL layar semakin hampir dengan Battleship Island. Sepuluh pahlawan di pulau itu bersedia untuk berperang. Pasukan Mage menyorok di dalam apartmen, memerhati dari balkoni.

"Lakukannya!" ujar Alexander Monroe memegang bahu Violet Alexander.

Violet Alexander mengeluarkan serulingnya lalu memainkannya dengan nyaring. Melodi dari seruling kayu itu jelas kedengaran ke dasar laut. Kapal yang sedang berlayar itu tiba-tiba diserang oleh makhluk dasar laut. Dua daripada lima buah kapal diserang. Sebuah kapal diserang oleh Kraken dan sebuah ditelan terus oleh Devil Whale.

"Makhluk apakah?" kata Death Dracula terpegun. "Dayung cepat!!"

Tiba-tiba, sebuah lagi kapal diserang. Kali ini, diserang oleh Loch Ness a.k.a. Nessie. Tinggal dua buah kapal lagi. Kapal yang dinaiki Death Dracula Selamat sampai di Battleship Island. Death Dracula melihat sebuah lagi kapal yang dalam pelayaran. Sayangnya, kapal keempat itu dibaham rakus oleh The Meg.

"Tak guna!" kata Death Dracula. "Kita serang sekarang! Jangan biarkan mereka hidup!"

Tentera musuh terus berlari masuk ke dalam Battleship Island. Alexander Monroe dan Violet Alexander hanya memerhati.

"Violet teruskan bermain. Ayah nak guna mantera pelindung ni," kata Alexander Monroe berdiri di depan anaknya.

Alexander Monroe membaca mantera dengan tenang lalu menampar ke lantai. Satu kuasa pelindung terhasil. Violet Alexander teruskan bermain seruling. Kuasa rantai terus bergabung dengan kuasa pelindung milik ayahnya. Semua orang mendapat perisai kuning.

"Semua dah sedia," kata Alexander Monroe.

"Baiklah!" kata Hamashita Natsume memahami. "Jom serang!!!"

Pasukan Tank munculkan diri, terus menyerang tentera musuh. Mata Faiz Azzudin bertukar merah. Satu serangan maut membuatkan badan musuh terputus dua. Kai bertarung dengan pisau sahaja tetapi pantas pergerakannya.

Pasukan Marksman membantu pasukan Tank. Minatozaki memanah 3 anak panah dalam satu panahan. Tepat mengenai kepala. Hamashita Natsume pula turut membantu dengan menembak lawan dengan raifalnya.

Pasukan Fighter belum munculkan diri lagi. Ayano Hiruka memandang Feradossa Anvell.

"Anvell," panggil Ayano Hiruka.

Feradossa Anvell memandang kawannya itu lalu berpaling muka.

"Nah!" kata Ayano Hiruka memberi pisau miliknya kepada kawannya itu.

Feradossa Anvell melihat pisau belati di tangan Ayano Hiruka.

"Satu pisau tak cukup. Kau kena ada dua," kata Ayano Hiruka.

Feradossa Anvell mengambil pisau dari tangan Ayano Hiruka. Bahunya ditepuk.

"Jom... mandi darah!" kata Ayano Hiruka memberi semangat, mengeluarkan pedangnya.

Ayano Hiruka terus menampilkan diri lantas melontarkan pedangnya, tepat menembusi tengkorak lawan. Feradossa Anvell turut munculkan diri lalu menyerang tentera musuh dengan dua bilah pisau dengan cekap dan pantas. Pasukan Fighter tampil membantu pasukan Tank.

"Assassin, masuk!" pinta Faiz Azzudin.

Pasukan Assassin menerkam tentera musuh dari belakang. Habis kepala musuh dipenggal oleh Aisyah Maisarah dan Hoshiko Friday. Mereka berdua bertindak pantas. Ayano Hiruka mengeluarkan sayap pesawat di belakang badan, membuatkan Hoshiko Friday terfikir sesuatu.

"Hoshiko, cepat naik!" pinta Aisyah Maisarah.

Hoshiko Friday sedikit terperanjat. "Baik."

Gadis Cyborg itu terus menaiki pesawat ringan itu. Aisyah Maisarah terus terbang ke udara. Hoshiko Friday menukar tangan bioniknya menjadi machine gun. Dia melepaskan tembakan ke arah sasaran. Pasukan Marksman melepaskan tembakan ke arah sasaran juga.

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now