BAB 28-SERANGAN LAGI

100 16 6
                                    

"AYUH! Kita berlayar sekarang!" arah Death Dracula sebaik menaiki kapal.

Puak Voodoo berlayar ke Battleship Island pada senja itu. Mereka jelas diperhatikan oleh Kai dan Minatozaki.

"Mereka dah nak datang!" kata Kai memegang teropong.

Minatozaki berdiam sahaja.

"Kita kena beritahu yang lain!" kata Kai serius.

"Ba... baik," balas Minatozaki tergagap.

"Kenapa gagap?"

"Erk, tak ada apa! Cepatlah!"

Mereka berdua terus bergegas pulang.

Sementara mereka berdua berlari ke apartmen, mereka bertiga yang baru balik dari masa hadapan terlihat mereka berlari.

"Eh, tu kan Kai dan Mina? Kenapa diorang lari?" kata Violet Alexander dingin.

Hoshiko Friday mengimbas ke suatu tempat lalu ternampak puak Voodoo berlayar dengan imbasan X-ray. "Puak Budu nak datang."

Ayano Hiruka dan Violet Alexander cuba menahan tawa. "Budu?"

Hoshiko Friday memandang dua gadis itu. "Apa yang kelakar?"

"Kau panggil diorang 'Budu'? kata Violet Alexander pecah tawanya, hilang sifat dingin.

"Entah. Kalau makan dekat Kelantan, sedap ni!" kata Ayano Hiruka tertawa.

"Lawak tu lawaklah juga. Sekarang, mereka nak datang menyerang kita tau, tak?" kata Hoshiko Friday dingin.

Mereka kembali serius. "Habis tu, kenapa buat lawak lagi dekat sini?"

Hoshiko Friday terkejut sedikit. "Erk, maaflah!"

"Dah. Jom! Kita kena jumpa kawan kita yang lain!" kata Violet Alexander.

Mereka bertiga terus pulang ke apartmen. Tangga dipijak satu per satu tetapi Hoshiko Friday terbang ke aras lima dengan jetpack.

"Eh, mana boleh!" kata Ayano Hiruka melihat Hoshiko Friday terbang.

Hoshiko Friday selamat mendarat di aras lima, betul-betul di depan pintu rumah. Mereka yang lain baru tiba dengan kepenatan.

"Apa... benda... tu?" kata Violet Alexander kepenatan.

"Ni jetpack hasil gabungan jetpack dari game Call of Duty: Advance Warfare dan game Jetpack Joyride. Adik saya yang cipta jetpack ni," kata Hoshiko Friday.

Pintu dibuka dari dalam. Feradossa Anvell melihat mereka bertiga sampai.

"Cepatlah masuk!" kata Feradossa Anvell. "Semua orang tengah tunggu ni!"

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah. Semua orang sudah berkumpul.

"Okey, sekarang, ni peluang terakhir kita untuk kalahkan puak Voodoo. Kita akan bahagikan kepada 5 kumpulan. Satu kumpulan ada dua orang. Mina dan Natsume akan jadi Marksman. Ayano dan Anvell akan jadi Fighter. Alex dan Violet jadi Mage. Shah dan Hoshiko jadi Assassin. Kai seorang sahaja jadi Tank," kata Faiz Azzudin mengatur strategi.

"Habis tu, kau jadi apa?" kata Hamashita Natsume terfikir.

"Aku jadi Support."

"Pandai abang atur," kata Aisyah Maisarah tersengih lantas tiba-tiba bengis. "ABANG INGAT NI MOBILE LEGENDS KE HAH!!??

"Hehe... Main ML pun abang pakai Lolita sebab gabungan antara Support dan Tank."

"Dah tu. Abang jadi Tank sama macam Kai."

Faiz Azzudin menggulingkan matanya. "Yalah!"

"Semua dah sedia?" kata Hamashita Natsume bersemangat.

"Dah lama kami sedia!" kata Ayano Hiruka tersengih.

Feradossa Anvell menjeling ke arah Ayano Hiruka.

Inilah peluangnya! Desis hati Feradossa Anvell.

Aku akan bunuh kau... demi Kai.

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now