BAB 15-PERSIAPAN

110 19 0
                                    

HAMASHITA Natsume menyiram pokok bunga seraya bersiul dengan girang gembiranya. Ekor matanya terlihat sesuatu dari jauh. Telinganya dipasang.

"Bunyi macam enjin kereta antik era 60-an. Kelajuan lebih kurang tak sampai 120 km/jam. Muatan tiga orang tak silap aku. Dan dipandu ke arah pasu bunga kesayangan aku," kata Hamashita Natsume mengimbas.

"APA!!?? PASU BUNGA AKU!!" Hamashita Natsume baru perasan lalu terus berlari ke arah pasu bunganya.

Kereta yang dipandu melebihi 110 km/jam itu semakin dekat dengan pasu bunga.

"Haa... tu dia Natsume," kata Alexander Monroe menunding jari ke arah Hamashita Natsume.

"Kenapa dia lari? Lari ke mana tu?" kata Feradossa Anvell memandu dengan laju.

"Pasu bunga," jawab Minatozaki mampu melihat dari jauh.

Kereta antik itu kian dekat dengan pasu tersebut.

"BUNGAKU~" jerit Hamashita Natsume cuba mencapai pasu bunga.

Gedushh!!!! Kemalangan terus berlaku di situ.

Hamashita Natsume mencelikkan matanya. Pasu bunga kesayangannya berada di tangannya. Masih elok lagi.

"Oh, pasu bungaku~" kata Hamashita Natsume memeluk pasunya.

"Kau langgar apa tadi?" tanya Minatozaki terpinga-pinga.

"Aduh!" keluh Ayano Hiruka bangun dari jatuh.

"Ayano??" kata Feradossa Anvell menjongket keningnya.

Ayano Hiruka melihat kereta yang melanggarnya tadi. "Tak guna punya kereta!!"

Satu sepakan mengenai bamper depan kereta antik itu. Tercabut bamper dibuatnya.

"Apa kau dah buat!!?" jerit Alexander Monroe terkejut.

Dengar sahaja suara Alexander Monroe, Hamashita Natsume menoleh pandangan.

"Oh, Alex! Bila sampai?" kata Hamashita Natsume selamba.

"Ayahanda kenal tiga beruk sarkas ni ke?" tanya Ayano Hiruka kepada ayahandanya.

"Kau panggil kami ni apa??" kata tiga orang yang masih di dalam kereta itu.

"Ya, mestilah. Ayahanda kenal tiga beruk sarkas ni," jawab Hamashita Natsume kepada anaknya.

"APA DIA??" kata mereka, serentak.

"Hmm... betullah pepatah Melayu, 'bapa borek anak rintik'." kata Faiz Azzudin sekadar memerhati.

"Tapi, kan?" Aisyah Maisarah berfikir sesuatu. "Macam mana tiga beruk sarkas tu boleh datang sini sedangkan pagar sempadan masih ada?"

"KAMI NI APA??" jerit mereka bertiga geram.

Minatozaki mengeluh kecil. "Kakak adik sama je perangai."

Alexander Monroe bergerak turun dari keretanya. "Natsume, sekarang ni, kita dah tiada masa. Puak Voodoo akan datang menyerang."

"Yalah, mereka dah tawan pulau kami," kata Feradossa Anvell.

"Dan hutan kami," kata Minatozaki pula.

Hamashita Natsume berfikir buat seketika. "Nampaknya, peperangan akan berlaku."

★★★

PETA daerah Gyeonggi dihamparkan di atas meja. Hamashita Natsume berdiri di depan mereka dengan uniform tentera berpangkat jeneral.

"Baiklah, prebet-prebet sekalian! Seperti yang kamu semua dah tahu. Puak Voodoo akan datang menyerang kita. Jadi, siapkan kelengkapan kamu semua," kata Hamashita Natsume tegas sedikit lalu memandang Ayano Hiruka. "Kapten Hiruka!"

"Ya, tuan!" ujar Ayano Hiruka beruniform pangkat kapten.

"Arahan di tangan kau sekarang! Biar saya sendiri uruskan Death Dracula tu."

"Sir, yes, sir!" Ayano Hiruka memberi tabik hormat kepada ayahandanya.

Hamashita Natsume bergerak keluar dari bilik senjata api. Ayano Hiruka memandang 'anak buah'nya.

"Baiklah, prebet! Kita akan mandi darah sebentar sahaja lagi. Jadi, siapkan kelengkapan kamu semua. Kamu ada lima minit," kata Ayano Hiruka.

Serta-merta, semua orang menyediakan kelengkapan mereka. Faiz Azzudin bersedia dengan keris hasil tangannya. Aisyah Maisarah mengasah pedangnya. Shuriken tidak juga dia lupa. Alexander Monroe dari tadi berdoa. Kuat agama katakan. Minatozaki bersedia dengan anak panahnya. Cincin kuasa masih disimpannya dengan elok. Berdetak di hati inilah masanya untuk gunakan cincin hitam. Feradossa Anvell bersedia dengan pisau belatinya dari kuasa kilatnya. *Alaa... macam pedang halilintar dari cerita Boboiboy tulah*. Ayano Hiruka bersedia dengan snipernya. RPG kesayangan turut dipegang sebagai senjata kedua.

"Baiklah semua! Ambil perhatian!" kata Ayano Hiruka lalu memandang kakaknya. "Sarjan Aisyah!"

"Ya," kata Aisyah Maisarah.

"Kau akan bersama dengan kumpulan Beta untuk serang depan. Kumpulan Alpha bersama dengan aku untuk serang hendap. Pak cik Alex dan Mina ikut aku nanti."

"Baik, kapten!"

"Sekarang, jom!! Kita  mandi darah!"

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now