BAB 14-PAGAR DIBUKA

127 18 2
                                    

ANAK panah diasah menjadi tajam. Sambil mengasah, Minatozaki bersiul di atas dahan pokok.

"Macam manalah dengan dua makhluk tu? Perempuan tu... biar betul! Macam tak percaya aku boleh jumpa puteri," monolog Minatozaki.

Dari jauh, Minatozaki dapat mendengar suara orang berjalan kaki. Dia memandang ke arah bunyi tersebut. Dia memerhati dari jauh. Matanya terbeliak sebaik melihat puak Voodoo berarak di kawasannya.

"Tak mungkin!! Pagar sempadan masih ada, kan? Macam mana..." kata Minatozaki terkejut. "Tak boleh jadi ni!"

Anjing dari puak Voodoo itu menghidu sesuatu lalu mendongak ke dahan pokok. Dia tiba-tiba menyalak ke arah sesuatu. Beberapa askar di situ turut mendongak ke atas, terlihat 'mayat' Minatozaki menggantung diri.

"Tu cuma mayat je," kata seorang askar kepada anjingnya.

Mereka terus berarak ke daerah yang dihuni puak Skull. Minatozaki berdiam sahaja di tempatnya. Matanya bergerak melihat askar pergi dari situ.

Sebaik puak Voodoo hilang dari pandangan, Minatozaki melepaskan lehernya dari tali gantung lalu terjatuh ke atas tanah. Tulang kaki yang patah jelas kedengaran. Sendi pada leher turut kedengaran.

"Takkanlah pagar dah dibuka. Kena beritahu pak cik ni!" kata Minatozaki berfikir.

Segera, Minatozaki bergegas ke daerah yang dituju oleh puak Voodoo menerusi jalan pintas. Dia melihat sempadan daerah di depannya lalu melepasinya dengan mata terkatup. Tiada letupan pun yang berlaku terhadap dirinya.

"Memang ya! Pagar dah terbuka," kata Minatozaki lagi sebaik membuka matanya.

Bamm!!!

"Aduh!!" keluh Minatozaki terbaring di tanah.

"Mina?" kata Feradossa Anvell kehairanan.

Minatozaki melihat Feradossa Anvell di depan matanya. "Anvell?"

"Kau lepasi sempadan?!" kata mereka berdua serentak.

Mereka terdiam sejenak.

"Tadi,..." kata Minatozaki memulakan penceritaannya.

"Puak Voodoo datang masuk kawasan aku!" pintas Feradossa Anvell.

"Hah?!" Minatozaki terkejut. "Mereka pun masuk kawasan aku juga!"

"Kita kena bagitau pak cik Alex!!" kata Feradossa Anvell.

"Memang tujuan aku pun."

"Dah jom!!" Feradossa Anvell memegang tangan Minatozaki.

Mereka melangkah ke destinasi yang ditetapkan.

★★★

ALEXANDER Monroe menyiram bunga di halaman rumahnya seraya bersiul. Dia melihat dua susuk tubuh yang sedang berlari ke arahnya. "Siapa tu?"

"Pak cik!!" panggil dua wanita tadi berlari ke arah Alexander Monroe.

"Hah?! Kenapa ni? Macam mana kamu..." kata Alexander Monroe terkejut.

"Pagar dah dibuka sebenarnya," kata Feradossa Anvell.

"Puak Voodoo sekarang sedang datang nak tawan daerah ni," kata Minatozaki pula.

"Kalau kita tak halang, Death Dracula akan tawan dunia ni."

"Kita kena halang dia."

Alexander Monroe terasa geram dengan kebisingan itu. "Bawa bersabar boleh, tak?"

Dua gadis itu terdiam juga.

"Cuba cerita satu per satu," pesan Alexander Monroe.

"Death Dracula datang menyerang," kata dua gadis serentak.

"Apa?!" Wajah Alexander Monroe berubah pucat.

Pap!! Pap!! Pap!! Tepukan ringan jelas kedengaran dari jauh, menarik beberapa puak Skull di situ.

Mata Alexander Monroe terbuka luas. "Tak... tak mungkin."

"Alex, lama kita tak berjumpa," ucap Death Dracula tersengih. "Boleh tak aku ambil satu kuasa dari kau?"

"Pergi naik kereta pak cik cepat!" arah Alexander Monroe kepada dua gadis itu.

Feradossa Anvell dan Minatozaki bergegas ke laman belakang rumah Alexander Monroe, meninggalkan lelaki tua itu menghadap Death Dracula.

"Apa kau nak?" kata Alexander Monroe memberanikan diri.

Death Dracula terus mencekik Alexander Monroe. "Aku... nak... kuasa..."

Alexander Monroe terasa sesak nafas dalam cekikan kuat itu. "Jangan... harap!!"

Gedegang!!!! Kereta yang dipandu Feradossa Anvell melanggar tubuh Death Dracula yang kecil itu.

Alexander Monroe terlepas dari cekikan itu.

"Pak cik cepat naik!!" pinta Minatozaki menarik Alexander Monroe masuk ke dalam kereta klasik.

"Pak cik cepat naik!!" pinta Minatozaki menarik Alexander Monroe masuk ke dalam kereta klasik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta milik Alexander Monroe

Alexander Monroe duduk di kusyen penumpang. Minatozaki pula berdiri di tengah lalu memanah askar-askar dengan kuasanya. Kebanyakannya dipanah dengan kuasa api. Biar musuh dimamah api dengan rakus. Feradossa Anvell terus memandu kereta pergi dari situ. Destinasi ditetapkan ke daerah Gyeonggi.

"Kita kena bagitau Natsume pasal ni," kata Alexander Monroe.

"Baik," balas Feradossa Anvell.

Minatozaki hanya teruskan memanah musuh. Mereka bertiga beredar dari kawasan tersebut. Death Dracula bangun dari jatuh. Mulutnya dikesat.

"Kau boleh lari, Alex. Tapi, tak boleh sembunyi," kata Death Dracula tersengih.

Death Dracula memandang anak buahnya. "Kita tawan tempat ni!!!"

"Baik!" balas bala tentera puak Voodoo.

Maka, daerah yang dijajah puak Voodoo terus ditawan sepenuhnya. Puak Skull pula terpaksa menunduk ke arah Death Dracula, menjadi hambanya.

"Tak lama nanti, kita akan berjumpa dengan kau, sahabat!" kata Death Dracula tersengih.

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now