BAB 18-DALAM HATI

121 18 17
                                    

SEBUAH rumah kecil dihampiri. Kai membuka pintu pagar. Mereka berarak ke pintu depan rumah.

"Minta maaf ya. Rumah aku taklah besar sangat," kata Kai sedar diri.

"Sekecil-kecil manapun dah cukup untuk kami menginap," pesan Minatozaki menggatal.

"Ermm... Betul tu! Betul!" kata Feradossa Anvell merah muka.

Kai terasa kurang selesa dengan dua gadis itu. "O...key."

Pintu dibuka. Mereka semua melangkah masuk ke dalam. Kai melangkah ke dapur.

"Buatlah macam rumah sendiri. Aku nak masak," kata Kai melangkah masuk ke dapur.

Feradossa Anvell tertarik dengan kata-kata jejaka itu. "Uuu... Pandai masak rupanya."

Ayano Hiruka menggulingkan matanya. "Aku nak keluar kejap! Akak, jom teman Ayano."

Aisyah Maisarah mengangguk setuju. "Okey."

Dua beradik itu melangkah keluar dari rumah itu.

Hamashita Natsume terasa kekok sedikit di situ. "Err... Kami pergi ke bilik dulu ya. Nak susun strategi."

"Okey," balas Faiz Azzudin.

Feradossa Anvell membuka langkah ke dapur. "Saya nak tolong Kai masak."

"Saya nak keluar sekejap." pinta Minatozaki sedikit segan dengan Kai.

Faiz Azzudin bersendirian di ruang tamu, tidak tahu hendak melakukan apa. Keluhan dilepaskan.

★★★

AISYAH Maisarah berjalan di samping adiknya. Dia mula terfikir sesuatu. "Ayano suka dekat Kai ke?"

Ayano Hiruka menjadi merah muka sebaik mendengar persoalan itu. Dia memandang kakaknya. "Mana adalah!"

Aisyah Maisarah tersengih. "Manalah tahu. Adik ni jenis Tsundere. Garang dari luar, tapi dalam hati ada taman."

"Eh!!"

"Akak ingat kan adik ni jenis Yandere. Baik peramah dari luar, tapi dalam hati macam psycho atau pembunuh."

"Adik ni jenis Yandere lah!!! Cuma, belum sampai masanya nanti."

Aisyah Maisarah menggulingkan matanya. "Rasanya, dah sampai masanya sekarang."

"Hah?! Daklah! Belum lagi! Adik mana tahu pasal cinta ni. Cuba akak ceritakan kisah cinta akak dengan si Faiz tu."

"Hmm... nak mula dari mana ya. Setahu akak, pertama kali berjumpa di hospital, tapi Faiz kata pertama kali berjumpa di depan sekolah rendah. Itu pun Faiz baru 7 ke 8 tahun tak silap akak."

"Apa!? Waktu kecil pun dah mula suka akak!? Biar betul."

"Waktu tu, kami tak kenal lagi. Lepas beberapa tahun, dia kata, dia tolong akak cari jasad akak. Tu yang buat akak terasa pelik dengan laki akak tu. Dia kata yang akak ni koma. Jadi, di hospital tempat akak koma tu jadi tempat kami bertemu buat kali pertama."

"Wah~ Laki yang sanggup buat apa sahaja demi cinta. Memang sweet sangat😆."

"Tapi akak reject pada mulanya."

Senyuman Ayano Hiruka menjadi pudar tiba-tiba. "Apa ni akak?!"

"Cerita belum habis lagilah! Lepas setahun tak berjumpa, kami berjumpa di jeti nelayan. Di situ, Faiz... lamar akak." Muka Aisyah Maisarah menjadi merah.

Senyuman Ayano Hiruka kembali lagi. "Wah, romantiknya laki akak tu!"

"Dia penulis. Ayat dia pun akak boleh lemas. Jadi, akak pun kena 'psycho' balik dengan ayat cinta."

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now