BAB 19-DIJEJAK

121 18 31
                                    

DEATH Dracula dan bala tenteranya melangkah masuk melepasi sempadan.

"Baiklah, semua. Kita akan tawan daerah yang terakhir di pulau ni. Pulau ni akan jadi milik kita!" kata Death Dracula.

"HIDUP DD!!! HIDUP DD!! laung bala tentera.

Mereka semua berarak ke tengah daerah, mencari mangsa.

★★★

AYANO Hiruka cuba mengawal perasaan dari tadi. Dia bermain di buaian di taman.

"Apasal? Rasa macam lain macam aku ni? Rasa macam nak bunuh orang!" monolog Ayano Hiruka terfikir.

Jantungnya masih lagi berdegup kencang dari tadi.

"Tapi bukan pembunuhan biasa-biasa kali ni," kata Ayano Hiruka lagi.

Tiba-tiba, satu makhluk datang menyerang Ayano Hiruka dari belakang. Mujurlah Ayano Hiruka sedar lantas membalas serangan dengan pantas. Dia mencucuk dahi lawannya dengan pisau berkali-kali.

"Tak guna! Mereka dah datang!" kata Ayano Hiruka.

Beberapa makhluk yang lain turut muncul menyerang gadis psiko itu. Ayano Hiruka membuat serangan maut hanya dengan pisaunya. Dia mengelar leher lawan. Dia menikam mata lawan. Dia menikam bertubi-tubi pada perut lawan. Hanya seorang diri sahaja dia berlawan dengan 6 makhluk di situ. Seusai sahaja berlawan, dia ketawa seperti orang gila.

"MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHHAH!!!!!!" tawa Ayano Hiruka hilang waras.

★★★

MAKANAN terhidang di atas meja. Mereka yang lapar sudah lama duduk menghadap meja kecuali Ayano Hiruka yang tiada di situ.

"Ayano mana?" tanya Hamashita Natsume, hairan.

"Dia kata nak balik tadi," kata Kai, jujur.

"Tapi dia tak balik pun," kata Faiz Azzudin, jujur.

"Rasanya, dia mesti pergi tempat tu!"

"Tempat apa?" tanya Alexander Monroe ingin tahu.

"Tak apalah. Biar aku cari dia!" kata Kai melangkah beredar.

"Sebelum pergi tu, makanlah sikit," pesan Feradossa Anvell yang masih berbaju seperti orang gaji.

"Tak apa. Kamu makanlah dulu." Kai melangkah keluar dari rumahnya.

Topeng gas dipakainya dari tadi. Kai membuka langkah berani ke satu destinasi.

"Sebenarnya, aku sendiri pun tak tahu di mana Hiruka," monolog Kai. *para reader, diminta tepuk dahi*

Matanya mengimbas setiap tempat lalu terlihat susuk tubuh sedang berlawan di satu tempat. Dia melangkah ke sana.

Setiba sahaja di sana, Kai melihat Ayano Hiruka membunuh beberapa makhluk aneh seorang diri. Matanya terbeliak.

"KILLING SPREE!!!" jerit Ayano Hiruka semakin gila dengan pembunuhan.

Pisau Ayano Hiruka sudah pun bertukar menjadi pedang. Satu tikaman tajam menembusi tubuh lawannya yang terakhir.

"SAVAGE!!! jerit Ayano Hiruka teruja dengan perbuatannya. "MUAHAHAHAHAH AHAHAHAHAHAHA AHAHHAH!!!!!!!!"

"Hiruka!" jerit Kai munculkan diri.

Ayano Hiruka melihat Kai muncul. "Kai!"

"Kau... buat... apa?" Kai tergagap melihat pembunuhan kejam tadi.

"Berlawan. Mereka datang menyerang sekarang. Kita kena bagi tau kawan kita yang lain. Mereka dah tahu tempat kita. Jadi, kita kena gerak sekarang!"

Satu makhluk datang menerkam dari belakang. Ayano Hiruka memusingkan badannya lantas menghayunkan pedangnya. Makhluk tadi terputus kepalanya. Kai terbeliak mata melihat pembunuhan kejam itu. Ayano Hiruka menarik lengan Kai lalu membawanya pergi dari situ.

"Kita kena pergi dari sini!" kata Ayano Hiruka serius.

★★★

GEDEGANG!!! Pintu depan ditendang dari luar dengan kuat.

Semua orang melihat Ayano Hiruka munculkan diri dengan pakaiannya yang berdarah.

"Kau pergi mana tadi?" tanya Minatozaki.

"Mereka dah datang! Kita kena pergi dari sini!" jelas Ayano Hiruka berterus-terang.

Tiba-tiba, rumah kecil itu diserbu oleh bala tentera Death Dracula dari semua arah. Dengan pantas, mereka yang lain terus berlawan kecuali Alexander Monroe. Lelaki itu makan dengan tenangnya tanpa gangguan.

"Cepat!! Pergi ke jeti!" ujar Kai. "Ikut aku!"

Kai melangkah keluar dari rumahnya. Mereka yang lain mengekori Kai sambil berlawan dengan makhluk yang aneh.

Setibanya di jeti, Death Dracula munculkan diri di hadapan pintu masuk, menghalang pergerakan mereka. "Nak ke mana kamu semua ni? Macam ada vacation je."

"Kau jangan nak kacau kami! Aku tak kenal kau pun!" kata Kai menengking.

"Kai, kamu semua pergi ke bot dulu. Nanti, aku kejar," kata Ayano Hiruka menggenggam pedangnya dengan erat.

Tangannya menggeletar gila. Fikirannya pula sudah kurang waras.

"Kau dah menggeletar. Kau takut ke?" kata Kai selamba.

"Aku bukannya takut, bukan juga menggeletar. Aku dah kurang waras. Lebih baik kamu pergi sebelum aku hilang waras," kata Ayano Hiruka serius.

Senyuman psiko tercalit di bibirnya. Hamashita Natsume menepuk bahu Kai.

"Biarkan dia uruskan!" ujar Hamashita Natsume yakin dengan anaknya.

Mereka yang lain terus melangkah masuk ke jeti kecuali Ayano Hiruka.

"Jadi, dah sedia nak jumpa neraka?" kata Death Dracula tersengih.

"Kau akan jumpa neraka dulu!" balas Ayano Hiruka tersenyum.

Death Dracula lesap seperti asap lantas muncul di belakang Ayano Hiruka. Gadis itu terkejut dengan pergerakan pantas itu.

"Apakah!?" kata Ayano Hiruka terkejut.

Shiuuuuunnnnggg!!!!! Satu pergerakan sepantas pesawat melintasi di depan Death Dracula.

Ayano Hiruka lesap dalam sekelip mata. Death Dracula terlepas sasaran. Matanya tertumpu pada bot yang sudah berlayar dari jeti lalu terlihat satu pesawat kecil mendarat di atasnya. Tubuh Ayano Hiruka diletakkan di atas lantai. Aisyah Maisarah yang mengeluarkan sayap pesawat itu memandang Death Dracula, tajam. Senyuman sinis diberikan kepada musuhnya.

"Terima kasih, Serra," ucap Ayano Hiruka tersenyum ceria.

"Ya, seperti yang dirancang," balas Aisyah Maisarah memandang adiknya.

"Apa? Kau berlakon psiko tadi?" kata Kai terpegun.

"Kau nak aku psiko dengan kau ke hah?" Ayano Hiruka mengacu pedangnya ke arah Kai.

"Dah! Dah! Dah! Kamu berdua ni tak habis-habis nak bergaduh.  Macam budak kecil je. Cubalah fikir matang sikit!" pesan Aisyah Maisarah geram.

"Entahnya kamu ni!" kata Feradossa Anvell menyokong.

"Mereka gaduh tu ada rasa sayang tu," kata Faiz Azzudin tersenyum nakal.

"Mana adalah!" balas Ayano Hiruka dan Kai serentak dengan pipi merah menyala.

"Tengok tu. Pipi dah naik merah," kata Hamashita Natsume sekepala dengan Faiz Azzudin.

"Ayahanda!" kata Ayano Hiruka geram.

Mereka yang tertawa, terhibur dengan reaksi mereka manakala Alexander Monroe hanya berdiam sambil menikmati hidangan yang dibawanya dari tadi.

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now