BAB 32-PEMERINTAHAN BAHARU

81 15 0
                                    

AISYAH Maisarah melakar perlembagaan baharu untuk kerajaannya. Dia berfikir sejenak tentang rakyatnya. "Apa lagi ya?"

Pandangan dibuang ke pintu biliknya. "Ayano!"

"Ya!" Ayano Hiruka dengan segera muncul di muka pintu bilik.

"Teman akak keluar sekejap. Nak tengok pekan."

"Baik!"

★★★

DUA beradik itu sekali lagi berjalan-jalan di luar kawasan istana. Kali ini, rakyat tidak lagi menunduk mahupun bersujud di depan Aisyah Maisarah.

"Akak nak tengok pekan, nak buat apa?" tanya Ayano Hiruka tertanya-tanya.

"Dekat sini, ada sekolah, tak?" tanya Aisyah Maisarah pula.

"Tak ada."

"Kawasan pendidikan?"

"Tak ada juga."

"Hmm..." Aisyah Maisarah berfikir lagi. "Kebanyakan penduduk dekat kerja apa?"

"Berniaga hasil tanaman."

"Mereka tanam apa? Boleh tunjukkan, tak?"

★★★

KAWASAN pertanian dilawati. Dua beradik itu melihat rumpai laut ditanam oleh petani di situ. Aisyah Maisarah berfikir lagi.

"Selain petani, apa lagi yang mereka kerjakan? Ada tak bahagian keselamatan?" tanya Aisyah Maisarah.

"Ada," jawab Ayano Hiruka.

★★★

KAWASAN pekan dilalui lagi. Balai polis, hospital dan kem tentera di lawat.

"Balai bomba tak ada ke?" tanya Aisyah Maisarah seperti orang dungu.

"Kak, sini air. Api tak boleh hidup dalam air," kata Ayano Hiruka.

"Eh, terlupa pula!"

Ayano Hiruka menampar dahinya.

★★★

KAWASAN kediaman dilawati mereka. Suasana tenang dan tenteram. Aisyah Maisarah melihat kawasan kediaman penduduk itu seperti ada kekurangan sesuatu.

"Dekat kota Atlantis ada taman tema, tak? Macam dekat Pripyat?" kata Aisyah Maisarah.

"Tak ada," balas Ayano Hiruka ringkas.

"Hmm..."

★★★

STUDIO media massa turut dilawati mereka berdua.

"Kebanyakan siaran TV akan siarkan apa?" tanya Aisyah Maisarah.

"Drama, filem, berita, kartun animasi dan rancangan dokumentari," kata Ayano Hiruka jujur.

"Yang ni nampak okey."

"Nak ke mana lagi?"

"Kita balik."

★★★

AYANO Hiruka melihat Aisyah Maisarah merangka strategi di dalam bilik. "Akak nak buat apa sampai nak tengok sekeliling?"

"Akak perhati lama dah sejak akak masuk kota ni. Memang ada banyak kekurangan. Jadi, akak nak buat perlembagaan baharu untuk mereka. Kita akan buat sistem pemerintahan baharu. Peraturan pun akak akan ubah. Ada yang kena diketatkan dan ada yang kena dilonggarkan," kata Aisyah Maisarah sibuk melakukan kerjanya.

"Akak tak risau pasal kawan kita yang lain ke?"

Aisyah Maisarah berhenti menulis. Dia terkaku seketika. Pandangan dibuang ke arah Ayano Hiruka. "Kita hanya mampu berdoa sahaja. Kalau kita minta bantuan dari mak macam tu je, rakyat akan kata apa pula nanti. Jadi, sebagai permaisuri baharu, akak kena curi hati rakyat. Bila mereka dah senang hati dengan akak, barulah kita boleh minta bantuan dari mereka."

Ayano Hiruka memahami kata-kata kakaknya. "Baik, akak!"

"Dah, tolong akak sekejap."

"Tolong apa?"

"Tolong cari pelan kota Atlantis."

"Baik."

Ayano Hiruka berjalan keluar dari bilik lalu melangkah ke bilik bawah tanah. Di situ, Barang-barang lama disimpan. Ayano Hiruka mencari pelan bandar di sebalik rak.

"Mana ni?" monolog Ayano Hiruka mencari.

Mata Ayano Hiruka terlihat peta yang dicari.

"Bingo!"

Pelan bandar diambil lalu dibawa ke bilik Aisyah Maisarah semula. Rozepa terlihat anaknya membawa pelan bandar.

"Ayano nak buat apa dengan pelan tu?" kata Rozepa kehairanan.

"Akak yang minta," kata Ayano Hiruka ringkas.

Rozepa mengerutkan dahinya. Ayano Hiruka pula melangkah masuk ke bilik tidur. Pelan diberikan kepada Aisyah Maisarah.

"Nah!" kata Ayano Hiruka memberikan peta bandar Atlantis.

"Terima kasih!" ucap Aisyah Maisarah tersenyum.

Pelan diambil lalu dibuka. Aisyah Maisarah melihat pelan tersebut dengan teliti.

"Baiklah, kita akan buat perubahan..." kata Aisyah Maisarah tersengih.

"...secara drastik!"

#vote

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now