EPILOG

157 20 13
                                    

Empat bulan kemudian,...

AINA Baroqah menemani Faiz Azzudin menulis di dalam bilik. Dia berbaring di atas tilam seraya bermain telefon.

"Abang Faiz, Aina nak tanya sikit ni," kata Aina Baroqah.

Faiz Azzudin meneruskan kerjanya. "Apa dia?"

"Kak Sarah akan marah tak kalau adik upload video dia tidur dalam IG?"

"Mestilah marah. Kenapa?"

"Adik baru je terupload video dia tidur."

Faiz Azzudin sekilas memandang adik iparnya. "Apa dia?"

Aina Baroqah bergerak turun dari katil lalu mendekati Faiz Azzudin. Dia menunjukkan video yang dikatakan. Faiz Azzudin menontonnya, terus terbeliak mata.

"Sasuke~ zzz… Janganlah tinggalkan saya… zzz…"

Senyuman diukir perlahan-lahan lalu menghasilkan tawa sebaik mendengar igauan isterinya.

"Bila Aina rakam ni?" tanya Faiz Azzudin terhibur.

"Waktu kami di kota Atlantis dulu, waktu kak Sarah buat pelan bandar Metrolantis," jawab Aina Baroqah.

"Begitu." Tawa Faiz Azzudin masih tersisa.

Aisyah Maisarah memasuki bilik dengan badannya yang sudah berdua selama hampir empat bulan. "Gelak apa tu? Tak habis-habis lagi."

"Tak ada apalah, sayang."

"Ha'ah, tak ada apapun!" kata Aina Baroqah menyokong.

Aisyah Maisarah mengesyak sesuatu. "Hmm... Pelik betullah kamu berdua ni."

"Sayang masak apa hari ni?" tanya Faiz Azzudin menukar topik perbualan.

"Nasi goreng."

"Again?" kata Aina Baroqah terpegun.

"Haa... Eloklah tu. Abang tengah lapar ni," kata Faiz Azzudin tersenyum lalu memandang Aina Baroqah. "Jom makan sekali, Aina!"

"Boleh juga!"

Faiz Azzudin memandang isterinya. "Sayang rehatlah dulu."

"Okey," balas Aisyah Maisarah akur, melangkah ke katil.

Faiz Azzudin dan Aina Baroqah segera melangkah keluar dari bilik. Tinggal Aisyah Maisarah berseorangan. Telefon pintarnya dicapai. Aplikasi Instagram dibuka. Aisyah Maisarah melihat klip video yang telah dimuatnaik oleh Aina Baroqah.

"Sasuke~ zzz… Janganlah tinggalkan saya… zzz…"

Aisyah Maisarah berkerut dahi. "Sekejap. Rasa-rasanya ni..."

~Throwback Bab 33~

"Dah tidur?" kata Ayano Hiruka.

Pelan bandar terjatuh dari meja, melayang ke arah Ayano Hiruka laku disambut. Ayano Hiruka melihat pelan bandar itu.

"Pelan bandar apa ni?" kata Ayano Hiruka kehairanan.

"Sasuke-kun... zzz... jangan... zzz... tinggalkan aku... Aishiteru♥!" igau Aisyah Maisarah sampai meleleh air liur.

"Siap mengigau lagi?" Ayano Hiruka hairan.

"NARUTO!!! PERGI KACAU HINATA TU!!! Zzz..." jerit Aisyah Maisarah dalam igauan.

Terkejut beruk Ayano Hiruka dibuatnya. "Opocot mak Rifah!"

Ayano Hiruka mendapat idea nakalnya.

~End Throwback~

Kemarahan Aisyah Maisarah meluap. Nafas ditarik dalam-dalam.

"AINAAAAA!!!!!! FAIZZZZZZZ!!!!!!" jerit Aisyah Maisarah menggegarkan seluruh dunia.

#vote

Tamat sudah novel ni.😆
Macam mana? Okey, tak?😳
Kalau hambar, minta maaf ya.😥
Kalau ada typo mohon maaf ya.😓
Terima kasih kerana sudi membaca!😉
Sekian dari author yang masih amatur.😅

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now