BAB 21-GADIS ANEH

122 20 30
                                    

MALAM yang sunyi di apartmen terbiar. Sejuk betul bilik pada masa itu. Kipas siling tidak berpusing dek tidak berfungsi, tetapi suasana tetap sejuk. Mata Ayano Hiruka belum lagi terlelap. Apa yang menjadi masalah dia tidak terlelap berpunca daripada Feradossa Anvell yang sedang nyenyak tidur berdengkur.

"Kau tak tidur lagikah?" kata Minatozaki melihat Ayano Hiruka belum tidur.

"Tak boleh nak tidurlah," kata Ayano Hiruka memandang siling.

"Anvell okey je."

Feradossa Anvell tidur dengan dengkuran kuat. Ayano Hiruka cuba mengawal perasaan psikonya.

"Ayano, bawa bertenang!" kata Minatozaki cuba memujuk kawannya itu.

Runut bunyi seruling itu berbunyi lagi. Kali ini, lebih merdu. Mata Minatozaki semakin berat. Mulutnya menguap luas.

"Sedapnya muzik!" kata Minatozaki tertarik.

Minatozaki melelapkan matanya lalu terlelap serta-merta. Ayano Hiruka pun begitu. Dengkuran Feradossa Anvell bukan lagi gangguannya.

Violet Alexander munculkan diri lalu melihat tiga gadis itu tidur nyenyak. "Selamat malam, kawan!"

Violet Alexander melangkah beredar dari situ, meninggalkan mereka dibuai mimpi.

★★★

PAGI yang subur menyinari pulau terpencil itu. Ayano Hiruka mencelikkan matanya. Dia bangun lalu meregangkan badannya. Dia melihat kawannya yang lain sudah tiada, barangkali sudah bangun. Dia melangkah keluar dari bilik.

"Geng!" seru Ayano Hiruka mencari kawannya.

Suasana sunyi sahaja.

"Anvell!" panggil Ayano Hiruka melihat ruang tamu kosong.

"Mina!" seru Ayano Hiruka lagi memasuki ruang dapur.

Ayano Hiruka berjalan keluar rumah. Dia melihat persekitarannya yang sepi sahaja. "Mana mereka ni?"

"Kak Serra!"

"Abang Faiz!"

"Ayahanda!"

"Pak cik Alex!"

"Anvell!"

"Mina!"

"Violet!"

Persekitaran terlalu sepi. Memang sepi.

"Wei, janganlah tinggalkan aku!!!" ujar Ayano Hiruka teriak.

"Keluarlah!!!"

"Jangan sampai aku bunuh satu-satu!!"

Ayano Hiruka berhenti melangkah. Dia terfikir sesuatu lalu memandang langit biru.

"Takkanlah mereka semua dah kena culik."

Kepala Ayano Hiruka ditunduk serta-merta. Giginya berdetak geram. Air mata mengalir di pipi.

"Tak guna. Tak guna!"

Pedangnya dikeluarkan lalu digenggam kuat.

"Perlukah aku..."

"Perlukah... aku..."

"...bunuh diri sekarang."

Pedang katananya dijatuhkan ke lantai. Pisau kecil dikeluarkan lalu diletakkan pada dinding, diacu ke arahnya. Kepala Ayano Hiruka ditarik lajak, mahu dihentak ke arah pisau.

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now