BAB 22-SAVAGE

119 20 40
                                    

AYANO Hiruka bangun dari perbaringan. Nafasnya turun naik. Mimpi rupanya tadi.

"Fuh... mimpi buruk apakah! Siapa perempuan tadi tu? Perlukah aku bunuh dia?" monolog Ayano Hiruka terkejut dengan mimpinya.

Gadis itu melihat sekeliling. Feradossa Anvell dan Minatozaki sudah tiada di sebelahnya, barangkali sudah bangun. Ayano Hiruka serta-merta bangun lalu melangkah keluar dari bilik.

"Ohayo gozaimasu, Ayano-chan!" ucap Aisyah Maisarah menyapa adiknya serata memotong sayur.

"Ohayo!" balas Ayano Hiruka berwajah suram. "Mana Kai?"

"Haih?! Pagi-pagi dah sebut pasal Kai? Ada apa ni? Muka suram je"

"Tak ada apa. Cuma, nak sembang-sembang kosong je."

Psycho + Yandere mode🔛

Mangsa #1: Aisyah Maisarah
"Daripada sembang kosong dengan Kai, lagi elok tolong akak potong sayur ni."

"Yalah." Dalam hati Ayano Hiruka sebenarnya. 'Jangan nak halang aku berjumpa dengan Kai!'

"Okey, akak nak masak lauk ni. Tolong potong sayur sekejap."

"Okey."

Pisau dapur diambil.

"Nanti, tengah hari, panggillah kawan kita yang lain," pesan Aisyah Maisarah.

"Sebenarnya, mereka pergi mana ni?" tanya Ayano Hiruka tertanya-tanya.

"Keluar. Tinggal akak seorang je dalam apartmen ni."

Akak seorang je. Peluang dah ni, desis hati Ayano Hiruka makin tidak keruan.

"Sebenarnya, akak pun suka Kai juga. Kenapa Ayano tak suka sangat Kai tu? Dahlah tampan, baik pula tu. Kenapa?" kata Aisyah Maisarah.

Ayano Hiruka mengukirkan senyuman yang sukar ditafsir. "Akak pun suka Kai."

"Ya. Kenapa?" Aisyah Maisarah memandang adiknya.

Satu tikaman bertubi-tubi menusuk ke badan Aisyah Maisarah. Si kakak terkejut dengan tikaman dari adiknya.

"Ke... kenapa?" kata Aisyah Maisarah.

Mayat Aisyah Maisarah rebah ke lantai. Ayano Hiruka berdiri menghadap mayat kakaknya.

"Tak ada siapa boleh sukakan Kai. Tak ada siapa boleh cintakan Kai... melainkan aku." Ayano Hiruka terus ketawa dengan psikonya.

Mangsa #2: Faiz Azzudin
Mangsa #3: Alexander Monroe
"Jangan kacau kami main boleh, tak?" kata Faiz Azzudin sebaik Ayano Hiruka mengganggu mereka bermain bola lisut.

"Entahnya. Pergilah main dengan kawan kau tu," kata Alexander Monroe pula.

"Err... aku nak ke tandas dulu. Tak tahan dah ni," ujar Kai meminta diri.

"Haa... okey," balas Faiz Azzudin.

Kai berlari ke tandas berdekatan.

Sebaik sahaja Kai hilang dari pandangan, mereka kembali 'berbincang'.

"Okey, balik ke perbincangan kita, jangan kacau kami," pesan Faiz Azzudin.

Dbokk!! Satu pukulan mengenai kemaluan Faiz Azzudin.

Faiz Azzudin terbongkok badan, cuba menahan kesakitan. Kepalanya terus dipukul kuat. Lelaki itu rebah jua. Alexander Monroe terkejut.

"Hei, bawa bertenang dulu!" pinta Alexander Monroe.

Ayano Hiruka memusingkan badannya seraya menghayunkan kayu besbol. Pukulannya mengenai kepala Alexander Monroe terus. Lelaki itu rebah tak terkata.

Penulis Malam 2Where stories live. Discover now