JERITAN dan tangisan nyaring menyentuh gegendang telinga.Esakan tangisan yang memilukan hati itu tidak menimbulkan perasaan simpati walaupun secebis pada hati tua Puan Salmah. Malah wanita tua itu masih menyepak-nyepak kuat belakang tubuh gadis yang sedang memeluk kaki meja makan.
"Dasar anak tak guna!"
Cacian Puan Salmah masih berterusan malah tidak kurang mahupun sedikit. Air mata Humaira Aulia tetap mengalir deras tanpa mengenal erti noktah. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk melawan Puan Salmah dek rasa hormatnya pada wanita tua itu menggunung tinggi. Akhirnya,dia hanya membiarkan wanita tua itu terus-terusan memukul badannya walaupun kesalahannya tidaklah begitu besar.
"Kau tak tahu ke yang aku ni lapar?!Kebulur! Kenapa kau masih lembap tak masak makanan tengah hari?!"
Makian Puan Salmah memenuhi ruang dapur itu. Humaira Aulia menggeleng perlahan. Hatinya hanya berharap Haji Sulaiman akan pulang secepat mungkin kerana hanya lelaki tua itu sahaja yang selalu menyelamatkannya.
"Maafkan, Maira.. Maira tertidur tadi, mak."
Tersedu-sedan Humaira Aulia menjelaskan hakikat yang berlaku pada sejam yang lepas. Namun, bagi Puan Salmah, hakikat itu membolehkan dia memukul anak tirinya itu.
"Huh! Cakap ajelah yang kau ni pemalas! Dasar anak dara pemalas! Tak guna! Sudahlah menyemak di dalam rumah ni!"
Jerit Puan Salmah kuat. Sehingga terhinjut bahu Humaira Aulia. Wajah gadis itu sudah merah padam dek menangis teresak-esak.
"Maafkan Maira, mak.."
Ucap Humaira Aulia lagi. Dia masih memeluk kaki meja makan. Memejam matanya rapat. Seolah-olah cuba mengusir pergi rasa sakit dan pedih yang menjalar pada tubuhnya tika itu.
"Aku bencilah dengan kau ni! Pergi mampuslah!"
Puan Salmah akhirnya menghentikan pukulannya. Sebelum dia berlalu pergi, sempat lagi dia memijak kuat kaki kanan Humaira Aulia. Meraung kuat gadis itu dek kesakitan. Puan Salmah berlalu dengan rengusan kuat.
Humaira Aulia memejam matanya sebelum kembali mencelikkan matanya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus keluar. Dia duduk melutut sambil mengutip serpihan pinggan kaca yang berterabur di atas lantai dek hempasan daripada ibu tirinya.
Dia reda dengan nasibnya. Nasib dirinya yang sentiasa malang.
IAN WAN CHEAH mengukir senyuman manis. Senyuman manis yang mampu menggetarkan hati mana-mana gadis yang melihatnya. Buktinya, seorang gadis yang berada di hadapannya kini sudah hampir terjelupuk jatuh namun dengan pantas, Ian Cheah merangkul pinggang ramping itu. Ditarik rapat ke dada bidangnya.
"Hi, young lady." Ian Cheah mengenyit sebelah matanya dengan senyuman senget. Wajah gadis cina di hadapannya yang putih gebu itu terus merah padam. Tersipu-sipu malu gadis itu apabila anak mata biru berkilauan itu menusuk ke dalam anak matanya.
"Err.. Hi, hots.."
Balas gadis itu biarpun masih malu-malu kucing. Ian Cheah tersenyum sinis sebelum melepaskan rangkulan pada pinggang ramping itu. Dia berlalu ke arah satu meja dan dengan pantas dia duduk di hadapan sahabat-sahabatnya.
"Hi geng!" Sapa Ian Cheah sambil merampas gelas kaca berisi wain merah daripada tangan sahabatnya, Hans. Merengus sedikit Hans dengan tingkah selamba Ian Cheah.
"Bila kau sampai ni?" Soal Alex yang diam memerhati dua sahabatnya. Ian Cheah tersenyum kecil sebelum meneguk wain merah itu dengan rakus. Dia kembali meletakkan gelas kaca yang masih mempunyai sedikit wain merah tadi. Dia memandang wajah Hans dan Alex silih berganti.
"Aku baru saja sampai. Kau kenapa?Tengok aku macam aku ni hantu la!"
Ian Cheah kembali meneguk rakus wain merah yang masih tinggal separuh itu sambil matanya melilau ke sekeliling ruang club pada malam itu. Hans berdehem sedikit.
"Kau cari siapa ni, Ian? Jess?"
Soal Hans yang turut memerhati arah pandangan sepasang anak mata biru berkilauan milik Ian Cheah. Ian Cheah tergelak kecil. Dia kembali meletakkan gelas kaca itu di atas meja. Bibirnya sudah merah dek penangan wain merah itu.
"Hell! Aku tak naklah cari perempuan ular tu!"
Berdecit perlahan Ian Cheah apabila mendengar nama gadis yang materialistik terbit dari bibir sahabatnya. Argh! Benci!
"Hi, Ian! Lama tak nampak you maa.."
Suara lembut itu menyentakkan tiga jejaka yang sedang berbual itu. Pantas mereka berpaling memandang ke arah suara yang memanggil nama Ian Cheah. Tersungging senyuman sinis pada bibir nipis Ian Cheah apabila melihat gadis itu menghampirinya.
"You apa khabar? Sihat?"
Soal Xiao Mei sambil mengukir senyuman manis. Dia menghampiri badan tegap Ian Cheah lantas membelai pipi lelaki itu.
"Yes. Sihat.. Why?"
Ian Cheah mengerling dua orang sahabatnya yang masih merenungnya. Hans menggeleng perlahan manakala Alex mengangkat tapak tangannya. Tanda melarang. Ian Cheah faham sangat dengan isyarat dua orang sahabatnya itu. Mesti Xiao Mei salah seorang perempuan yang kuat mengikis!
Pantas jari-jemari runcing yang membelai-belai pipinya ditepis kasar secara drastik. Dia cukup benci dengan perempuan materialistik!
"Stay away from me, Xiao Mei,"
Nada suara Ian Cheah tegas dan garang. Tersentak gadis itu dengan perubahan mood Ian Cheah yang mendadak. Dengan muka masam mencuka, Xiao Mei melangkah pergi meninggalkannya.
"Jangan dekat dengan dia laaa,vIan!Bahaya! Kaki kikis maa,"
Ujar Hans sambil memerhati sahabatnya itu. Ian Cheah tersenyum sinis.
"Perempuan.. Semua sama saja."
Ian Cheah kembali mencapai gelas kaca di atas meja dan sekali teguk, wain merah itu habis licin. Segera dia bangun dan melangkah pergi meninggalkan Alex dan Hans yang tercenggang-cenggang.
pardon to segala typo i 🤯 enjoy okay!
YOU ARE READING
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
Romance💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...