BAB 25

2.5K 150 5
                                    

HUMAIRA Aulia hanya memandang dari jauh tubuh sasa dan tegap milik Ian Cheah sedang berdiri merenung bentangan laut biru pada petang itu. Jejaka itu hanya mengenakan ripped jeans berwarna blueblack dan baju T berwarna putih. Rambut keperangan asli itu beralun ditiup angin.

Perlahan-lahan Humaira Aulia menghampiri tubuh tegap yang sudah setengah jam berdiri merenung bentangan laut biru. Humaira Aulia mengerling memandang sisi wajah kacak Ian Cheah. Rahang tajam itu kelihatan bergerak-gerak sedikit. Humaira Aulia mencari sepasang anak mata biru yang dilindungi oleh kaca mata hitam berjenama yang dipakai oleh Ian Cheah.

"Papa I nak kahwin lain, Maira." Ian Cheah tunduk sambil melepaskan keluhan berat. Jari-jemari runcingnya naik meraup rambut perangnya.

Humaira Aulia tersenyum nipis. "Saya tak tahu nak beri komen apa tentang ini sebab saya tak pernah laluinya. Tapi saya faham perasaan awak, Ian."

Ian Cheah berpaling memandang wajah Humaira Aulia yang turut memandangnya. "Nanti you nak ke London, I akan temankan you, okey?"

Humaira Aulia pantas menggeleng. "Tak perlu. Lagipun, saya dah banyak menyusahkan awak. Kali ini, biar saya uruskan semua. Terima kasih, Ian."

Ian Cheah menghela nafas berat. "Kehadiran you banyak memberi pengajaran pada I, Maira. Kehadiran you juga buat I rasa tidak sunyi lagi. Dan kali ini, you juga akan tinggalkan I. Macam mana papa, mama dan Jess tinggalkan I,"

Humaira Aulia menghela nafas. Dia merenung wajah kacak itu dalam-dalam.

"Saya tak tinggalkan awak, Ian. Dan tak akan pernah tinggalkan awak. Saya janji, kalau saya pulang ke Malaysia, saya akan cari awak balik. Insya-Allah," Humaira Aulia tersenyum nipis.

"Macam mana kalau I rindukan you?" Ian Cheah menjongket sebelah keningnya.

Humaira Aulia tersenyum nipis. "Ingat kenangan kita, Ian. Kerana kenangan manis antara kita akan membuatkan kita sentiasa rasa begitu dekat,"

Ian Cheah tersenyum nipis. "I takut lepas you pergi tinggalkan I, I akan kesunyian. Tapi I percaya Tuhan akan mempertemukan kita kembali,"

Humaira Aulia tersenyum nipis. "Allah itu Maha Berkuasa, Ian. Saya percaya dengan perjalanan yang diatur untuk saya ini semuanya ada hikmah yang tersembunyi oleh-Nya. Saya yakin dengan takdir Allah. Kalau Allah mengizinkan kita untuk dipertemukan kembali, maka kita akan bertemu,"

Ian Cheah tersenyum nipis. Entah mengapa, ungkapan Humaira Aulia membuatkan jiwanya begitu tenang.

"I sayang you, Maira. I tak tahu apa perasaan I dekat you, Maira. I tak pasti. Tapi perasaan I pada you sangat berlainan daripada perasaan I pada Jess dahulu," ungkap Ian Cheah jujur.

Humaira Aulia terdiam. Hanya mendengar butir bicara Ian Cheah dengan anak mata hitamnya masih tetap memandang bentangan laut biru yang begitu indah.

"I tak tahu ini cinta atau apa.." kata-kata Ian Cheah terhenti apabila Humaira Aulia memintas.

"Saya tunggu awak dekat kereta." Humaira Aulia segera melangkah meninggalkan Ian Cheah yang masih memandangnya.

"Maira.." Humaira Aulia terhenti melangkah. Namun dia tidak berpaling. Hanya menunggu kata-kata Ian Cheah.

"I cintakan you, Maira." Terhenti seketika sedutan oksigen ke dalam badan Humaira Aulia. Dia terkedu. Jantungnya berdegup laju seiring dengan badannya yang menggigil. Dia sayangkan Ian Cheah tetapi cinta tidak ada kerana dirinya dan Ian Cheah begitu berbeza.

"I yakin dengan perasaan I kali ini, Maira. I yakin yang I cintakan you. I ambil masa untuk meyakini perasaan I pada you. Dan kali ini I benar-benar yakin. I love you, My Maira,"

I love you, My Maira.

Tiga patah perkataan itu menusuk tepat memasuki gegendang telinga Humaira Aulia. Dia menggenggam penumbuk. Mengumpul kekuatan yang masih bersisa. Ya. Dia akui tiga patah perkataan itu berjaya menggegarkan jantungnya. Tetapi dia takut.

Dia berpaling memandang wajah Ian Cheah yang sudah menanggalkan kaca mata hitamnya. Sepasang anak mata biru laut itu redup merenung ke dalam anak matanya. Wajah kacak itu serius menyatakan perasaan cinta kepada Humaira Aulia.

"I sakit bila lihat you menangis. I tak suka lihat you menangis. I selalu mimpikan you. I selalu nampak you ajarkan kanak-kanak membaca sebuah kitab. I dapat rasa you menangis walaupun you bukan berada di hadapan I, Maira. I nampak you dalam mimpi I sebelum kita berjumpa,"

Terbuntang seketika mata Humaira Aulia sebelum dia menyedut dalam-dalam nafas lalu dihembus keluar. Wajah kacak Ian Cheah direnung lama. Ya. Dia akui bahawa dia amat menyayangi jejaka kacak itu.

"I love you, Maira. I want you to be a part of my life. I want you to be mine. Will you be my light in the dark?"

Humaira Aulia memejam matanya rapat. Sebelum dia mencelikkan kembali matanya. Ya. Ini bukan mimpi. Wajah kacak Ian Cheah yang penuh mengharap itu membuatkan Humaira Aulia berbelah bahagi.

"Ini semua salah, Ian. Kita berbeza. Kehidupan awak dan saya begitu berbeza. Awak hidup ibarat di dalam istana. Saya hanya datang daripada sebuah rumah kayu usang yang menanti ingin rebah ke bumi. Keluarga awak ternama. Terkenal di Malaysia dan di luar negara. Saya? Saya hanya ada seorang emak tiri yang sentiasa menyeksa saya. Arwah walid telah lama pergi tinggalkan saya,"

Humaira Aulia menghela nafas berat. Riak wajah kacak Ian Cheah berubah keruh.

"Maksud you.... You tolak I? I tak prefect ke untuk you? I tak kacak? I tak kaya? I tak cukup baik untuk you?" Lirih sekali nada suara Ian Cheah.

Humaira Aulia menggeleng perlahan. "Bukan. Awak sempurna, Ian. Cukup sempurna buat saya. Awak kacak, kaya dan sangat baik. Tapi, saya rasa ada lagi gadis yang lebih baik daripada saya buat awak, Ian. Awak baik, Ian. Tak mungkin tiada gadis inginkan awak,"

Ian Cheah menggeleng perlahan. Dia menapak menghampiri Humaira Aulia. Menunduk lalu memanah ke dalam anak mata hitam milik Humaira Aulia.

"You tolak I kerana kita berbeza agama?" Suara itu seakan berbisik. Nafas hangat Ian Cheah menampar dahi Humaira Aulia.

"Tak. Itu bukan masalah buat saya. Saya harap awak faham,"

Ian Cheah tersenyum nipis. "You tak ada ke walaupun secebis rasa sayang kepada I? Walaupun sebesar zarah?"

Humaira Aulia menarik nafas. Tipulah jika dia tidak menyayangi lelaki kacak itu. "Saya sangat sayangkan awak, Ian. Tapi saya tak pasti dengan perasaan saya pada awak. Saya tak pasti sama ada saya cintakan awak atau hanya menyayangi awak hanya sebagai seorang sahabat,"

Ian Cheah menghela nafas. "Firasat I merasakan yang you akan tinggalkan I, Maira selepas I luahkan perasaan I kepada you,"

Humaira Aulia menggeleng perlahan. "Saya tunggu di kereta."

Humaira Aulia segera berpaling dan melangkah pergi. Meninggalkan Ian Cheah yang terluka.

Namun langkah Humaira Aulia sekali lagi terhenti. Dia berpaling memandang wajah Ian Cheah yang masih merenungnya penuh harapan yang mulai musnah.

Angin pantai meniup lembut rambut perang itu. Anak mata biru itu bergenang dengan air mata yang menanti ingin menitis.

"Islam itu indah... Islam itu hebat..Kalau awak cintakan saya.. Awak perlu dapatkan cinta hakiki.. Cinta Allah," Humaira Aulia berpaling dan berlari anak ke tempat letak kereta.

Ian Cheah terdiam. Air matanya menitis setitik di pipi namun segera dikesat. Dia cintakan gadis itu. Gadis bertudung litup itu. Dia hanya memandang susuk tubuh Humaira Aulia sehingga hilang daripada pandangannya.

Cinta Allah?


Vomments guyssss ;)

Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]Where stories live. Discover now