IAN CHEAH tersenyum mekar sambil membalas pelukan erat Datin Fancy.Suasana sangat meriah di dalam banglo tiga tingkat itu.
"I miss you,son,"
Ian Cheah mengukir senyuman.Datin Fancy memegang kedua-dua belah pipi anaknya itu dengan senyuman mekar.Ian Cheah tergelak kecil.
"Wo xiang ni,māma,(Saya rindukan awak,mama)"
Ian Cheah membalas senyuman Datin Fancy.Jari-jemari runcingnya naik mengesat air mata Datin Fancy.Tersenyum mekar wanita tua yang mengenakan cheongsam merah menyala paras betis.
"Ni kuai kuai la!(awak cepat-cepat la!)"
Suara Dato Cheah menyentakkan Datin Fancy dan Ian Cheah.Pantas Datin Fancy menarik anak lelakinya masuk ke ruang tamu.Suasana yang riuh-rendah dengan suara sanak-saudaranya terus diam apabila melihat Ian Cheah berada di sisi Datin Fancy.
"Ian!"Ian Cheah hanya mengukir senyuman nipis dan menyapa seluruh sanak-saudaranya.Riuh sakan mereka mengusiknya.
"Sudah lama kamu tidak pulang ke rumah ini,Ian..Kamu pergi mana?"
Soal Fanlu,kakak kepada Datin Fancy.Ian Cheah tersenyum nipis.Tapak tangannya naik mengusap belakang lehernya.Otaknya ligat berfikir untuk mencari alasan yang bernas.
"Er..Ian ada hal,"
Ian Cheah tersengih mengalahkan kerang versi wangi.Dengan pantas dia melangkah pergi ke arah meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai makanan.Datin Fancy tersenyum mekar melihat anak lelakinya yang sedang menikmati hidangan.
"Ian.."
Ian Cheah mendongak.Wajah Datin Fancy yang manis itu direnung.Kening kanannya dijongket.Terlupa pula nak memberi hadiah pada Datin Fancy.
"Happy birthday,māma!"
Datin Fancy mengukir senyuman manis sambil menyambut huluran kotak hadiah yang berbalut dengan pembalut berwarna merah berbunga-bunga.Pucuk hidung mancung anak lelakinya dicuit menggunakan hujung jari.
"Thanks,Ian..Nasib Ian ingat birthday māma..Kalau tidak,Ian tak akan muncul di dalam rumah ni,"
Sindir Datin Fancy sambil melihat Ian Cheah menikmati kek coklat yang siap dipotong dengan penuh berselera.Ian Cheah mendongak.
"Māma..Janganlah nak menyindir Ian,"
Ian Cheah sudah menarik muncung sedepa.Datin Fancy tergelak kecil melihat telatah Ian Cheah yang kebudak-budakan biarpun umur sudah menjangkau 27 tahun.
"Wo xiang yongbao ni,māma.(Saya ingin memeluk awak,mama.)"
Datin Fancy tergelak kecil seraya memeluk anaknya.Ian Cheah turut sama tergelak kecil.Selesai sahaja berpelukan,Ian Cheah kembali mencapai piring berisi kek coklat itu lantas menyudu sedikit dan dibawa ke mulut.
"Mama nak ke ruang tamu.Makanlah"
Datin Fancy berlalu ke ruang tamu meninggalkan Ian Cheah yang sedang menikmati kek coklat.Ian Cheah tersenyum kecil.Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil meneruskan menghabiskan sepotong kek coklat.
"Hi,Ian,"
Terhenti suapan Ian Cheah.Wajahnya yang ceria tadi terus merundum.Ian Cheah meletakkan sudu secara kasar pada permukaan piring kaca itu menyebabkan ia berdenting kuat.
"Chill,dear.."
Ian Cheah merengus.Dia mendongak memandang wajah Jessica yang tersenyum mekar di hadapan meja makan itu.Bebola mata koko gelapnya menghunus tajam anak mata hitam Jessica.
"What do you want?"
Dingin dan keras sahaja nada suara Ian Cheah.Jessica tersenyum nipis.Dia menarik kerusi di hadapan lelaki itu lantas melabuhkan punggungnya.
"I want you,Ian."
Tangan Ian Cheah yang cuba disentuh oleh Jessica pantas ditarik oleh lelaki itu sendiri.Dia merengus.Jessica tergelak kecil.
"Sejak bila Ian Wan Cheah yang I kenal ni jadi perengus?"
Ian Cheah tersenyum sinis.Entah siapalah yang menjemput perempuan ular itu ke rumah orang tuanya.
"Sejak bila kita pernah berkenalan?"
Sinis sahaja nada suara Ian Cheah.Tersentap hati Jessica namun dia masih teguh memujuk Ian Cheah.
"I minta maaf sebab buat you marah.Kita boleh mulakan kembalikan?"
Tergelak Ian Cheah mendengar kata-kata yang terbit daripada bibir Jessica.Anak mata koko gelap itu kembali tajam memandang wajah cina milik Jessica.
"Mulakan kembali?What did you mean,Jess?"
Jessica berdehem.Dia menongkat dagu sambil tangannya menarik piring kaca berisi kek coklat milik Ian Cheah dan menikmatinya.
"Kita boleh mulakan kembali hubungan seperti dahulu?"
Ian Cheah tergelak lagi.Entah apa yang mencuit hatinya,Jessica sendiri tidak tahu.
"Jess..Jangan buat lawak murahan dekat rumah māma dan bàba I..Sejak bila I dan you ada hubungan?Kita hanya kawan,"
Terhenti suapan Jessica.Wajah kacak milik Ian Cheah direnung lama.
"Ian,please...I'm sorry..I minta maaf sebab itu salah I..Salah I tinggalkan you,"
Ian Cheah tersenyum sinis.Tangannya mencapai buah anggur yang berada di dalam pinggan lantas dimasukkan ke dalam mulut.
"Yes..It is your fault,"
Jessica sudah berwajah sendu.Tidak mungkin dia akan kehilangan lelaki sekaya Ian Cheah lagi.Dia tidak mahu!
"Please,Ian..Kita mulakan semula hubungan dahulu?"
Ian Cheah terdiam.Seolah-olah berfikir.Tersungging senyuman manis pada bibir Jessica apabila melihat Ian Cheah seolah-olah ingin menerimanya semula.
"Mulakan semula hubungan seperti dahulu?"
Ian Cheah mengulang kembali kata-kata Jessica.Bibirnya melorek senyuman senget apabila melihat Jessica beria-ia mengangguk.
"Of course..."
Meleret sahaja kata-kata Ian Cheah membuatkan Jessica tersenyum mekar.
"No.."
Tercenggang Jessica.Berkerut keningnya.Ian Cheah mencapai beberapa biji buah anggur.
"Of course no!Perempuan materialistik!Perempuan ular!"
Sebiji anggur dibaling mengenai dahi Jessica lantas Ian Cheah bingkas bangun meninggalkan gadis itu yang tercenggang-cenggang.Jessica mengetap bibir.
Geram!
tak ada yg berubah pun okayy. Kalau ada typo , im so so sorry. Tulis dgn fon mmg ah😂
YOU ARE READING
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
Romance💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...