BAB 22

2.2K 150 3
                                    

SUASANA hening menyelaputi ruang pejabat mewah itu. Ian Cheah mahupun Humaira Aulia saling diam menyepi tidak memulakan hujah. Humaira Aulia diam sambil menunduk bermain dengan jari-jemari runcingnya. Ian Cheah berdiri sambil berpeluk tubuh memandang keluar daripada cermin kaca lut sinar pejabatnya. Memandang ke arah KLCC.

"You ada sembunyi sesuatu daripada I ke, Maira?"

Suara tegas itu mengejutkan Humaira Aulia. Humaira Aulia segera mendongak memandang belakang susuk tubuh sasa Ian Cheah yang mengenakan kot hitam pekat.

"Apa maksud awak?" Ian Cheah berpaling memandang terus ke dalam anak mata hitam Humaira Aulia.

Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri Humaira Aulia. Surat di tangannya diletakkan di atas meja besarnya.

Humaira Aulia memandang lama surat itu sebelum diambil dan dibaca.

"Macam mana awak dapat kertas ni?" Soal Humaira Aulia perlahan sebelum dia mencari sepasang anak mata biru itu.

Ian Cheah menghela nafas berat. Kepalanya dipegang. Sakit dan berdenyut-denyut dirasakan tika itu. Ian Cheah masih berdiri tegak menghadap Humaira Aulia.

"I dapat surat tu seminggu lepas," Humaira Aulia menghela nafas perlahan.

Wajah Ian Cheah ditenung. Wajah kacak itu berkerut-kerut seperti menahan sakit.

"Saya bukan berniat nak rahsiakan ini semua daripada awak. Tapi saya cuba cari masa yang sesuai untuk kasi tahu dekat awak," Humaira Aulia masih merenung Ian Cheah.

"I tak kisah semua tu. I cuma nak you lepas ni kongsi semua berita gembira dengan I agar I boleh raikan demi you. Berita sedih pun you kasi tau juga,"

Ian Cheah mengukir senyuman nipis. "Congrats, My Maira.. I'm so proud on you,"

Humaira Aulia tersenyum nipis. "Terima kasih juga sebab bantu saya untuk dapat tawaran kerja ni. Saya dah lama berimpian nak jadi jurutera dekat situ,"

Ian Cheah berkerut. "Tolong?"

"Alah.. awak jangan tipu sayalah. Bakal bos saya dah kasi tau dekat saya yang awak tolong saya untuk dapatkan kerja ni kan?"

Ian Cheah tergelak kecil. "Bakal bos you mulut celupar betul!"

Humaira Aulia tersenyum mekar. "Terima kasih, Ian.. Untuk.. Segalanya,"

Ian Cheah tersenyum nipis. Tetapi senyumannya cukup mempersonakan.

"Kasih you sentiasa diterima, My Maira."

Humaira Aulia tersenyum malu.

"Lima bulan lagi you akan tinggalkan I kan?"

Humaira Aulia terdiam. Tidak tahu ingin berkata apa. Untuk menidakkan fakta itu, tidak boleh.

"London. Jauh tu kalau I nak telepati rindu I dekat you," Humaira Aulia tergelak kecil mendengar kata-kata Ian Cheah.

"Jangan telepati, post je." Humaira Aulia tersenyum nipis.

Ian Cheah tergelak kecil. "Tak nak post, risau kalau tak sampai."

Humaira Aulia hanya mendiamkan diri.

"I akan biayai semua kos you untuk ke sana. I akan tanggung you. I akan kasi sebulan lima belas ribu dekat you. Cukup tak?"

Terkejut Humaira Aulia mendengar kata-kata Ian Cheah. "Tak perlu susah-susah untuk saya lagi, Ian. Saya takut tak terbalas budi awak nanti."

Ian Cheah menggeleng perlahan. "I ikhlas semua ini, Maira."

Humaira Aulia menggeleng perlahan. "Saya takut nak terima semua ini,"

Ian Cheah menghela nafas berat. "Tolong terima pertolongan terakhir I ni, Maira? Anggap sahaja ini permintaan terakhir I buat you,"

Terdiam sejenak Humaira Aulia mendengar butir bicara Ian Cheah. Dia hanya berdiam diri. Tidak tahu ingin memberi jawapan seperti mana.

"Ouch!" Tersentak Humaira Aulia apabila melihat Ian Cheah terbongkok sambil berpaut pada kerusi kulitnya. Tangan jejaka itu sedari tadi memegang kepalanya.

"Ian! Awak kenapa ni?" Humaira Aulia segera melangkah menghampiri Ian Cheah.

Wajah putih bersih itu bertukar menjadi merah padam! Ian Cheah terjelepuk jatuh ke atas lantai sambil memicit kepalanya. Peluh merenek membasahi wajah kacak itu.

Humaira Aulia mulai panik. "Nak saya call doktor peribadi awak ke?"

Ian Cheah menggeleng. Dia tak mahu doktornya membocorkan rahsia terbesarnya itu di hadapan Humaira Aulia. Ian Cheah terbaring lemah di atas lantai. Terasa jangka hayatnya semakin pendek. Tuhan!

"Ambil... ubat.. I dalam.. laci .. meja," Bersusah payah Ian Cheah mengungkapkan kata-katanya.

Humaira Aulia segera membuka setiap laci meja dengan tangan yang terketar-ketar mencari ubat yang dimaksudkan oleh Ian Cheah.

Jumpa sahaja terus dibuka dan diberikan kepada Ian Cheah. Botol minerel yang berada di atas meja jejaka itu dibuka dan dipaksa Ian Cheah minum.

Telan sahaja ubat itu, Ian Cheah terkulai lemah di atas lantai. Memejam matanya rapat. Cuba menghilangkan sakit yang mencengkam di kepalanya.

"Okey sikit tak?" Soal Humaira Aulia. Dia berlutut di sisi Ian Cheah. Wajah kacak itu yang berpeluh ditatap sayu.

Ian Cheah membuka mata. Direnung lama wajah Humaira Aulia yang pucat lesi bagaikan baru sahaja nampak pembunuh bersiri.

Ian Cheah mengukir senyuman nipis sambil kembali mengatur nafasnya yang sebentar tadi tercunggap-cunggap.

"I... Okey je lah.. jangan cuak.. sangat.. muka tu, My Maira.."

Humaira Aulia mengukap kalimah alhamdulillah. "Awak boleh bangun tak ni?"

Ian Cheah mengangguk. Dia perlahan-lahan bangun sambil memegang tepi meja. Dia melangkah ke arah sofa lalu segera baring. Humaira Aulia duduk i sofa yang bertentangan.

"Awak sebenarnya sakit apa ni?" Suara lembut itu memaksa Ian Cheah membuka mata.

Dipandang wajah Humaira Aulia dengan senyuman nipis di bibir. "Sakit orang tua je nih. Biasalah.. I kan dah tua.. tak macam you. You muda lagi,"

Humaira Aulia mencebik geram. "Sakit awak ni tak bahaya kan?"

Ian Cheah terdiam lama sebelum tersenyum dan menjawab. "Tak.. selagi you di sisi I.. Selagi tu I akan kuat untuk lawan penyakit ni,"

Humaira Aulia terdiam. Wajahnya sedikit memerah.

"I hanya nak lihat you.. setiap masa dan setiap helaian nafas I. I nak rakam kemas senyum dan tawa you dalam ingatan I sebelum you pergi London.. Tinggalkan I sendirian di Malaysia,"

Humaira Aulia menghela nafas. "Saya tak akan tinggalkan awak, Ian. Walaupun jasad saya tak ada di sini, tetapi ketahuilah jiwa saya sentiasa di sisi awak,"

Humaira Aulia mengukir senyuman ikhlas. Dia ikhlas menuturkan kata-kata itu.

Ian Cheah tersenyum mekar. "Terima kasih, My Maira."

Humaira Aulia tersenyum nipis.



Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]Where stories live. Discover now