• NEW NOVEL 2021 •

799 18 11
                                    

Assalamualaikum and hai gais. I mintak maaf sbb unpublish mr.apek ni sbb I nak edit hari tu plus problem sikit. Tapi version yg I dah edit ada dalam laptop I. So, bnyk request yg suruh publish balik, so I publish balik but old version la. Sorry tau 🤍🥺

Ehem, so 2021 ni I teringin nak buat sad ending romance so here novel baru I. Hehe jemput baca okies ? Appreciate gila kalau korang still support I 🤍🥺

91 DAYS WITHOUT YOU •

Cover by @peanurts-

| Forever until the end |

Bayangan gelap yang mengejar setiap langkahnya menyebabkan Airis Aleesya jatuh terduduk di atas padang pasir itu. Debu yang diterbangkan oleh angin terpalit mengenai pipi gebunya. Bahang panas yang mencengkam badannya membuatkan si gadis teresak-esak menangis menahan kesakitan.

Sinaran putih cerah yang bersinar terang di hadapannya membuatkan mata Airis Aleesya mengecil menahan teriknya sinaran.

Tubuh tegap seorang lelaki yang berjalan menghampirinya dengan segaris senyuman nipis membuatkan Airis Aleesya menjerit kuat meminta pertolongan daripada si jejaka yang dicintainya itu.

"Aaron! Help me!"-Airis Aleesya

Aaron Ansell tersenyum mekar bersama huluran tangan. Menarik lembut lengan si gadis sebelum memeluk erat Airis Aleesya. Pelukan hangat dan yang terakhir sebelum segalanya hilang.

Aaron Ansell.

Juruterbang kacak yang selalu tersenyum dan lemah lembut. Lelaki kacak maut yang boleh membunuh para gadis dengan hanya segaris senyuman nipis.

Tengku Airis Aleesya.

Dia punya segalanya. Rupa, pangkat dan darjat. Segalanya bakal menjadi miliknya hanya dengan sekelip mata! Namun dirinya sentiasa berada di dalam kegelapan dunianya yang tiada siapa tahu walaupun keluarganya sendiri. Seorang diri menghadap depresi.

"Awak ada saya, Airis. Awak tak perlu takut dengan bayangan gelap itu lagi,"-Aaron Ansell

"Tak. Semua orang yang saya sayang tak pernah sedar yang saya menderita. Saya sakit, Aaron."-Airis Aleesya

"Saya ada di sini, Airis. Biarpun nanti saya dah tiada di sisi awak, saya sentiasa ada di hati awak. Di situ saya sentiasa hidup bersama awak,"-Aaron Ansell

Bayangan hitam, suara kecil dan kecelaruan mindanya semakin reda apabila Airis Aleesya berada di sisi Aaron Ansell.

Namun segalanya berubah selepas layar kaca televisyen mengeluarkan berita terhempasnya sebuah kapal terbang boeing 777 yang dipandu Aaron Ansell.

"Aaron? Mana janji awak?"-Airis Aleesya

| Sad ending! |

Novel ni banyak tentang mental illness sebab heroin ada depression and dia fight alone tanpa sesiapa.

Thank you gais !

Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]Where stories live. Discover now