BAB 7

2.6K 146 1
                                    

HUMAIRA Aulia merenung lama tapak kaki kanan Haji Sulaiman yang semakin melarat teruk. Nanah keluar daripada kesan tusukan paku dua bulan lepas.

Keadaan Haji Sulaiman semakin melarat sehingga dia tidak mampu untuk berjalan lagi. Hanya mampu terbaring lemah di atas tilam nipis di ruang tamu. Puan Salmah hanya menghiraukan Haji Sulaiman.

Hanya Humaira Aulia yang menjaga Haji Sulaiman.

Batuk kecil Haji Sulaiman memadamkan lamunan Humaira Aulia.Dia pantas mengusap dada Haji Sulaiman kerana batuk walidnya itu semakin menjadi-jadi.

Mata Humaira Aulia terbuntang apabila melihat cecair merah mengalir keluar dari tubir bibir tua Haji Sulaiman. Pantas dia mencapai tisu dan dikesat kesan darah yang mengalir itu.

"Ya Allah, walid!" Humaira Aulia sudah tidak sedap hati melihat Haji Sulaiman yang batuk tidak henti-henti. Pucat sekali wajah tua itu.

Hendak diberi minum air kosong, darah yang terhambur keluar dari bibir Haji Sulaiman semakin menjadi-jadi.

"Walid! Ya Allah!" Terhambur tangis Humaira Aulia melihat keadaan Haji Sulaiman. Dia segera bangun dan mencapai telefon rumah. Mendail nombor telefon Qayyum.

"Assalamualaikum, ustaz! Tolong saya,ustaz. Walid batuk berdarah. Tak berhenti dari tadi lagi,"

Esak tangis Humaira Aulia sudah tidak dapat ditahan. Terhambur kuat. Sudah tidak menghiraukan Qayyum di hujung talian.

"Waalaikumsalam. Maira bawa bertenang. Jangan panik. Saya ke rumah awak sekarang juga. Kita bawa Haji ke hospital,"

"Saya tunggu," Humaira Aulia meletak ganggang telefon.

Dia kembali duduk di sisi Haji Sulaiman yang makin lali. Mungkin penat dengan batuk yang tak henti-henti sebentar tadi.

"Walid.. Bertahan sekejap ya? Maira dah call Qayyum.. Nanti dia datang dan bawa walid ke hospital,"

Menitis setitis air mata Humaira Aulia ke dahi Haji Sulaiman.

Haji Sulaiman tersenyum nipis. Dia memegang pipi anak daranya itu. Anak matanya lali merenung wajah Humaira Aulia.

"Jangan menangis, Maira.. Walid tak mahu pergi hospital. Walid nak meninggal di sini. Di sisi Maira," Lemah sahaja nada suara tua itu diselangi batuk keras.

"Ya Allah, walid! Jangan cakap macam tu! Maira tak nak kehilangan walid. Maira tak ada sesiapa lagi dalam hidup Maira, walid.. Jangan tinggalkan Maira. Maira merayu," Basah lecun pipi gebu Humaira Aulia kerana air mata yang mengalir lebat membasahi pipinya.

"Pakai tudung Maira.. Nanti Qayyum datang," Pesan Haji Sulaiman. Humaira Aulia segera menyarung tudung sarung berwarna hitam.

"Janji dengan walid satu perkara, Maira." Anak mata tua itu makin lali.

"Apa, walid?" Humaira Aulia menggenggam erat jari jemari Haji Sulaiman.

"Menikahi seorang lelaki yang betul-betul mencintai Maira kerana Allah. Yang ingin menjaga Maira bukan kerana Maira seorang wanita yang lemah. Tetapi kerana Maira seorang gadis yang berharga di dalam hidupnya. Yang amat penting di dalam hidupnya selepas kedua ibu bapa,rasul dan Allah. Janji ya?"

Humaira Aulia mengangguk laju. Selaju deraian air mata yang membasahi pipinya tika itu.

"Walid?" Panggil Humaira Aulia apabila melihat kelopak mata tua itu terpejam rapat dan genggam tangan Haji Sulaiman longgar.

"Walid?" Humaira Aulia memeriksa nadi Haji Sulaiman.

Dunia Humaira Aulia bagaikan kelam, gelap dan tiada lagi secebis cahaya walaupun sebesar seekor kelip-kelip. Hilang pergi ditenggelami kegelapan dan kesuraman.

"Walid!!" Jerit Humaira Aulia dengan esakan yang terhambur kuat.

🌼🌼🌼

"AUCH!" Ian Cheah mengaduh kecil. Berkerut keningnya menahan kesakitan akibat terhiris jari telunjuk kanannya. Darah merah pekat mengalir menitis mengenai  boot hitamnya. Lobak merah yang berada di dalam genggamannya kembali diletakkan ke dalam plastik.

Dia mahu memotong lobak itu untuk kuda putihnya. Tetapi entah mana silapnya terhiris jari telunjuk sendiri.

Ian Cheah berkerut seribu. Hanya memerhati darah yang tidak henti-henti mengalir dan menitis. Jantungnya berdegup laju seolah-olah baru selesai lari 100m. Dia memegang dada kirinya. Menekup telapak tangan kiri di situ lama. Merasai detak jantung.

Dia memejam mata rapat. Bayangan wajah gadis yang muncul dalam mimpinya dua hari lepas kembali menjelma. Kenapa dengan gadis itu?

Kenapa dia rasa sakit? Bukan kerana dia terhiris jari. Tetapi kesakitan yang perit. Bagaikan hatinya dicengkam kuat. Tuhan! Apakah rasa ini?

"Tuan? Tuan Ian?" Ian Cheah kembali mencelikkan kelopak matanya. Anak mata birunya mencari si pemanggil.

Wajah manis Siti direnung lama sebelum dia berdehem.

"Yes? Can I help you?" Soal Ian Cheah. Anak matanya kembali memandang jari telunjuknya yang luka.

"Are you okay? Kenapa dengan jari telunjuk tuan?" Soal Siti.

"Oh.. Luka sikit je.. I terhiris jari I masa nak potong lobak merah dekat Christine," Christine adalah kuda putih kesayangannya.

Siti mengangguk perlahan.

"Tuan nak plaster luka tak? Saya ada," Ian Cheah mengangguk. Menyambut huluran plaster luka daripada Siti dengan senyuman nipis.

"Thank you, sweety." Tersenyum mekar Siti apabila digelar sweety oleh Ian Cheah. Walaupun dia sudah tahu memang itu adalah gaya boss mudanya bercakap.

"Tolong I beri lobak merah dekat Christine, boleh? I nak balik," Siti menangguk laju. Tak dapat tuan kuda, dapat kuda pun jadilah.. Hai lah..

"Thanks again, Siti. I got to go. Have a nice day with my lovely Christine,"

Ian Cheah melangkah pergi dengan bergaya. Meninggalkan Siti yang tersengih-sengih seorang diri.

Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]Where stories live. Discover now