HUMAIRA AULIA masih tercegat di muka pintu madrasah milik Haji Sulaiman, bapa kandungnya. Terbit senyuman nipis apabila melihat wajah tenang Haji Sulaiman yang sedang mengajar kanak-kanak di kampung itu membaca Al-Quran. Kitab suci yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. seorang hamba Allah yang sangat taat.
Tenang sahaja hati kecil Humaira Aulia apabila mendengar alunan-alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh kanak-kanak di dalam madrasah berwarna hijau itu. Deheman dari arah belakang menyentak Humaira Aulia. Pantas dia berpaling dan memandang raut yang berdiri tegak di belakangnya dengan mengenakan jubah putih.
"Maira tak nak masuk?"
Suara lembut lelaki yang cukup dikenali olehnya membuatkan Humaira Aulia menunduk menekur lantai.
"Er.. Saya tunggu walid..Walid masih mengajar."
Kedengaran suara ustaz muda itu ketawa perlahan. Apa yang melucukan pun, dia sendiri tidak pasti.
"Saya tanya awak soalan lain.. Awak jawab lain."
Humaira Aulia tersenyum nipis. Segan pula dia mahu berbual dengan ustaz muda di hadapannya ini.
"Qayyum," Mereka berdua mendongak memandang ke arah hadapan. Wajah Haji Sulaiman yang mengukir senyuman manis itu dibalas oleh Qayyum dan Humaira Aulia.
"Assalamualaikum, Haji," Qayyum segera menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Haji Sulaiman. Tersenyum simpul Haji Sulaiman dengan sikap sopan-santun milik ustaz muda itu.
"Waalaikumsalam. Qayyum sihat?"
Qayyum mengukir senyuman manis seraya mengangguk perlahan.
"Haji sihat?"
Haji Sulaiman mengangguk dengan senyuman manis. Hati tuanya memang betul-betul menyukai sikap sopan-santun ustaz muda itu. Haji Sulaiman mengerling anak daranya yang masih berdiam tidak berkutik.
"Maira.. Kenapa Maira tak balik dulu?"
Humaira Aulia mendongak memandang raut Haji Sulaiman yang manis dengan senyuman. Perlahan-lahan dia menggeleng.
"Maira tunggu walid siap mengajar. Maira takut nak jalan sendiri balik sebab ada lelaki melepak dekat tepi jalan sana,"
Ujar Humaira Aulia dengan jujur. Jejaka berjubah putih yang berada di sisinya yang sedang merenung sedikit sebanyak membuatkan dirinya tidak selesa. Haji Sulaiman mengangguk perlahan.
"Walid kena mengajar seorang dua lagi.. Maira tunggu sini kejap ya?"
Lembut suara Haji Sulaiman memujuk anak daranya menunggunya di madrasah miliknya itu. Humaira Aulia mengangguk perlahan. Namun, hati kecilnya gusar dek teringat dia belum memasak untuk makan tengah hari ini. Dia risau Puan Salmah akan naik hantu lagi.
"Eh.. Haji, Maira.. Saya boleh tolong hantarkan Maira kalau Haji tak kisah,"
Saran Qayyum membuatkan dua pasang mata berpaling memandang wajahnya. Humaira Aulia berkerut. Dia menggeleng perlahan.
"Err.. Tak apa, ustaz. Saya boleh tunggu walid," Tolak Humaira Aulia lembut. Haji Sulaiman pula diam tak berkutik. Masih berfikir.
"Kalau macam tu, Mak Su pun nak tumpang Qayyum lah. Rumah Mak Su dekat aje dengan Maira."
Kehadiran wanita tua berbaju kurung dari arah belakang menyentakkan mereka bertiga. Tersenyum simpul Haji Sulaiman. Qayyum turut mengangguk.
"Boleh saja, Mak Su,"
"Ha.. Bagus sangatlah tu.. Maira balik dengan Qayyum ya? Lagipun ada Mak Su sekali ni," Pujuk Haji Sulaiman apabila melihat Humaira Aulia seakan-akan tidak mahu menumpang kereta Qayyum. Perlahan-lahan gadis itu mengangguk membuatkan Qayyum tersenyum nipis.
IAN CHEAH mengeliat malas di atas katil bersaiz king miliknya. Sudahlah hujan lebat di luar sana, menyebabkan dia malas untuk bangun pada pagi itu. Ian Cheah mencapai alat kawalan penghawa dingin lantas menaikkan suhu kerana dia tidak tahan sejuk.
Iphone limited edition miliknya berdering kuat membingitkan gegendang telinga jejaka cina itu. Ian Cheah merengus kuat. Dia mencelikkan kelopak matanya. Dengan mata yang sepet, Ian Cheah mencapai Iphone miliknya yang berada di bawah katil. Semalam dia mabuk teruk sehingga keadaan biliknya bagaikan tongkang pecah. Dia sendiri tidak sedar apa yang telah terjadi semalam.
"Hello.."
Suara Ian Cheah masih serak. Dia masih meniarap di atas katil empuk itu sambil memicit dahi. Pening kepala kerana penangan arak semalam.
"Encik Ian Wan Cheah!"
Nyaring suara di hujung talian membuatkan Ian Cheah memejam matanya rapat sambil menjarakkan Iphone daripada telinganya. Dia berdecit perlahan sebelum bangun dan duduk bersila di atas katil.
"Yes, dear.."
Ian Cheah membetulkan kemeja putihnya yang terbuka butangnya. Dia memandang ke luar balkoni rumah. Cerah.
"Encik tak mahu masuk kerja?"
Ian Cheah merengus perlahan. Dia memisat-misat kelopak matanya. Pedih.
"Ress, come on.. Hotel I baik-baik sahajakan? Bumbung ada lagikan?"
"Err.."
"Kalau hotel tu nak terbalik atau bumbung hilang, baru call I."
Ian Cheah merengus perlahan sebelum memutuskan talian. Sudah masuk dua bulan dia tidak menjenguk hotel miliknya. Bukan apa, dia rimas! Rimas dengan urusan kerja. Biarlah pekerjanya yang menguruskan semuanya.
Ian Cheah meletakkan Iphone miliknya di atas meja kecil di tepi katilnya. Perlahan-lahan dia melangkah turun dan berjalan masuk ke dalam bilik air.
tak ada yg berbeza pun version edit ni, maybe sikit je kot 😂
![](https://img.wattpad.com/cover/164373202-288-k931643.jpg)
YOU ARE READING
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
Romance💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...