HUMAIRA Aulia mengukir senyuman manis tatkala anak matanya tertancap pada sekujur tubuh berkeringat milik Haji Sulaiman yang memikul cangkul di bahu kanannya.Walidnya itu baru sahaja pulang daripada sawah padi.
Namun senyuman Humaira Aulia mati apabila anak matanya menangkap cecair merah di tapak kaki kanan Haji Sulaiman.Terus dia menerpa ke arah tubuh walidnya.
"Walid! Kenapa dengan kaki walid ni? Ya Allah! Berdarah teruk ni," Humaira Aulia sudah cuak.Dia mendudukkan Haji Sulaiman di anak tangga kayu rumah mereka.
Haji Sulaiman meletakkan cangkul di atas tanah sambil meringis kesakitan.Berkerut-kerut dahi tua itu.
"Walid terpijak paku tadi," Humaira Aulia menggeleng perlahan.Terus dia menapak naik untuk mengambil tuala basah dan minyak angin untuk disapu pada bekas luka.
"Maira letak minyak ya, walid?" Humaira Aulia bersimpuh di hujung kaki Haji Sulaiman. Dilap kaki itu sehingga bersih daripada kesan darah merah pekat.
"Risau Maira.. Macam mana boleh terpijak paku ni?" Humaira Aulia mendongak memandang wajah tua Haji Sulaiman yang masih bekeringat.
"Walid cuai. Walid tak perasan ada paku dekat batas sawah padi tu," Terang Haji Sulaiman sambil memegang betis kanannya. Mungkin cuba menahan sakit.
"Ya Allah. Lain kali hati-hatilah walid," Humaira Aulia menutup minyak angin lalu diletakkan di atas anak tangga kayu itu.
"Terima kasih, Maira," Ucap Haji Sulaiman sambil mengukir senyuman perit.
Humaira Aulia mengukir senyuman manis.
🌼🌼🌼
IAN Cheah menarik tali kekang kuda putihnya. Mengarahkan kuda itu bertukar arah ke sebelah kanan lantas berhenti. Ian Cheah menghela nafas perlahan. Anak mata birunya merenung bentangan laut biru di hadapannya dengan pandangan kosong.
Kepala kuda putihnya diusap lembut. Sakit kepalanya memikirkan mimpi-mimpi yang kerap kali dialaminya sejak akhir-akhir ini.
Mimpi bahawa dia bertemu dengan seorang gadis cantik bertudung labuh. Hanya Tuhan sahaja tahu, betapa bergelora jiwanya tika itu. Anak mata gadis itu sangat cantik. Bercahaya dan mempunyai sinar putih. Tetapi anak mata gadis itu hanya berwarna hitam pekat biasa.
Ian Cheah merengus kecil. Topi di kepala dibuka. Juntaian anak rambut keperangannya yang jatuh sedikit ke dahi diraup ke belakang. Sakit kepala!
Sudah dua hari dia tak jenguk hotelnya. Entah apa yang terjadi, dia sendiri tidak tahu.
"God! Who that girl?! I don't know her!" Bisik Ian Cheah sendirian. Geram dengan diri sendiri. Geram kerana tidak mengenali siapa gadis bertudung litup itu.
"Kenapa dia muncul dalam mimpi aku?" Ian Cheah menghela nafas kecil. Rambutnya kembali diraup ke belakang. Stres!
Ian Cheah menghela nafas berat. Mungkin ada sesuatu yang Tuhan akan tunjukkan kepada dia mungkin.
"Aku akan cari perempuan tu!" Ian Cheah menanam tekad sendiri.
Seketika kemudian poket jeans hitamnya bergegar kerana vibration daripada iPhonenya.
Ian Cheah membawa keluar telefon pintar itu sebelum ikon hijau digesek.
"Helo? Yes. Good morning too. Why?" Ian Cheah kembali menyarung topi keselamatan ke atas kepalanya.
"Masalah? Come on papa. You can handle it for me, right?" Gerutu Ian Cheah bebal.
"Yes. Fine! I on my way to go there," Ian Cheah memutuskan panggilan. Dato Cheah sudah membebel kerana dia sudah dua hari tidak masuk ke hotel. Pelbagai masalah sudah timbul.
Ian Cheah menarik tali kekang kuda. Disepak lembut perut kuda putihnya lalu kuda itu berlari anak meninggalkan kawasan gigi pantai.
YOU ARE READING
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
Roman d'amour💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...