BAB 8

2.5K 133 0
                                    

HUMAIRA Aulia menangis dalam diam. Mendongak memandang bentangan dada langit yang hitam pekat. Kesan daripada kehilangan taburan bintang-bintang yang selalunya menghiasi dada langit. Sepertinya tika ini, dia sebatang kara. Tiada sesiapa lagi. Selepas arwah Haji Sulaiman selamat dikebumikan, hidupnya sunyi.

Hilangnya seorang bapa. Hilangnya seoeang rakan. Hilangnya seorang peneman. Hilangnya seorang kekasih. Allah.. Sungguh berat rasa itu.

Humaira Aulia memeluk tubuh. Memanaskan tubuhnya yang sejuk dek angin malam yang begitu luar biasa sejuk pada malam itu.

Terhinjut bahu Humaira Aulia apabila sebiji beg dibaling jatuh ke tanah. Terus dia berpaling. Pandangan matanya disajikan oleh wajah bengis Puan Salmah yang sedang berdiri tegak di belakangnya.

Segera dia bangun memandang wajah ibu tirinya.

"Ke.. Kenapa mak campak beg Maira?" Walaupun sudah tahu jawapannya, tetapi Humaira Aulia masih menafikannya.

Puan Salmah tergelak sinis. Ditunjal dahi licin Humaira Aulia kasar sehingga ke belakang tubuh langsing itu.

"Bodoh lagi ke, sial? Kau tak faham-faham lagi ke? Ke.. Kau memang tak faham bahasa? Bengap rupanya kau ni, eh? Umur dah 23 tahun! Tetapi otak macam budak 3 tahun!"

Hambur Puan Salmah kasar. Humaira Aulia menunduk. Cuba menahan kolam air matanya daripada pecah.

"Aku tak mahu bela kau lagi lah! Membazir beras aje! Bapak kau pun dah mampus! Kau boleh berambuslah! Menyusahkan aku je kau hidup dekat rumah ni!" Humaira Aulia menggeleng laju. Dia mendongak memandang wajah Puan Salmah.

"Maira tak nak pergi. Ini rumah walid. Rumah Maira. Rumah ni atas nama Maira," Ujar Humaira Aulia perlahan. Bukan niat untuk biadap. Tetapi itulah kebenarannya.

Membuntang mata Puan Salmah mendengar kata-kata Humaira Aulia. Pantas dia mencengkam rambut panjang Humaira Aulia.

"Tak guna! Kau jangan sesekali bermimpi ini rumah kau! Bapak kau yang bodoh tu dah tukar letak nama aku lah! Kau ingat kau pandai daripada aku?! Kau silap, Maira! Sekarang ni, rumah dan tanah ni hak aku! Hak aku! Kau boleh berambus! Berambus!!"

Serentak itu, Puan Salmah menolak kuat tubuh langsing Humaira Aulia jatuh daripada anak tangga pertama sehingga ke bawah.

Kepala Humaira Aulia terhantuk pada anak tangga yang terakhir. Berpinar-pinar matanya tika itu.

"Pergilah kau!" Puan Salmah masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

Humaira Aulia perlahan-lahan bangun. Dia memegang kepala yang berdenyut kuat. Sakit. Darah merah pekat yang mengalir di dahinya dikesar dengan lengan panjang baju putihnya. Dia membuka zip beg. Mencari tudung untuk menutup kepalanya.

Jumpa sahaja tudung sarung hitam kesayangannya segera dipakai. Darah yang mengalir bagaikan tiada noktah itu cuba diabaikan.

Ya Allah.. Ke mana harusku pergi di dalam kelam malam ini? Rintih Humaira Aulia di dalam hati.

Langkah diatur tanpa arah tuju. Melambai pada kereta yang tidak berhenti kepadanya.

Sudah jauh dia berjalan sehingga sampai ke bandar. Humaira Aulia terduduk di tepi lorong sambil memelul begnya. Dia sudah kepenatan ditambah pula kesakitan yang menyengat di segenap inci tubuhnya.

Sekali lagi tangisannya terhambur keluar. Ya Allah dugaan apa pula kali ini?

Sudah perutnya memulas sedari tadi. Dari pagi sehingga ke malam, dia tidak makan sesuap nasi pun. Hanya makan roti pemberian Qayyum petang tadi.

Bau hanyir darah bertambah pula dengan kelaparan membuatkan Humaira Aulia berasa lemah. Bagaimana perasaan mangsa perang? Beginikah? Ya Allah.. Sungguh hebat mereka semua!

"Walid.. Maira takut.." Rintih Humaira Aulia perlahan. Memerhati hiruk-pikuk enjin kenderaan malam itu. Mengharap malam itu tidak berpanjangan.

Hai.. Sorry klu typo.. Votes n comments😍

Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]Where stories live. Discover now