SUASANA sunyi menyelaputi ruangan meja makan kaca itu. Hanya bunyi sudi dan garfu Humaira Aulia berlaga dengan permukaan kaca pinggan. Ahli keluarga Ian Cheah yang lain semuanya menggunakan chopstick.
Humaira Aulia masih merenung pinggan kaca putih yanh berisi nasi dan ayam masak tiga rasa daripada chef rumah banglo 3 tingkat keluarga Ian Cheah. Hatinya masih ragu-ragu biarpun sudah diyakini oleh Ian Cheah bahawa makanan itu halal.
Dua orang chef yang bekerja di dalam rumah mewah itu sendiri beragama Islam. Tetapi entah mengapa hati kecil Humaira Aulia masih menghalangnya daripada menikmati hidangan di hadapannya biarpun perutnya berkeroncong hebat.
"Kenapa tak makan?" Bisik Ian Cheah. Merenung ke dalam pinggan Humaira Aulia yang tidak terusik.
"Er.. Saya.." Humaira Aulia meneguk liur kesat. Dia mengeluh.
Ian Cheah menghela nafas berat. "Percaya I.. Halal.. Chef rumah keluarga I ni Islam. Semua masakan mereka halal,"
Sudah berapa kali Ian Cheah mengulang perkara yang sama. Akhirnya Humaira Aulia akur. Menjamah makanan dengan senyap.
"Sedap tak?" Soal Elly, kakak Ian Cheah. Humaira Aulia mendongak merenung wajah cantik itu seraya mengangguk laju. Sedap!
"Ian dengan Jessica bergaduh ke?" Soal Dato Cheah. Mengerling sekilas wajah anak lelakinya.
Humaira Aulia mengerling reaksi Ian Cheah. Nampak pemuda berkulit putih itu sedikit merengus. Buktinya, chopstick di tangan diletak ke atas meja.
Anak mata biru itu di halakan ke arah Dato Cheah. Tajam pandangan itu.
"Kan Ian dah cakap? Ian dan Jess tak ada apa-apa hubungan lagi," bergetar sahaja nada suara jejaka itu.
"Papa nak dia jadi isteri Ian. Tiada gadis lain," Dato Cheah mengerling tajam wajah Humaira Aulia.
Sedikit tersentak Humaira Aulia dengan kerlingan tajam itu. Ian Cheah memandang sekilas reaksi Humaira Aulia yang tersentak dengan kerlingan tajam papanya.
"Pa.. Biar Ian buat keputusan sendiri, please.. Ian tahu yang mana baik atau buruk buat hidup Ian.. Ian dan Jess dah lama putus.. Ian tak nak dia. Dia hanya nak duit Ian,"
Ian Cheah menghela nafas perlahan. "Maafkan Ian kalau Ian biadap. Ian nak pergi dulu. Ada hal. Maira.. Jom,"
Humaira Aulia bingkas bangun. Langkah besar Ian Cheah direnung.
"Err.. Terima kasih untuk makan tengah hari yang sedap ini.. Saya balik dulu,"
Humaira Aulia segera berlari anak mengikut langkah Ian Cheah.
🌼🌼🌼
"YOU guna fon tak?" Soalan Ian Cheah menyentakkan lamunan Humaira Aulia. Dia berpaling merenung wajah Ian Cheah yang sedang memandu.
"Tak.. Encik Ian.. Saya rasa terhutang budi dengan awak. Dan saya tak nak menyusahkan awak lagi. Awak boleh hantar saya balik ke kampung. Kalau tak hantar ke kampung pun, hantarlah saya ke stesen bas,"
Perlahan sahaja nada suara Humaira Aulia seraya menunduk.
Ian Cheah berkerut. Dia menoleh sekilas memandang wajah Humaira Aulia.
"No.. I tak izinkan you ke mana-mana tanpa I.. You cakap you sebatang kara? Kenapa you nak balik kampung? Kampung siapa?" Berkerut-kerut dahi licin itu.
Humaira Aulia menghela nafas berat. "Panjang ceritanya, encik."
"So, pendekkan bagi I faham!" Sedikit tinggi nada suara Ian Cheah. Deru nafasnya juga berubah kasar.
![](https://img.wattpad.com/cover/164373202-288-k931643.jpg)
YOU ARE READING
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
Romansa💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...