HUMAIRA Aulia hanya memandang simpati kepada Ian Cheah yang sedang menggenggam erat jari-jemari Datin Fancy yang masih tidak sedarkan diri. Doktor telah mengesahkan bahawa wanita itu koma dan terdapat ketulan darah di otaknya. Esok mereka akan menjalankan pembedahan untuk membuang ketulan darah itu kerana amat berbahaya jika ditangguhkan.
Humaira Aulia hanya duduk di sofa sambil merenung Ian Cheah yang tidak henti-henti mengucup kekura tangan kanan Datin Fancy. Datin Fancy tidak ubah seperti isterinya sahaja.
Ian Cheah begitu menyayangi Datin Fancy. Sayang sehingga rela melakukan apa sahaja.
Keadaan Datin Fancy kritikal. Lehernya patah, tangan kanannya juga patah dan kaki kirinya retak. Wajah cantik wanita tua itu juga calar dan sedikit terkoyak.
"Kalau I boleh ganti tempat dengan mama I, sudah lama I buat," Humaira Aulia bangun merapati Ian Cheah dan Datin Fancy.
"Saya harap awak banyak bersabar. Ini dugaan buat awak. Saya yakin awak kuat," Humaira Aulia turut duduk di kerusi di sisi katil Datin Fancy.
"You tak makan lagikan, Maira?" Humaira Aulia mendongak memandang Ian Cheah lalu menggeleng perlahan.
"Tapi saya masih tak lapar. Jangan risau," Bohong Humaira Aulia. Padahal perutnya sedari tadi lagi menyanyikan lagu rock kapak.
"My Maira tak pandai menipu," Ian Cheah tergelak kecil.
Merah sedikit wajah Humaira Aulia apabila ditangkap berbohong oleh Ian Cheah.
"You tunggu sini. I pergi beli makanan," Humaira Aulia mengangguk perlahan.
Humaira Aulia hanya mengangguk perlahan. Anak matanya hanya memandang tubuh tegap Ian Cheah yang melangkah pergi meninggalkan dirinya dengan Datin Fancy.
"Datin.. Cepat sedar ya? Datin beruntung sangat sebab ada seorang anak lelaki yang caring macam Encik Ian," bisik Humaira Aulia perlahan.
Dia bingkas bangun lantas mencapai besen berisi air dan tuala untuk membasahkan badan Datin Fancy. Wajah barat wanita separuh umur itu direnung lama. Masih cantik biarpun sudah dimamah usia. Rambut Datin Fancy juga berwarna perang asli. Humaira Aulia terpesona melihat kecantikan mama Ian Cheah.
"Datin sangat cantik biarpun sedang koma," Humaira Aulia mengelap lembut lengan mulus wanita sebaya arwah ibunya itu.
"Encik Ian sangat sayangkan datin.. Jadi datin perlu segera bangun.. Peluk dan beri motivasi dekat Encik Ian. Saya tak pernah jumpa lelaki macam dia, datin. Dia terlampau baik. Sangat baik. Dia ikhlas tolong saya dalam pelbagai situasi tanpa mengharapkan walaupun secebis balasan. Datin perlu berbangga sebab mempunyai seorang anak lelaki seperti dia,"
Humaira Aulia tersenyum nipis sambil menatap wajah Datin Fancy. Wajah itu tampak begitu tenang bagaikan sedang tidur nyenyak diulit mimpi indah.
Kaki Datin Fancy turut dilap penuh kasih sayang. Baginya, Datin Fancy sudah dianggap bagaikan ibu kandungnya sendiri meskipun wanita itu berlainan agama dengannya.
Humaira Aulia termenung lama memandang wajah Datin Fancy. Tangannya masih erat memegang tuala yang basah.
Deheman dari arah belakang sedikit menyentakkan lamunan Humaira Aulia. Dia berpaling memandang wajah Ian Cheah yang sedang merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Renungan sepasang anak mata biru itu begitu lembut membuatkan Humaira Aulia tertunduk. Risau. Risau jikalau hatinya terpaut dengan jejaka kacak itu.
Ian Cheah masih berdiri di hadapan pintu bilik VVIP itu. Memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluar jeans manakala sebelah lagi memegang bungkusan plastik. Jejaka itu tampak lebih kacak dengan mengenakan kemeja putih bersih yang lengannya disenteng sehingga ke paras siku. Pergelangan tangan kiri dipadankan dengan jam tangan. Kacak sekali.
"Cepatnya awak pergi beli makanan," ujar Humaira Aulia. Cuba memecahkan keheningan dan permainan mata antara mereka.
Ian Cheah tersenyum manis sambil anak matanya masih menghunus tepat pada wajah cantik yang tersipu malu dengan renungannya.
"I beli dekat bawah tu je. Apa yang you buat tu?" Soal Ian Cheah sambil mengatur langkah menghampiri Humaira Aulia. Dia berdiri di sisi gadis yang masih menekur lantai itu. Ketinggian Humaira Aulia hanyalah separas bawah bahunya.
Humaira Aulia menggigit bibir bawahnya sambil memejam mata rapat. Ian Cheah berdiri terlalu rapat dengannya sehinggakan minyak wangi Hugo Boss yang dipakai lelaki kacak itu memenuhi salur pernafasan Humaira Aulia.
"Err.. Er.. Sa..ya.. Basahkan badan datin," tergagap-gagap Humaira Aulia berkata tetapi anak matanya masih tertancap pada lantai. Segan ingin mendongak merenung wajah Ian Cheah kerana dia yakin jejaka kacak itu sedang merenungnya.
"I dekat sisi you, my Maira. I tak meniarap dekat lantai tu pun, honey," suara serak basah itu seakan berbisik lembut di tepi cuping telinganya.
Merah padam wajah Humaira Aulia apabila Ian Cheah memanggilnya dengan panggilan sebegitu ditambah pula dengan suara seksi yang penuh dengan aura romantik jejaka kacak itu.
Perlahan-lahan Humaira Aulia mendongak memandang wajah Ian Cheah. Tuala basah ditangan digenggam erat. Panahan anak mata biru itu menghunus tepat ke dalam anak matanya. Otak memaksanya untuk melarikan pandangan tetapi hatinya menghalang.
Mereka bertatapan tanpa sebarang kata. Humaira Aulia menggenggam erat tuala basah di tangannya.
"Honey..." Jantung Humaira Aulia berdegup laju mengepam darah ke seluruh badan. Dia seakan beku dek terkena panahan mata cantik Ian Cheah.
"Kasut I basah.. Tuala you," Humaira Aulia tersentak. Sedikit terloncat badannya ke belakang akibat terkejut. Rasanya Ian Cheah cakap perlahan sahaja, tetapi dia yang terkejut bukan main.
"Allah! Maafkan saya! Saya tak sengaja! Ya Allah.. Kasut awak dah kotor!" Humaira Aulia pantas mencangkung di hadapan Ian Cheah. Ingin mengelap kasut jejaka itu namun ditegah oleh Ian Cheah.
"Bangun, Maira. Small matter je ni," Ian Cheah tergelak kecil melihat reaksi berlebihan Humaira Aulia.
Humaira Aulia bingkas bangun berdiri sambil tersengih malu.
"Terima kasih sebab tolong basahkan badan mama I. I lupa tadi. Thanks my Maira,"
Humaira Aulia tersenyum nipis. Dia mengangguk perlahan sambil meletakkan tuala kembali ke dalam besen. Sedap pula Ian Cheah memanggilnya sebegitu. Nampak comel.
"Maira.. I.." Kata-kata Ian Cheah terhenti apabila kedengaran pintu bilik VVIP itu dikuak dari arah luar.
Ian Cheah dan Humaira Aulia berpaling memandang gerangan yang memasuki bilik VVIP itu.
Humaira Aulia terkaku. Bagaikan kejung di situ sambil mengerling wajah Ian Cheah di sisinya.
Jejaka itu berpura-pura tenang namun urat hijau pada rahang tajam itu timbul. Menunjukkan Ian Cheah sedang menahan kemarahannya.
Humaira Aulia hanya mampu berdoa agar Ian Cheah tidak melakukan sesuatu yang di luar kawalan.
YOU ARE READING
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
Romance💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...