HUMAIRA AULIA sudah menikus di hadapan wajah bengis Puan Salmah.Entah apa lagi salahnya,dia sendiri tidak tahu.
"Pandai dah kau sekarang ni,eh?!Balik dengan jantan!"
Laung Puan Salmah kuat.Terpejam rapat mata Humaira Aulia apabila suara memetir ibu tirinya bergema kuat di ruang tamu itu.Badannya mulai menggigil.Takut bercampur cemas.
"Walid yang suruh Maira balik dengan Ustaz Qayyum.Lagipun bukan Maira seorang tadi,Mak Su pun ada,"
Jawab Humaira Aulia perlahan.Dia masih tunduk menekur lantai.Takut mahu bertentangan dengan wajah bengis Puan Salmah.
"Oh! Menjawab pula kau ya?!"
Puan Salmah melulu ke arah Humaira Aulia.Tudung bawal yang masih cantik dipakai oleh Humaira Aulia direntap sehingga terdongak gadis itu.Humaira Aulia meraung kesakitan.
"Kau nak jadi sundal ke,Maira?!"
Tengking Puan Salmah kuat di tepi telinga Humaira Aulia.Terpejam rapat mata gadis itu akibat sakit dan nyaringnya tengkingan Puan Salmah.
"Maafkan Maira,mak."
Puan Salmah tergelak sinis.Kepala gadis cantik manis itu dihentak pada dinding kayu rumah itu.Menjerit Humaira Aulia apabila terasa lebihan hujung paku yang tidak diketuk masuk mengenai dahinya.Namun Puan Salmah sudah ketawa puas.
"Kau nak jadi macam ibu kau ke?!Ibu kau lari tinggalkan kau!Ibu kau tak sanggup bela kau!Kau pembawa malang!"
Sekali lagi dihentak kepala Humaira Aulia ke arah dinding kayu itu.Meraung gadis itu dek kesakitan yang mencengkam.Darah merah pekat mengalir keluar daripada dahinya.Humaira Aulia terjelepuk jatuh.
"Maira minta maaf,mak."
Hanya itu yang mampu dia ucapkan.Otaknya tepu untuk memikirkan kata-kata lain bagi menyejukkan hati Puan Salmah sekali gus menghentikan pukulan-pukulan yang menyakitkan ini.
"Maaf?Kau dahlah tak masak makanan tengah hari lagi!Lembapnya kau ni,betina!"
Puan Salmah menyepak kuat lengan Humaira Aulia.Merintih sakit gadis itu dengan sepakan kuat pada lengannya.Air matanya merembes keluar membasahi pipi gebunya.Entah berapa kali sepakan kuat itu mengenai lengannya sehingga satu suara tua memekik memarahi Puan Salmah.
"Salmah!Kau jangan nak pukul anak aku!"
Haji Sulaiman melulu masuk dan mendapatkan Humaira Aulia yang sudah menangis teresak-esak di atas lantai sambil memegang lengan kanannya yang sakit kesan daripada sepakan kuat Puan Salmah.
"Hey!Anak abang ni,dahlah tak masak makanan tengah hari untuk Sal!Lepas tu balik pula dengan jantan!"
Haji Sulaiman mengusap lengan Humaira Aulia lembut.Memujuk gadis itu daripada terus-terusan menangis.
"Sal!Maira balik dengan Ustaz Qayyum!Sekali dengan Mak Su!Apa yang Sal merepek ni?"
Humaira Aulia masih tersedu-sedan menangis.Tidak mengambil peduli pergaduhan yang tercetus antara Haji Sulaiman dengan Puan Salmah.
"Huh!Itulah abang!Bagi muka sangat pada anak pembawa malang ni!Abang percaya sangat dengan ustaz muda tu!Kang lain pula jadinya!"
Puan Salmah merengus kuat seraya berlalu pergi dengan muka masam mencuka.Haji Sulaiman membantu anak gadisnya untuk bangun lalu di bawa ke anjung rumah.
"Maira..Maafkan walid sebab lambat sampai rumah,"
Haji Sulaiman mengesat air mata yang mengalir deras pada pipi gebu anaknya.Habis merah padam muka anaknya itu.Darah yang mengalir keluar daripada dahi Humaira Aulia dikesat dengan tapak tangan tuanya.
Humaira Aulia mengukir senyuman nipis.Tangan tua yang sedang mengesat darah merah yang mengalir pada dahinya dicapai lantas digenggam erat.
"Tak apa,walid..Maira kan kuat macam ibu!"
Humaira Aulia mengukir senyuman manis biarpun tubuhnya sangat sakit tika ini.Dia tidak mahu melihat mendung pada wajah Haji Sulaiman.Dia tidak mahu Haji Sulaiman susah hati kerananya.Risau jikalau tekanan darah tinggi Haji Sulaiman menyerang lagi.
"Ya,Maira kuat macam ibu!"
Haji Sulaiman mengukir senyuman manis sambil memeluk anaknya.Satu-satunya anak yang dia ada di muka bumi ini.
SEKALI lagi Ian Cheah masuk ke dalam club yang gelap gelita dan hanya diterangi lampu bulat berwarna-warni.Amat memeningkan kepalanya namun dia tidak hirau.
Ian Cheah menepuk bahu sahabatnya yang sedang sibuk berbual dengan kekasih hati.
"Ian!Dua hari kau tak muncul dekat sini!"
Ujar Hans kuat.Cuba menyaingi muzik-muzik yang kuat di dalam club itu.Ian Cheah mengukir senyuman senget seraya melabuhkan punggungnya di hadapan Hans dan Alex.
"Aku sibuk maa..Kena jenguk hotel aku sebab ada masalah,"
Ian Cheah mencapai gelas kaca di hadapannya berisi wain lantas diteguk sedikit.Kepalanya masih runsing dengan mimpi tiga hari yang lepas.Sehingga berkerut-kerut dahinya memikirkan apa maksud mimpi itu.
"Ian,kau ada masalah?"Soal Alex.Dia merenung lama wajah kacak sahabatnya.Dahi pemuda cina itu yang berkerut-kerut seakan-akan memikirkan sesuatu direnung lama.
Ian Cheah menggeleng perlahan.Bibir gelas kaca itu diusap oleh jari runcingnya.Entah mengapa,hati kecilnya memberontak ingin mengetahui siapakan gadis yang bermain-main di dalam mimpinya.Sungguh menawan gadis itu.
"Kau tak perlu tipu kita oranglah,beb.Kami tau kau mesti punya masalah ni"Hans pula bersuara.Gadis yang berada di atas ribanya dikerling sekilas dengan senyuman nipis.
"Aku..Er.Entahlah..Macam mana aku nak cakapkan pun aku tak tau."
Ian Cheah merengus perlahan.Dia menunduk memandang wain merah yang berada di dalam gelas kacanya.Masih teringat lagi di matanya rupa gadis bertudung putih litup yang mengukir senyuman ke arahnya.
Gadis itu sibuk mengajar sesuatu kepada kanak-kanak dalam lingkungan sembilan hingga dua belas tahun.Sebuah kitab berada di hadapan mereka dan ramai-ramai mengalunkan bacaan itu.Dan yang pastinya alunan-alunan ayat-ayat itu sangat merdu pada gegendang telinganya walaupun dia tidak faham lansung.
"Ian.."
Ian Cheah tersentak.Dia mendongak memandang Alex dan Hans yang memandangnya pelik.
"Aku letih..Aku balik dululah."
Ian Cheah segera bangun berdiri dan melangkah pergi meninggalkan Alex dan Hans yang berkerut seribu.Jikalau tidak,Ian Cheah selalunya pulang pukul tiga atau empat pagi apabila berada di club.Namun tidak pada kali ini.Alex dan Hans sama-sama mengangkat bahu sambil meneguk wain sehingha habis.
![](https://img.wattpad.com/cover/164373202-288-k931643.jpg)
YOU ARE READING
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
Romance💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...