BAB 14

2.5K 148 10
                                        

Humaira Aulia mengesat peluh yang merenek di dahi dengan lengan baju kelabunya. Baju yang khas untuk semua pekerja di hotel Ian Cheah.

"Apa hubungan kau dengan big boss kita orang?" Humaira Aulia berpaling ke belakang. Memandang wajah manis wanita berambut sedikit keperangan itu. Rambut perang itu disanggul tinggi menampakkan leher jinjangnya.

"Maksud awak?" Humaira Aulia merenung wajah cantik itu.

"Aku selalu nampak kau dengan Encik Ian. Apa hubungan kau dengan dia?"

Humaira Aulia menggeleng perlahan. "Kami tak ada apa-apa hubungan. Cuma rakan sahaja,"

Gadis bernama Nad itu tergelak kecil. "Takkanlah kawan nak biarpun seorang kawannya kerja macam ni kot?"

Humaira Aulia menarik nafas. Dihembus perlahan sebelum berdehem.

"Saya minta diri dulu. Ada bilik yang masih belum dibersihkan,"

Humaira Aulia segera menolak troli besar itu meninggalkan Nad sendirian. Kalau dilayan, nanti lain jadinya.

Pintu dibuka menggunakan kadnya. Humaira Aulia masuk ke dalam bilik 303 itu bersama penyapu di tangan. Cadar dicabut dan diganti dengan cadar yang baru. Ditegangkan dan di susun kemas bantal-bantal di atasnya.

"Excuse me?"  Humaira Aulia berpaling memandang si pemilik suara. Seorang lelaki. Dan memandangnya bagaikan hendak ditelannya hidup-hidup.

Humaira Aulia menunduk apabila sedar lelaki itu hanya mengenakan tuala. Mungkin baru selesai mandi.

"Awak ada bentuk badan yang cantik," Humaira Aulia mendongak. Memandang tajam wajah lelaki itu yang sedang tersenyum gatal. Kemudian memandang ke arah pintu yang masih terbuka. Bersiap sedia untuk melarikan diri jika lelaki itu membuat sesuatu yang tidak diingini.

Lelaki itu menolak pintu dan tertutup rapat. Humaira Aulia mulai diburu rasa panik.

"Encik, saya nak bersihkan bilik encik. Sila beri kerjasama," Bergetar sedikit nada suara Humaira Aulia.

"But you are too beautiful to let it go," Dahi Humaira Aulia sudah dipenuhi peluh. Sudah genap tiga bulan dia bekerja di sini, tetapi masalah seperti ini tidak pernah dihadapi olehnya. Dan inilah pertama kalinya.

Humaira Aulia segera mengorak langkah untuk ke pintu namun lelaki itu menarik lengannya kuat menyebabkan dia terlentang di atas katil. Bertambah panik apabila lelaki itu menindihnya.

"Lepaslah!" Jerit Humaira Aulia sambil menolak dada lelaki itu. Air mata mulai bertakung di tubir mata. Ingin menangis kerana terlampau takut.

Tudung bawal berwarna hitamnya direntap kasar sehingga tercabut. Humaira Aulia mulai menjerit meminta tolong. Ditolak kuat badan lelaki itu. Kakinya turut naik menendang.

"Agresifnya.." Bisik lelaki itu. Bertambah-tambah rasa cuak Humaira Aulia. Dia menangis teresak-esak sambil masih berusaha menolak kuat badan sasa lelaki itu dengan segala kudrat wanitanya. Namun gagal.

Lengan bajunya sudah terkoyak. Humaira Aulia menjerit. Dia mengumpul semua kekuatan lalu menolak kuat badan lelaki itu. Hasilnya, lelaki itu terjatuh ke sebelahnya. Segera dia bingkas bangun namun lelaki itu pantas memaut pinggangnya dan ditarik semula ke atas katil.

Humaira Aulia menampar kuat pipi kanan jejaka itu.

"Ganasnya kau ni!" Lelaki itu menarik kuat rambut Humaira Aulia sebelum ditampar kuat pipi kanan gadis itu.

Terteleng kepala Humaira Aulia ke arah kanan bersama bunyi desingan menerjah ke gegendang telinga. Pijarnya hanya Allah sahaja mengetahui.

Tubir bibirnya mengalir sedikit darah.

Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang