BAB 21

2.3K 149 0
                                        

PAGI yang hening itu membuatkan Humaira Aulia sedikit tenang. Dia masih berzikir di atas tikar sejadah. Pintu gelangsar yang terbuka itu menampakkan sinaran cahaya matahari yang mulai ingin menunjukkan diri. Sesungguhnya, rindunya kepada arwah walid begitu menggunung tinggi. Hanya Allah sahaja mengetahui.

Humaira Aulia membuka Al-Quran pemberian arwah ibunya lalu diselak helaian demi helaian. Air matanya menitis tepat mengenai helaian Al-Quran. Dia terlalu merindui kedua-dua orang tuanya. Humaira Aulia menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus keluar.

Perlahan-lahan dia membaca Surah Al-Mulk.

Namun bacaannya sedikit terganggu apabila iPhone yang berada di birai katil menjerit minta diangkat. Segera Humaira Aulia mencapai iPhone itu dan dilihat nama si pemanggil.

Mr.Apek is calling..

Entah mengapa jantungnya berdegup laju. Teringat kembali ungkapan sayang daripada Ian Cheah seminggu yang lalu. Serta-merta pipi Humaira Aulia memerah. Namun dia tetap menjawab panggilan lelaki itu. Risau jikalau Ian Cheah terasa dengannya jika dia hanya membiarkan sahaja panggilan itu.

"Hello?" Suara garau itu membuatkan Humaira Aulia menggigit bibir. Telapak tangan kanan dibawa menyentuh dada kiri. Jantungnya berdegup laju.

"Maira.. I ganggu you ke?" Humaira Aulia menarik nafas perlahan.

"Err.. Saya tengah baca Al-Quran," Kedengaran suara di sebelah sana berdehem.

"Oh.. maaf sebab ganggu.. You boleh teruskan baca,"

"Okey, bye." Humaira Aulia berura-ura ingin memutuskan talian tetapi ditegah oleh Ian Cheah.

"I nak dengar you baca," Suara itu begitu tulus menyatakan hasratnya sehingga membuatkan Humaira Aulia tergemap. Tergagap-gagap dia ingin menjawab kembali kata-kata Ian Cheah.

"Dulu, masa I kecil.. I selalu lalu tepi masjid semata-mata nak dengar mereka baca Al-Quran. I tak tau apa yang I rasa masa tu. Tapi alunannya cukup menenangkan hati I.. So, please.."

Humaira Aulia mengukir senyuman nipis. iPhone bertukar tangan. Tangan kiri memegang telefon manakala tangan kanan menunjuk bacaan.

Perlahan-lahan Humaira Aulia mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran. Dibaca penuh khusyuk.

Ian Cheah pula diam menyepi di hujung sana. Selesai sahaja menghabiskan bacaan Surah Al-Mulk, Humaira Aulia menutup Al-Quran dan dibaca doa selepas membaca Al-Quran. Dipeluk rapat ke dada sebelum diletakkan kembali di atas meja kecil di sisi katil. Humaira Aulia membaca doa kepada kedua ibu bapanya. Air matanya menitis membasahi pipi tatkala dia membaca maksud doa kedua ibu bapa. Terlampau sarat rindu ini hingga menyesakkan dada.

Selesai sahaja semua itu, Humaira Aulia menyandar belakangnya pada sisi katil sambil menarik nafas perlahan lalu dihembus keluar.

"Are you crying?" Suara seksi itu bertanya.

Tersenyum nipis Humaira Aulia mendengar pertanyaan itu. "Macam mana awak tahu?"

"Sakit dada I beritahu segala-galanya. Tiap kali you menangis, hati I macam dicengkam kuat lalu dilepaskan. Sakitnya tak terkata,"

Humaira Aulia terdiam. Tidak tahu ingin membalas apa.

"Maira..." Humaira Aulia sedikit tersentak dengan panggilan Ian Cheah. Otaknya sebentar tadi mengelamun memikirkan surat yang diterimanya seminggu yang lalu.

"Kalau I mati, you akan ziarah I tak?" Bergetar sedikit nada suara Ian Cheah tika itu.

Humaira Aulia sedikit berkerut. Pelik dengan soalan jejaka kacak itu. "Apa yang awak melalut ni? Jangan cakap macam tu, Encik Ian. Selagi kita masih bernafas, hargai setiap helaan nafas. Hargai orang sekeliling. Make them happy with you,"

Ian Cheah tergelak kecil. "You.. you happy tak bila dengan I?"

Humaira Aulia tergemap. Terdiam tidak berkutik. "Saya.. saya happy."

"Kalau ditakdirkan I mati, orang terakhir yang I nak lihat mukanya adalah you selepas keluarga I.. I harap you ada di sisi I," Ian Cheah menghela nafas berat di hujung talian.

Jantung Humaira Aulia berdegup kencang. Entah mengapa dia tidak suka mendengar butir bicara Ian Cheah apabila jejaka itu asyik memikirkan mati. Dia takut jika jejaka itu pergi. Pergi daripada hidupnya.

"Ada sesuatu yang saya tak tahu ke? Awak.. awak ada rahsiakan sesuatu daripada saya ke?"

Ian Cheah mengeluh kecil. "I sayang you, Maira. I nak you selalu ingatkan I walau you berada di mana sekalipun. Walaupun masa tu, I dah tak ada di dunia. I nak you tau.. Biarpun I dah tak ada di muka bumi ni, kasih sayang I selalu ada bersama you. Tak pernah kurang walaupun sebesar zarah,"

Humaira Aulia memejam matanya rapat. Syahdu sekali kata-kata Ian Cheah sehingga menyentuh hatinya.

"I takut nak hadapi ini semua sendirian. I takut kalau I tak sempat ingat semua kenangan yang kita pernah sulam bersama. I takut I tak mampu tengok you senyum lagi, Maira. I takut kalau you menangis kerana I. I takut, Maira."

Humaira Aulia kembali keliru. Firasatnya mengatakan bahawa Ian Cheah menyembunyikan sesuatu daripadanya. Sesuatu yang amat besar.

"I nak minta satu permintaan. I harap you boleh tunaikan,"

Humaira Aulia menghela nafas perlahan. "Insya-Allah kalau saya boleh tunaikan, saya cuba. Apa?"

"Tolong jangan panggil I Encik Ian lagi. Sangat formal." Kedengaran Ian Cheah ketawa di hujung talian.

Humaira Aulia tersenyum nipis. "Okey. Saya cuba, Ian."

Entah mengapa lagi memerah muka putih gebu Humaira Aulia tika itu apabila nama Ian tanpa encik bermain di bibirnya.

"I nak jumpa you petang ni dekat pejabat I. Boleh?"

Humaira Aulia berkerut sedikit. "Er.. kenapa? Maksud saya kenapa mesti di pejabat?"

"I ada perkara nak bincang dengan you. Dan I rasa ini perkara penting bagi you,"

Humaira Aulia mengerling surat tawaran kerja di atas mejanya. Apa yang jejaka itu maksudkan?

"Ya. Insya-Allah saya datang,"

"Okey, bye. Take care, My Maira."

Blushing lagi! "Err. Bye,"





Vomments pleaseeee ;)

Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang