Humaira Aulia jadi tidak betah dengan suasana hening yang menyelaputi ruangan VVIP itu. Terasa dirinya asing di situ.
"Macam mana dengan keadaan mama?" Dato Cheah cuba merapati tubuh Datin Fancy yang terbaring lemah di atas katil.
Ian Cheah tersenyum sinis. Gadis sebaya Humaira Aulia yang berada di sisi papanya dijeling sekilas.
"Kenapa datang sini?" Ian Cheah menyoal sinis. Dato Cheah merenung anak lelakinya tajam.
"Jangan jadi biadap, Ian. Papa ni papa Ian tau," Dato Cheah merenung Ian Cheah sambil mengetap gigi menahan geram.
Ian Cheah tergelak sinis. Namun seketika kemudian ketawanya termati. Wajah tua Dato Cheah direnung tajam.
"Papa Ian dah mati. Ian tak ada papa lagi dekat dunia ni," Ian Cheah mengepal penumbuk.
Humaira Aulia menoleh merenung wajah Ian Cheah. Wajah putih itu mulai merah padam. Lengan jejaka itu mulai menunjukkan urat-urat hijau.
"Ian Cheah! Ian jangan biadap! Siapa ajar Ian biadap begini?! Perempuan ni ke?!" Jerkah Dato Cheah. Suara lelaki tua itu bergema kuat di dalam ruangan wad VVIP itu.
Tersentak sedikit Humaira Aulia apabila dirinya turut terjebak di dalam masalah keluarga ternama itu. Namun dia hanya mampu diam. Hendak bersuara tidak berani.
Ian Cheah mendengus kasar. "Papa yang ajar Ian untuk jadi biadap begini. Jangan libatkan Maira dalam hal ni! Dia tak ada kena mengena,"
Dato Cheah tersenyum sinis. "Ian jangan bongkak sangat. Papa tak akan turunkan walaupun sesen harta papa pada Ian!"
Ian Cheah tergelak sinis. Dia menjongket kedua-dua belah bahunya.
"Are you joking me, right? Tak nak kasi harta dekat Ian? I don't even care!! Papa ingat dengan harta papa boleh buat Ian buta ke? Boleh tutup kesalahan papa? Papa adalah lelaki dayus yang pernah Ian jumpa! Cuba menutup kesalahan dengan harta! Come on, papa.. I'm not child anymore.. Ian tak mati kalau tak dapat harta papa. Ian boleh berdiri dengan kaki Ian sendiri. Ian dah dewasa. Ian lebih rela jadi pengemis tepi jalan daripada makan harta papa. Papa boleh simpan harta papa. Kasi je lah dekat perempuan perosak rumah tangga tu,"
Panjang lebar kata-kata Ian Cheah. Dato Cheah terdiam seketika.
"You're so rude, son." Bergetar sahaja nada suara Dato Cheah tika itu.
"Ian jangan paksa papa untuk rosakkan nama baik Ian sebagai usahawan. Papa boleh buat segalanya!"
Ian Cheah tergelak sinis lagi. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Anak mata masih tajam merenung wajah papanya.
"You act like I'm still a child," Ringkas sahaja jawapan daripada Ian Cheah tetapi cukup untuk membuatkan Dato Cheah berubah riak.
"Papa akan failkan perpisahan antara mama dan papa. And you are not my son anymore!"
Kali ini raut wajah kacak Ian Cheah berubah riak. Humaira Aulia sendiri terkedu mendengar butir bicara usahawan terkaya itu tetapi dia hanya berdiam diri. Baginya dirinya hanyalah orang asing di situ.
"Puas?" Ian Cheah mengeluarkan iPhone dari kocek seluar jeansnya. Dia menunjukkan rakaman suara pergaduhan sebentar tadi kepada Dato Cheah.
Dato Cheah merengus kasar. Tidak menyangka bahawa anaknya itu lebih bijak dan pantas.
Dengan langkah besar, Dato Cheah menarik kekasih hati keluar dari wad persendirian VVIP itu. Wajah tua itu ketat sahaja.
Ian Cheah terjelepuk jatuh terduduk di atas lantai. Wajahnya tiada reaksi. Cuma tubuhnya sahaja longlai.
Humaira Aulia segera duduk di sisi Ian Cheah. Wajah jejaka itu merah padam.
"Kenapa I kena lalui semua benda ni? I takut, Maira. I takut dengan semua ni."
Humaira Aulia menggeleng perlahan. "Saya percaya yang awak kuat untuk lalui semua ni. Lagipun saya yakin papa awak masih sayangkan awak. Cuma dia cakap macam tu sebab dia tengah marah. Percayalah,"
Ian Cheah berpaling. Merenung ke dalam anak mata hitam pekat milik Humaira Aulia. Ingin sahaja digenggam jari-jemari runcing Humaira Aulia bagi memohon kekuatan. Tetapi dia tahu batasan agama gadis itu.
"Janji dengan I satu perkara, Maira?" Serak sahaja suara jejaka kacak itu.
Humaira Aulia mengangguk perlahan dengan senyuman nipis. Dibalas renungan berkaca-kaca sepasang anak mata biru itu.
"Janji yang you tak akan tinggalkan I walau apa pun yang terjadi? Walaupun I sakit? Walaupun I bankrap? Walaupun netizen kecam dan caci I? Walaupun masa tu semua orang tinggalkan I?"
Sepasang anak mata biru itu begitu bersinar mengharap. Humaira Aulia menarik nafas dalam-dalam. Lalu dilepaskan perlahan.
"Saya takut untuk bermain dengan kata janji. Saya takut jika saya tak mampu untuk laksanakan semua yang awak cakap tadi. Tapi selagi saya masih di sisi awak, Insya-Allah saya tak akan tinggalkan awak,"
Ian Cheah tersenyum nipis. Dia yakin. Dia yakin gadis itu tidak akan meninggalkannya.
"I sayang you, Maira. I tak nak kehilangan you. I tak nak kehilangan seorang gadis seperti you. I takut kalau you tinggalkan I macam Jess tinggalkan I dahulu. I takut untuk menyayangi perempuan. Tapi I sayangkan you. You selalu ada tika I susah dan senang, Maira. You... You.. You amat berharga dalam hidup I, Maira."
Degupan jantung Humaira Aulia berdegup tidak stabil. Jantungnya laju mengepam darah ke seluruh tubuh selepas mendengar pengakuan jujur daripada jejaka kacak di hadapannya tika itu. Melalui sepasang anak mata biru berkilauan itu, Humaira Aulia yakin yang jejaka itu ikhlas mengungkapkan kata sayang kepadanya.
"Menikahi seorang lelaki yang betul-betul mencintai Maira kerana Allah. Yang ingin menjaga Maira bukan kerana Maira seorang wanita yang lemah. Tetapi kerana Maira seorang gadis yang berharga di dalam hidupnya. Yang amat penting di dalam hidupnya selepas kedua ibu bapa,rasul dan Allah. Janji ya?"
Entah mengapa, gegendang telinganya bagaikan terdengar-dengar pesanan arwah walid kepadanya. Biarpun Ian Cheah tidak mengungkap kalimah cinta tetapi pesanan arwah walid itu bagaikan terngiang-ngiang di dalam benaknya. Ya Allah... Apa semua ini?
Humaira Aulia hilang kata-kata. Dia hanya merenung ke dalam sepasang anak mata biru itu yang masih merenungnya tanpa berkalih.
Mata itu sungguh jernih. Bagaikan air laut biru yang beralun mengikut tiupan angin. Renungan itu penuh rasa kasih sayang yang begitu sarat. Humaira Aulia menggeleng perlahan. Dia tidak mahu terlibat dengan permainan hati dengan lelaki. Tambah-tambah lelaki itu adalah Ian Cheah. Dia sendiri tidak yakin dengan dirinya. Dia takut jikalau dia terjatuh suka pada jejaka itu.
"Saya nak ke tandas," Humaira Aulia melarikan pandangan seraya bangun dan ingin melangkah keluar dari wad VVIP itu kerana risau hati wanitanya akan terbuai dengan renungan sepasang anak mata biru itu.
Ian Cheah bingkas bangun. "I nak you tahu satu perkara, Maira."
Humaira Aulia yang sudah memegang tombol pintu terhenti niat ingin membuka pintu. Dia tidak berpaling. Hanya kaku menanti hujah Ian Cheah.
"I bukan lelaki yang berkata manis. I bukannya lelaki yang gula-gulakan perempuan dengan rupa, pangkat, mahupun duit. Tapi bila I cakap, I betul-betul maksudkan. I harap you faham,"
Humaira Aulia memejam matanya rapat. Dia menggeleng lagi. Tidak! Dia tidak mahu terlibat dengan semua yang berkaitan hati! Dia takut jikalau dia tersalah langkah lalu jatuh. Dan dia takut jikalau dia tidak dapat bangun lagi jika dia jatuh. Humaira Aulia menarik nafas lalu dihembus perlahan.
Dipulas tombol lalu segera dia berlalu pergi. Cuba melupakan kata-kata Ian Cheah sebentar tadi. Anggap semuanya hanya mimpi semata-mata! Ya, mimpi!
![](https://img.wattpad.com/cover/164373202-288-k931643.jpg)
YOU ARE READING
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
Romansa💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...