BAB 17

2.3K 150 0
                                    

Bayu pantai yang menampar pipi gebu Humaira Aulia membuatkan gadis itu tersenyum mekar. Biarpun mentari mula menyinari pada pagi itu, tetapi ia sedikitpun tidak menganggu Humaira Aulia untuk berdiri di situ.

"Do you miss this place?" Humaira Aulia berpaling memandang Ian Cheah di sisinya.

Humaira Aulia tersenyum nipis seraya mengangguk. Dibiarkan selandangnya beralun mengikut alunan angin.

"Rindu. Rindu sangat-sangat." Humaira Aulia tersenyum manis. Ian Cheah tergelak kecil.

"You're so cute, Maira," Berbahang wajah Humaira Aulia mendengar pujian tidak langsung daripada Ian Cheah.

"Resort ni papa I punya. Tapi dia dah nak kasi dekat I, dia percaya yang I boleh handlenya," Ian Cheah cuba menukar topik perbualan. Risau jika gadis di sisinya berasa kekok dengannya.

Humaira Aulia tersenyum. Bangga dia kerana mempunyai seorang kawan yang berjaya seperti Ian Cheah. Tidak sepertinya. Tamat belajar dan hanya duduk di rumah.

"Awak umur berapa ya?" Soal Humaira Aulia. Dia melabuhkan duduk di atas pasir pantai begitu juga dengan Ian Cheah.

"I? Hahaha. I dah tua, Maira. Dah 27 tahun. You?"

Humaira Aulia tergelak kecil. Tua sangat!

"Saya 25 tahun. Muda lagi. Hahaha. Saya tamat belajar dalam bidang engineering. Tapi tak berjaya jadi engineer sebab keluarga. Saya dapat tawaran kerja tapi saya tolak sebab arwah walid tak ada siapa nak tengok-tengokkan,"

Ian Cheah mengangguk. "Sayang kalau you sia-siakan umur you. You patut ada kerjaya sekarang, Maira. You pandai. Sia-sia kalau you sembunyikan bakat you dalam bidang engineering tu,"

Humaira Aulia tersenyum nipis. "Saya akan bekerja sebagai seorang engineer suatu hari nanti. Saya dah apply kerja dekat syarikat-syarikat yang tengah cari engineer baru. Tapi entahlah dapat atau tak. Kalau ada rezeki, dapatlah. Kalau tak, saya masih begini. Tak jelas arah tuju hidup,"

Humaira Aulia tergelak kecil.

"Maira.. You nak I tolong you tak? Lagipun I ada kawan dengan seorang pemilik syarikat ni. Dia tengah jari engineer baru dalam syarikat dia. You nak I kasi tau dia yang you boleh bekerja dengan dia? Mesti dia percaya I sebab kami kawan sudah lama,"

Humaira Aulia berpaling memandang wajah Ian Cheah.

"Terima kasih tetapi sudah cukuplah sebab awak selalu tolong saya. Banyak sangat hingga saya terhutang budi. Hingga sampai satu tahap saya segan dengan awak. Awak dah macam suami saya pula kena tanggung dan sara saya,"

Ian Cheah tergelak terbahak-bahak. "Kalau I suami you, agaknya you okey tak?"

Humaira Aulia tergelak kecil. "Tak okey! Nanti saya akan cemburu kalau perempuan-perempuan lain asyik puji suami saya,"

Ian Cheah tergelak hingga merah padam mukanya dek kulitnya yang putih.

"Alah amoi janganlah itu macam.. I banyak setia maa," Ian Cheah mengenyit sebelah matanya sambil mencuit pucuk hidung Humaira Aulia dengan ranting kayu.

Humaira Aulia tersenyum mekar. Dia merenung lama wajah Ian Cheah yang kelihatan ceria itu. Wajah itu akan dipahat kukuh di dalam ingatannya kerana lelaki itu banyak menolongnya. Tidak mungkin dia akan melupakan jejaka kacak itu. Tidak mungkin.

Ian Cheah berpaling. Anak mata birunya bertemu pandang dengan sepasang anak mata hitam pekat Humaira Aulia. Sama-sama merenung ke dalam anak mata.

"You have a pair of mystery eyes," Ujar Ian Cheah perlahan. Seakan berbisik. Namun Humaira Aulia sempat menangkap butir bicara jejaka kacak itu.

Humaira Aulia segera melarikan pandangan. Sedar akan keterlanjuran tingkahnya. Dia membuang pandangan ke arah bentangan laut yang membiru terang. Indah dan begitu menenangkan.

"I suka pergi pantai," ungkap Ian Cheah perlahan. Humaira Aulia tersenyum nipis.

"Kenapa?" Ian Cheah tersenyum manis. Anak mata birunya masih statik merenung wajah Humaira Aulia dari arah sisi. Tidak beralih walaupun sesaat.

"I rasa tenang. I dapat rasa macam bayu pantai tu bawa pergi stres I," Ian Cheah mencapai kulit siput laut yang cantik berada di sisi mereka berdua.

Diletakkan di atas tapak tangan sebelum dibelek olehnya. Humaira Aulia berpaling. Melihat ke arah tapak tangan putih kemerah-merahan Ian Cheah yang sedang memegang kulit siput laut yang putih bersih.

"Cantiknya," Humaira Aulia mendekatkan wajahnya pada tapak tangan Ian Cheah. Membelek kulit siput laut yang agak berkilat itu. Bersih tanpa pasir.

"Masa I kecil-kecil dulu, I suka sangat kutip kulit siput ni semua. I warnakan kulit siput itu semua dan letakkan di dalam balang. Cantik,"

Humaira Aulia menangguk. Bersetuju dengan kata-kata Ian Cheah. Memang cantik jikalau kulit siput laut diwarnakan.

"Saya nak juga cuba warnakan juga kulit siput laut ni nanti," Humaira Aulia berpaling secara drastik memandang Ian Cheah.

Jarak wajah mereka begitu hampir sehinggakan pucuk hidung mancung Ian Cheah hampir ingin menyentuh pucuk hidung mancung dan comel Humaira Aulia.

Berbahang wajah putih Humaira Aulia apabila sedar keterlanjurannya buat kali kedua itu sebelum menjarakkan diri daripada Ian Cheah.

Ian Cheah berdehem. Cuba menstabilkan kembali degupan jantungnya yang berdegup tidak sekata apabila berada begitu hampir dengan Humaira Aulia.

"I nak ambil Cristine. You nak ikut tak?" Ian Cheah sudah bangun sambil menepuk-nepuk seluarnya yang melekat dengan pasir pantai.

Humaira Aulia mendongak memandang Ian Cheah yang sudah berdiri sambil memandangnya.

"Christine tu siapa?" Humaira Aulia turut bangun. Menepuk seluarnya yang melekat dengan pasir pantai.

"Kuda I. Jom!" Ian Cheah segera memecut laju tanpa aba-aba.

Tersentak sedikit Humaira Aulia melihat Ian Cheah berlari mengalahkan kilat lajunya.

"Tunggu saya!" Humaira Aulia turut membuka langkah seribu. Mengejar langkah besar larian Ian Cheah.

Mereka berdua sudah seperti pasangan kekasih yang bahagia. Berlari-lari di gigi pantai.

Ian Cheah menyembunyikan senyuman. Dia akan ingat saat-saat manis ini.

Votes n comments😍

Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]Where stories live. Discover now