BAB 4

3K 157 10
                                    

IAN CHEAH membuang pandangannya jauh pada menara KLCC yang betul-betul di hadapan balkoni penthousenya.Angin malam lembut menyapa wajah dan badannya yang hanya dikenakan T-shirt Polo dan seluar pendek paras lutut.Fikirannya menerawang jauh.Cuba mengingati wajah gadis yang muncul di dalam mimpinya.

Ini semua gila!Tidak pernah lagi dia berkenalan dengan gadis-gadis yang memakai tudung.Namun kehadiran gadis misteri itu menghantui jiwanya.Hati kecilnya memberontak ingin bertemu dengan gadis yang memiliki raut yang cantik dan tenang.

Yang paling Ian Cheah tidak dapat lupakan adalah semasa gadis itu sedang tersenyum mekar mengajar kanak-kanak itu sebuah kitab di hadapan mereka.Tidak lansung tercalit marah apabila kanak-kanak itu seakan-akan gagap ketika membaca isi kandungan buku itu malah gadis itu mengukir senyuman manis sambil mengusap lembut bahu kanak-kanak itu.

Gadis itu kelihatan sangat ayu dan lembut pada pandangan mata lelakinya.Tanpa Ian Cheah sedar,dia mengukir senyuman nipis.Tidak sangka pula yang dia bermimpi berjumpa dengan gadis cantik seperti itu.Dan..Alangkah indahnya jikalau mimpi itu menjadi kenyataan.

Ian Cheah tersenyum simpul sendirian di balkoni penthouse miliknya.Angin malam membuai lembut rambut hitam keperangannya.Ian Cheah mendongak merenung dada langit yang bergemerlapan dengan kehadiran bintang-bintang.

"God,I want to meet her."

Ian Cheah tersenyum nipis.

HUMAIRA AULIA memasukkan nasi goreng ke dalam mangkuk kaca seraya membawa mangkuk itu ke meja makan.Haji Sulaiman sudah berlalu ke sawah padi di belakang rumah kayu itu.

Humaira Aulia tersenyum manis apabila melihat hasil air tangannya yang memenuhi ruang meja makan itu.Puas hatinya.

"Itu je yang kau mampu nak hidang?"

Suara sinis dari muka pintu dapur membuatkan Humaira Aulia mendongak.Raut Puan Salmah yang tersenyum sinis itu ditatap lama.

"Kenapa,mak?Mak nak apa-apa lagi ke?Maira boleh masakkan."

Puan Salmah mencebik.Dia menapak menghampiri Humaira Aulia dan sekali lagi dia memandang hidangan sarapan pagi yang sudah terhidang di atas meja makan.

"Kalau macam ni,kucing kurap pun tak ada selera nak makan!"

Puan Salmah menepis mangkuk berisi nasi goreng kosong itu jatuh ke atas lantai.Habis pecah dan berterabur nasi goreng itu.Humaira Aulia terkelu memandang nasi goreng yang dimasaknya jatuh berteraburan di atas lantai.

"Ni!Cucur apa kau buat ni?Tak masak!"

Puan Salmah mencapai cekodok pisang itu lantas disumbat ke dalam mulut Humaira Aulia.Pipi gebu anak tirinya itu ditolak kuat sehingga Humaira Aulia tergerak ke tepi.

"Bodoh!Masak sarapanpun kau tak tahu ke?!Jangan jadi perempuanlah!"

Humaira Aulia menggeleng perlahan.Dia mengundur ke belakang.Takut melihat Puan Salmah yang sudah naik hantu.Dia tahu,wanita itu sengaja ingin memukulnya dan hanya mencari kesalahan-kesalahannya yang kecil dan sengaha diperbesar-besarkan.

"Hah!Tunggu apa lagi!Kutiplah!Mangkuk tu pecah!"

Puan Salmah menunjal kepala Humaira Aulia kuat apabila melihat gadis itu masih berdiri kaku memandang nasi goreng yang berterabur.

"Kutiplah,bodoh!Itupun lembap!"

Puan Salmah menyepak belakang badan Humaira Aulia menyebabkan gadis itu jatuh terduduk di atas lantai kayu itu.

"Auch!"Tapak tangan Humaira Aulia terkena kaca mangkuk itu.Habis merembes keluar darah merah pekar daripada tusukan kaca itu.

Puan Salmah tersenyum sinis.Puas hatinya kerana berjaya melukai anak tirinya.Humaira Aulia mengetap bibir.Air matanya sudah merembes mengalir deras.Sungguh,dia rindukan ibunya..Rindu ibunya yang selalu menjaganya dengan penuh kasih sayang.Menjaganya ibarat menatang minyak yang penuh.

Dengan tersedu-sedan,Humaira Aulia mengutip serpihan kaca mangkuk nasi goreng itu.Puan Salmah duduk melutut di sisi anak tirinya.Dia tersenyum sinis.

"Mesti kau laparkan?Nah,biar mak suapkan ya?"

Puan Salmah menyuap nasi goreng yang tumpah di atas lantai ke dalam mulut Humaira Aulia.Teresak-esak gadis itu menangis.

"Makan!Aku kata makan!"

Humaira Aulia meludah kembali nasi goreng yang sudah kotor itu.Dia masih boleh membezakan yang mana kotor dan bersih.

Mencerlung tajam mata Puan Salmah tatkala melihat Humaira Aulia menyembur kembali nasi goreng yang disuapnya.Pantas tapak tangan kanannya menggenggam nasi goreng yang berada di atas lantai itu lantas disumbat ke dalam mulut Humaira Aulia.Tangan kirinya naik menarik rambut panjang gadis itu sehingga terdongak.

"Kau telan!"

Humaira Aulia menggeleng perlahan.Air matanya merembes keluar.Esakannya tidak kedengaran kerana nasi goreng yang penuh di dalam mulutnya.Hanya bahunya sahaja yang terhinjut-hinjut dek tangisannya.

"Eh!Aku kata telan!Kau tak kesiankan walid kau ke yang susah-payah mencari rezeki untuk bela kau?!"

Pipi gebu Humaira Aulia pula menjadi sasaran Puan Salmah.Ditampar bertubi-tubi pipi gebu itu sehingga kemerahan.Humaira Aulia meronta-ronta.

"Hey!Kau makan!"

Laung Puan Salmah apabila melihat Humaira Aulia yang ingin menyemburkan kembali nasi goreng di dalam mulutnya.

"Ya Allah!Sal!"

Terlepas cengkaman Puan Salmah pada rambut Humaira Aulia apabila terdengar namanya diseru oleh Haji Sulaiman.Haji Sulaiman yang masih dibasahi keringat melulu mendapatkan anaknya.Puan Salmah sudah berdiri tegak dengan rengusan dia berlalu pergi.

Humaira Aulia menyemburkan kembali nasi goreng itu keluar daripada mulutnya.Esakannya kembali kedrngaran.Haji Sulaiman mengusap belakang anaknya.Hati tuanya dipagut simpati dan rasa bersalah melihat keadaan anak tunggalnya.

Humaira Aulia menangis teresak-esak.Dia tidak kuat lagi.Ingin sahaja dia menyuruh Haji Sulaiman menceraikan Puan Salmah namun dia tidak takut.Takut jikalau Puan Salmah memukulnya lebih teruk daripada ini.

Haji Sulaiman memeluk anaknya erat.

"Maira nak ibu.."

Seperti kanak-kanak,Humaira Aulia merengek meminta ibunya.Haji Sulaiman mengusap kepala anaknya.Dia juga memohon agar Allah mengembalikan Zaleha yang hilang entah ke mana.

Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]Where stories live. Discover now