BAB 9

2.6K 161 6
                                    

IAN Cheah membawa bungkusan plastik yang berisi roti dan botol air minerel. Dia masuk ke dalam perut kereta Audi hitam metalik kesayangannya. Dia segera menghidupkan enjin lantas memberi signal untuk masuk ke jalan semula.

Jam Rolex di tangan sudah menunjukkan angka satu pagi namun dia masih belum pulang ke rumah. Maklumlah tinggal sendirian. Senanglah dia nak ke mana saja tanpa bebelan Datin Fancy.

Rakan-rakan peneman kelab malamnya pula sudah terbang ke New York atas urusan kerja. Sekarang dia bersendirian.

Anak mata birunya memandang luar. Audi dipandu perlahan. Jalan pada malam itu sedikit lenggang daripada kenderaan.

Ian Cheah berkerut melihat sekujur tubuh gadis yang sedang memeluk beg di sudut kaki lima. Sudah lorong itu gelap dan selalunya dihuni oleh kumpulan samseng jalanan. Berani sungguh gadis itu duduk di situ sendirian.

Audi hitam metaliknya segera diberhentikan betul-betul di hadapan gadis itu. Ian Cheah segera turun. Dia menghampiri gadis itu yang kelihatan sedang nyenyak tidur dalam keadaan duduk menyandar dinding.

Namun langkah bergaya Ian Cheah kembali perlahan apabila melihat raut wajah gadis itu yang dibasahi darah merah pekat yang mulai kering.

Dia berhenti di hadapan gadis itu seraya mencangkung.

"Miss?" Panggil Ian Cheah tanpa menyentuh gadis itu kerana gadis itu bertudung. Dia hormat.

"Miss?" Panggil Ian Cheah kali kedua. Direnung wajah gadis di hadapannya tika itu. Terbit rasa simpati kepada gadis itu. Kenapa gadis itu bersendirian di waktu malam-malam buta begini? Tidak takutkah?

"Cik?" Suara Ian Cheah dikuatkan sedikit. Gadis di hadapannya bergerak perlahan sebelum membuka mata. Panahan mata hitam pekat itu sedikit menggetarkan hati Ian Cheah.

Gadis itu cepat-cepat bangun seakan-akan takut dengan Ian Cheah.

"Wait! I just..."  Ian Cheah termati kata-kata melihat raut wajah gadis itu yang jelas disimbahi cahaya daripada lampu keretanya. Direnung lama. Gadis itu mirip dengan gadis di dalam mimpinya.

"Cik kenapa duduk sini seorang diri? Bahaya. Lorong ni selalunya pukul dua tiga pagi akan ada samseng jalanan," Terang Ian Cheah lembut.

"Cik okey tak ni?" Ian Cheah cuba mendekati gadis itu namun dengan lebih tangkas gadis itu menjarakkan diri daripadanya.

"Okey-okey.. Calm down,dear.." Ian Cheah mengangkat kedua-dua belah tangannya.

"I'm not your dear!" Suara itu! Ian Cheah tergamam seminit. Ya! Gadis itu! Ya Tuhan! Apakah maksud pertemuan ini?

"Okey.. Macam ni? Cik tinggal dekat mana? I akan hantar cik.. Tapi tolonglah.. Jangan duduk sini. Bahaya," Dan Ian Cheah sendiri tidak pasti kenapa dia begitu mengambil berat dengan gadis di hadapannya itu.

Gadis itu menunduk. Seketika kemudian esakan kedengaran.

"Ops! Oh.. No-no.. Don't cry! Oh.. Shit!.. I sakitkan perasaan cik ke? Maaf," Ian Cheah menurunkan tangannya.

"Saya tak ada rumah." Ayat penyata itu membuatkan Ian Cheah tercenggang tiga saat. Tidak mungkin gadis ini pengemis. Naluri lelakinya mengatakan tidak. Dia sudah masak dengan bandar itu. Semua muka pengemis dia ingat. Tetapi gadis ini..

"Okey.. Macam ni.. Jom kita ke klinik dulu. I tengok keadaan cik teruk ni," Kilasan anak mata hitam itu jelas-jelas tidak mempercayai Ian Cheah.

"Trust me.. I nak tolong cik," Ian Cheah menunjukkan kesungguhannya. Cuba meyakini gadis itu.

Seketika kemudian, gadis itu mengangguk lemah. Mungkin sudah tidak dapat menahan kesakitan yang dialaminya.

"Okey jom," Ian Cheah pantas membuka pintu buat gadis itu. Segera dia masuk ke dalam perut kereta Audi kesayangannya.

🌼🌼🌼

SUASANA sunyi yang bertamu di segenap ruang Audi mewah itu membuatkan Ian Cheah sedikit tidak suka.

"What is your name?" Soal Ian Cheah. Dikerling wajah cantik gadis di sisinya itu. Lebih tepat wajah gadis yang kerap kali muncul di dalam mimpinya.

Wajah cantik yang sudah tidak berlumuran darah itu sedikit pucat. Mungkin masih tidak selesa dengan Ian Cheah.

"Humaira Aulia. Maira." Ian Cheah mengangguk perlahan.

"Nama I, Ian Wan Cheah. Just call me Ian." Ian Cheah mengukir senyuman manis.

"Lepas ni Maira nak ke mana?" Humaira Aulia menggeleng lemah. Dia sudah buntu.

Perut Humaira Aulia berbunyi. Ian Cheah tergelak kecil.

"Lapar? Jom makan!" Humaira Aulia menggeleng laju. Sudahlah jejaka cina itu telah membayar kos di klinik tadi, dia tidak mahu terhutang budi.

"Tak.. Apa.. " Gagap-gagap Humaira Aulia menjawab.

Ian Cheah berkerut. "Ambil roti dan air tu. Makan dulu. Nanti I berhenti mana-mana restoran. Kita makan dulu,"

Humaira Aulia masih cuba menahan rasa laparnya. Namun dia kalah. Segera dicapai roti ikan bilis yang dibeli oleh Ian Cheah dan segera makan.

Ian Cheah mengukir senyuman nipis. "I hantar Maira pergi hotel, ya?"

Terhenti kunyahan Humaira Aulia. Terus membulat anak mata hitam itu merenung wajah kacak Ian Cheah.

"Untuk apa?!" Sesikit tinggi nada suara Humaira Aulia. Otaknya sudah berfikiran negatif.

Ian Cheah tergelak kecil. "Jangan fikir negatif, sweetheart.. I nak pastikan Maira tidur dengan selesa. Bukan tidur di tepi lorong. Jangan risau, I tak akan kenakan cas bayaran dekat Maira,"

Humaira Aulia terdiam. Makan drngan senyap. Kenapa lelaki di sisimya ini begitu mengambil berat pasalnya? Seingatnya mereka tidak pernah berjumpa walaupun sekali di mana-mana.

Mungkin Allah hantar lelaki ini untuk selamatkannya.

Votes n comments😍

Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]Where stories live. Discover now