HUMAIRA Aulia termenung lama di balkoni hotel mewah yang Ian Cheah maksudkan semalam. Dia mendongak merenung dada langit yang mulai cerah kerana sang suria sudah muncul.
Humaira Aulia menghela nafas perlahan. Terasa begitu terhutang budi dengan Ian Cheah. Mujurlah Allah menemukan dia dengan jejaka cina itu. Jikalau tidak, dia sendiri tidak tahu apa akan terjadi kelak.
Bunyi ketukan di pintu membuatkan Humaira Aulia berpaling. Segera dia mencapai tuala dan dililitkan di kepala. Dia melangkah ke arah daun pintu. Dikuak daun pintu perlahan-lahan.
"Good morning, Maira!" Suara macho itu.
Humaira Aulia merenung penampilan Ian Cheah yang berbeza daripada semalam. Hari ini jejaka cina itu hanya mengenakan baju T berlengan panjang berwarna krim yang disingsing separa siku. Dipadankan dengan seluar jean blueblack. Jam Rolex di pergelangan kiri terletak kemas.
Kacak. Itu sahaja perkara yang dapat dikatakan oleh hati wanita Humaira Aulia.
"Hello? Maira?" Ian Cheah melambai tangan kanannya di hadapan wajah cantik Humaira Aulia. Tersentak seketika gadis itu daripada terus merenung jejaka itu.
"Err.. Ya," Humaira Aulia segera melarikan pandangan daripada terus bertatapan dengan anak mata biru jejaka cina itu.
Ian Cheah tersenyum nipis. "I datang nak jemput Maira turun sarapan. Jom?"
Humaira Aulia mengangguk perlahan. "Saya.. Saya pakai tudung kejap,"
Segera dia menutup daun pintu. Selendang kelabu yang dilipat kemas di atas katil dicapai. Anak tudung disarung sebelum selendang itu dipakai. Hujung selendang diselempang ke bahunya. Siap.
Segera dia membuka daun pintu. Kelibat Ian Cheah hilang. Berkerut sebentar Humaira Aulia.
"Dah siap?" Terjungkit bahu Humaira Aulia dengan sergahan dari arah kanannya. Segera dia berpaling.
Ian Cheah sedang leka menilik iPhone di tangan sambil bersandar di dinding. Berpaling merenung dengan pandangan yang lembut.
Humaira Aulia mengangguk perlahan sebelum melarikan anak matanya daripada terus terpaut dengan kilauan anak mata biru itu. Jejaka cina bermata biru. Pelik.
"Jom," Ian Cheah membuka langkah selepas Humaira Aulia menutup pintu biliknya.
Senyap. Humaira Aulia jalan sedikit belakang daripada Ian Cheah. Dia tidak mahu jalan beriringan dengan jejaka kacak itu. Risau dengan pandangan orang yang lalu di aras itu. Semua merenungnya bagaikan dia makhluk planet Zuhal.
Langkah tegap Ian Cheah terhenti sebelum memandang belakang. Terhenti langkah Humaira Aulia. Dia membalas renungan sepasang mata cantik itu.
"Kenapa jalan di belakang?" Soal Ian Cheah. Sedikit berkerut memandang wajah putih mulus Humaira Aulia.
"Er.. Sa..ya.. Saya takut.. Nak jalan sebelah.. Awak," Tergagap-gagap Humaira Aulia melontar kata-kata. Segera dia menunduk. Takut dengan panahan mata biru itu.
Kedengaran Ian Cheah menghela nafas perlahan. Dia berpaling ke belakang. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar jeannya. Direnung Humaira Aulia yang menunduk menekur permaidani merah hotelnya. Ian Cheah hanya mengabaikan pandangan staf-stafnya.
"You still afraid on me?" Soal Ian Cheah perlahan. Cukup didengari oleh mereka berdua.
Humaira Aulia mendongak memandang raut wajah kacak Ian Cheah yang berubah keruh. Mungkin terasa dengannya. Segera dia menggeleng laju.
"Tak.. Sa..ya.. Tak takut dengan awak.. Cuma.." Humaira Aulia kehilangan kata apabila anak mata biru itu menikam ke dalam anak mata hitam pekatnya.
"Cuma?" Ian Cheah menjungkit sebelah keningnya. Wajahnya masih dingin. Humaira Aulia mengetap bibir. Kehilangan jawapan.
"No reason, right?" Ian Cheah menapak mendekati Humaira Aulia. Membuatkan badan gadis itu sedikit menggigil. Takut.
"Yeah.. This is your answer. You. Still. Afraid. On. Me," Sebiji-sebiji Ian Cheah berkata. Sebelum dia menghela nafas berat.
"I'm sorry. I just.. Want to help you. I.. Ah.. Just forget it.. Jom." Ian Cheah berpaling dan terus melangkah membuatkam Humaira Aulia turut menghayun langkah pantas.
Humaira Aulia mengeluh. Terus mengutuk diri kerana membuatkan jejaka di hadapannya itu terasa.
🌼🌼🌼
HANYA bunyi sudu dan garfu berlaga dengan permukaan pinggan kaca. Senyap sunyi suasana diantara mereka berdua. Humaira Aulia mahupun Ian Cheah sama-sama berdiam diri. Hanya menikmati hidangan sarapan pagi yang dihidangkan oleh staf Ian Cheah di dalam bilik privasi jejaka itu.
Humaira Aulia hanya merenung Ian Cheah yang sedang menyepit kuetiau menggunakan chopstick berwarna hitam itu. Hendak bersuara tetapi suara bagaikan tersekat di kerongkong.
"Sedap?" Soal Ian Cheah seraya mendongak memandang wajah Humaira Aulia. Tersentak sedikit gadis itu sebelum mengangguk laju.
"Se..dap," Humaira Aulia menunduk memandang mee goreng di dalam pinggannya. Hanya menguis-nguis.
"You should try this," Humaira Aulia hanya memandang bebola ikan yang disepit oleh Ian Cheah ke dalam pinggannya.
Humaira Aulia terdiam sejenak. "Jangan risau. Halal,"
Pintas Ian Cheah laju. Humaira Aulia mencucuk bebola itu lalu digigit sedikit. Dikunyah dan ditelan. Sedap!
Tersenyum kecil Ian Cheah melihat telatah Humaira Aulia yang terus mengambil bebola ikan yang dipesannya tadi. Makan bersama mee goreng. Habis comot bibir merah original gadis itu.
Ian Cheah mencapai tisu lantas memanjangkan tangan, mengesat kesan comot di pipi dan tubir bibir gadis itu. Terus terhenti kunyahan Humaira Aulia dan terus merenung wajah Ian Cheah dengan mata yang bulat.
"Ops.. Sorry," Perasan dengan mata bulat gadis itu, Ian Cheah segera melarikan tangannya. Sedar dengan keterlanjuran sikapnya.
Humaira Aulia kembali menghabiskan makanannya. Lapar kerana semalam dia hanya makan nasi ayam yang dibeli oleh Ian Cheah. Sudah banyak jasa lelaki itu sehingga tak terucap terima kasih. Terima kasih? Allah! Lupa!
"Ian.. Er.. Encik Ian," panggil Humaira Aulia perlahan. Ian Cheah mendongak memandang sekilas wajah cantik itu sebelum kembali menyuap kuetiau ke dalam mulut.
"Just call me Ian," Tegas Ian Cheah. Humaira Aulia menggeleng.
"Semua panggil awak boss, sir dan encik. Saya rasa segan nak panggil awak dengan nama saja. Nampak biadap. Izinkan saya panggil awak encik, ya?"
Ian Cheah tersenyum lebar. Bukan kerana perasan ataupun apa sahaja seangkatan dengannya. Tetapi seronok mendengar Humaira Aulia sudah bercakap panjang lebar dengannya.
"Okey. Kenapa?" Ian Cheah menumpukan perhatian pada wajah cantik manis itu.
"Saya nak ucapkan terima kasih sebab tolong saya semalam. Terima kasih juga bagi saya tempat tidur. Dan terima kasih juga sebab bagi saya makan," Humaira Aulia mengorak sedikit senyuman nipis.
Tergamam seketika Ian Cheah melihat senyuman itu. Berseri-seri biarpun hanya senyuman nipis. Tuhan! Kenapa dengan dirinya tika ini?
"Er.. Sama-sama," sekarang dia pula mempunyai masalah gagap.
Humaira Aulia menunduk. Kembali menghabiskan makanan.
Ian Cheah mengukir senyuman manis merenung wajah Humaira Aulia. Cantik. Sopan-santun. Manis. Dan ayu. Untung mana-mana lelaki jika memiliki gadis itu.
Ian Cheah menghela nafas perlahan.
Vote and comments guys!🐹
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
Romansa💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...
![Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]](https://img.wattpad.com/cover/164373202-64-k931643.jpg)