Humaira Aulia dan Ian Cheah sama-sama membisu. Tiada siapa ingin memulakan perbualan. Membisu dan membuang pandangan ke luar cermin kaca besar ruang makan hotel milik Ian Cheah.
Merenung setiap titisan hujan jatuh menimpa bumi. Humaira Aulia meneguk cappucino di dalam cawan sambil merenung sekeliling ruang makan hotel bertaraf lima bintang itu. Banyak mata-mata pekerja Ian Cheah memandangnya pelik.
"Abaikan saja pandangan mereka, Maira." Suara macho itu membuatkan Humaira Aulia berpaling memandang wajah kacak Ian Cheah pada pagi itu.
Bersih sekali wajah pemuda itu tanpa sebarang kumis.
"Pekerja-pekerja I memang macam tu. Nanti bila dah lama, terbiasalah mereka tu." Humaira Aulia mengangguk perlahan.
"Encik.. Kalau saya nak buat satu permintaan, boleh?" Humaira Aulia merenung wajah Ian Cheah tiga saat sebelum kembali memalingkan wajahnya ke arah lain. Berbahang rasa mukanya kerana malu. Malu kerana merenung anak teruna orang. Cis.
Ian Cheah tersenyum nipis melihat Humaira Aulia yang masih malu-malu dengannya. Kerana gadis itu terlalu malu dengannya menyebabkan Humaira Aulia kelihatan comel di matanya.
Wajah kemerahan itu direnung lama. Cantik sekali. Lebih cantik daripada Jessica.
Ian Cheah berdehem. Kembali semula ke topik asal agar suasana kekok antara mereka berdua dapat dibuang jauh-jauh.
"Permintaan apa tu, Maira?" Ian Cheah masih belum mengalihkan pandangan daripada wajah cantik Humaira Aulia.
Humaira Aulia berpaling memandang Ian Cheah sekilas sebelum kembali merenung meja.
Ian Cheah meneguk kopi sambil anak mata birunya memanah ke wajah Humaira Aulia.
"Saya nak kerja." Terus terhenti tegukan Ian Cheah. Dia berkerut sebelum meletakkan cawan putih salju itu ke atas piring. Anak matanya menghunus tajam ke wajah Humaira Aulia.
"Pandang I," Humaira Aulia mendongak memandang wajah Ian Cheah. Anak mata hitam pekatnya bersambung pandang dengan anak mata biru Ian Cheah.
"Kenapa you nak bekerja? I kan jaga you.. Hotel I ni you anggap saja rumah you. I tak kenakan you cas bayaran apa-apa pun Maira," Ian Cheah masih enggan memberi keizinan untuk gadis itu bekerja.
Humaira Aulia menghela nafas. "Tak.. Saya nak berdikari. Ya.. Semua yang awak bagi memang lengkap.. Tapi.. Saya nak bekerja. Nak merasai duit hasil titik peluh saya. Mungkin dapat ringankan beban awak sedikit. Lagipun, saya dapat sibukkan diri saya daripada teringatkan arwah walid," Syahdu sahaja nada Humaira Aulia.
Wajah muram Humaira Aulia membuatkan Ian Cheah menghela nafas lelah. Hampir sahaja dia ingin menggenggam jari-jemari runcing Humaira Aulia yang berada di atas meja itu namun akalnya menegah. Dia perlu hormat gadis di hadapannya itu.
"Maafkan I.. Maafkan I kalau you rasa I terlalu mengongkong hidup you. I cuba melindungi you daripada benda buruk berlaku. Okey.. I benarkan you bekerja dengan satu syarat."
Humaira Aulia tersenyum mekar.
"Terima kasih, Encik Ian!"
Ian Cheah tergelak kecil. "Dengan satu syarat, Maira."
Humaira Aulia mengangguk laju. "Apa syaratnya?"
"You kena kerja dalam hotel I ni je. Tak boleh luar daripada ini. I sibuk. I takut kalau I tak sempat nak perhatikan you,"
Memang dirinya dilayan persis seorang adik kandung bagi Ian Cheah.
"Baik.. Saya setuju." Ian Cheah mengangguk sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
Romance💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...