Humaira Aulia mengukir senyuman nipis apabila tubuh tegap itu melangkah penuh bergaya mendekatinya. Wajah kacak Ian Cheah tampak begitu ceria sekali. Jejaka itu baru sahaja selesai sidang media mengenai isu pergaduhan empat hari yang lepas.
"Maira! I dah berjaya selesaikan semuanya! Nama baik I dan keluarga I dah bersih. Hotel I dah tak dapat tohmahan negatif lagi,"
Suara ceria Ian Cheah menyebabkan senyuman Humaira Aulia semakin mekar. Turut sama gembira mengenai berita yang disampaikan oleh Ian Cheah.
"Alhamdulillah, syukur Ya Allah.. Tahniah, Encik Ian. Saya kan dah cakap yang awak boleh buat semua ini?" Humaira Aulia mengukir senyuman manis.
Ian Cheah mengangguk laju. Tangannya naik ingin menyentuh pipi gebu Humaira Aulia namun terhenti apabila teringat akan batas antara mereka.
"Er.. I'm sorry," Ian Cheah kembali menurunkan tangan. Dia meraup belakang lehernya. Segan dengan keterlanjurannya.
Humaira Aulia tergelak kecil. "Tak apa."
Ian Cheah tersenyum mekar. "Terima kasih, Maira sebab support I.. I kuat untuk buat semua ini kerana you.."
Humaira Aulia tersenyum nipis. "No. Awak kuat sebab diri awak sendiri. Bukan kerana saya,"
Ian Cheah tersenyum lebar. "Jom I nak belanja you sarapan,"
Belum sempat Humaira Aulia ingin membalas kata-kata Ian Cheah, matanya menangkap kehadiran seorang gadis cantik yang mengenakan dress simple berwarna merah. Sungguh cantik.
"Hi," Ian Cheah berpaling ke belakang. Terus senyuman di bibirnya pudar. Wajahnya bertukar kelat sepenuhnya.
Jessica mengukir senyuman manis. Tangannya naik memegang pipi licin Ian Cheah. Tidak menghiraukan Humaira Aulia yang menjadi pemerhati.
"Congrats dear.. I'm so proud on you," Bisik Jessica lembut.
Ian Cheah merengus. Ditepis tapak tangan Jessica yang melekat di pipinya itu. Jijik. Dijarakkan dirinya daripada Jessica. Dia berdiri di sisi Humaira Aulia.
Jessica merenung Ian Cheah dan Humaira Aulia silih berganti dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Kasar sekali nada pertanyaan Ian Cheah. Dia tidak kisah jikalau Jessica berkecil hati dengan cara percakapannya.
"Papa you suruh I datang,"
Ian Cheah merengus. "Ni shi shen ma? (Apa yang awak cakap ni?"
Humaira Aulia berdehem. Cuba mencuri perhatian dua orang di hadapannya itu.
"Er.. Saya minta diri dulu," Baru sahaja Humaira Aulia ingin melangkah, suara macho Ian Cheah mematikan hasratnya untuk berlalu pergi.
"Stay beside me. I need you," Mencerlung tajam mata Jessica mendengar kata-kata Ian Cheah.
Humaira Aulia terdiam. Dia menunduk. Tidak sanggup ingin menentang pandangan dengan Jessica. Baginya, dia dan Jessica bagai timur dan barat. Jauh berbeza. Jessica cantik dan bergaya. Dia? Dia tidak punya apa.
"What relationship between you with this girl?" Jessica menyoal sedikit membentak. Anak matanya tajam menghunus wajah Ian Cheah.
"Aku dengan dia tidak ada sangkut paut dengan hidup kau. Jadi kau tak perlu ambil tahu. Aku tak nak ada masalah dengan kau, Jess. Jadi kau boleh keluar daripada hotel aku. Aku tak nak kau jejak kaki lagi dekat mana-mana hotel atau resort aku,"
Jessica tergelak sinis. "Jadi betullah yang you ada hubungan istimewa dengan perempuan ini?"
Ian Cheah mengetap gigi. Rahangnya bergerak-gerak. Sepasang anak mata birunya membalas renungan tajam sepasang anak mata coklat milik Jessica.
"Aku tak nak ada kes baru dalam hotel aku. Dan aku tak pernah pukul perempuan. Dan aku harap kau tak jadi yang pertama," Bergetar nada suara Ian Cheah.
Jessica masih tersenyum sinis penuh mengejek. Dia memeluk tubuh. Direnung Humaira Aulia atas bawah.
"Apa yang ada dekat perempuan ni yang buat you tak pandang I, Ian? I'm perfect! I'm beautiful! Apa lagi yang tak cukup? Perempuan selekeh macam ni you nak? Entah mana keturunan pun tak tahu. Datang dari mana pun tak tahu. Entah-entah anak haram,"
"Jessica!" Jerkah Ian Cheah. Bergema lorong laluan berkarpet merah itu dengan suara garaunya. Terhinjut bahu Jessica mendengar jerkahan Ian Cheah.
Humaira Aulia turut terkejut. Air matanya bergenang. Menanti ingin menimpa bumi. Menggigil badannya mendengar jerkahan Ian Cheah kerana selama empat bulan ini, dia tidak pernah mendengar Ian Cheah meninggikan suara kepadanya walaupun sekali.
"Watch your word, girl!" Ian Cheah menapak menghampiri Jessica yang terkedu memandangnya.
"Seperti yang aku cakap tadi, aku tak nak kau jadi yang pertama yang memecah rekod aku. Aku tak pernah cuit perempuan. Aku bukn dayus. Jangan cabar aku, Jessica Mera,"
Jessica merengus kasar sebelum melangkah pergi dengan hentakan kasut tumit tinggi yang kuat mengenai permaidani merah di lorong itu.
Ian Cheah menghela nafas berat sebelum meraup wajahnya. Rambut dikuak ke belakang sebelum dia bercekak pinggang merenung susuk tubuh Jessica yang berlalu pergi. Mesti gadis itu akan mengadu kepada papanya.
Bunyi esakan di belakangnya membuatkan Ian Cheah berpaling ke belakang. Merenung Humaira Aulia yang masih menunduk dan terhinjut-hinjut bahunya menangis.
"Shit," Ian Cheah menghela nafas sebelum melangkah kembali berdiri di hadapan Humaira Aulia. Dia menunduk merenung gadis itu yang paras dada bidangnya sahaja.
"Maafkan I, Maira. Perempuan tu memang biadap. I.. I minta maaf. Please stop crying. It hurt me a lot,"
Humaira Aulia mendongak memandang Ian Cheah yang menunduk merenungnya dengan kerutan di dahi.
"Apa maksud awak?" Humaira Aulia menyoal. Ian Cheah menarik bafas dalam-dalam.
"Hulurkan I jari telunjuk you," Humaira Aulia berkerut. Namun dihulurkan jua jari telunjuknya ke arah Ian Cheah.
"Letak dekat dada kiri I," Humaira Aulia meletakkan hujung jari telunjuknya pada dada kiri Ian Cheah yang berlapik kemeja dan kot mahal.
"Sakit," Humaira Aulia berkerut. Dia merenung ke dalam anak mata biru yang sedang memandangnya itu.
"Sakit?" Ian Cheah mengangguk. Dahi licin jejaka itu berkerut.
"I sakit dekat situ bila tengok you menangis, Maira. I tak tahu apa puncanya. Tapi yang pasti, sakit sangat. Mencengkam. Sakit tu hanya masa you menangis je,"
Humaira Aulia menjatuhkan jarinya. Dia menghela nafas. Agaknya badan Ian Cheah ada tindakan kimia dengan perasaannya tika itu.
"Jadi.. Jangan menangis. I tak suka tengok you menangis."
Humaira Aulia menghela nafas. Baru dia ingin bersuara, Ian Cheah menghulurkan sapu tangan berwarna kuning cair kepadanya.
Humaira Aulia merenung Ian Cheah sekilas sebelum mengambilnya. Begitu cantik sapu tangan itu. Ada sulaman nama Ian Cheah di hujung sudut empat segi sama itu. Disulam seperti dengan menggunakan emas.
"It is gold?" Terlepas keluar soalan itu daripada mulut Humaira Aulia sebelum Humaira Aulia menggigit bibirnya.
Ian Cheah tersenyum. "Yup. Yang penting kesat dulu air mata you,"
Humaira Aulia mengesat air matanya yang membasahi pipi gebunya. Dia mengukir senyuman kepada Ian Cheah. Cuba meyakini lelaki itu yang dia okey.
"Jom I bawa you ke suatu tempat. Mesti you akan suka," Ian Cheah mengorak langkah laju diiringi Humaira Aulia.
"Ke mana?" Soal Humaira Aulia. Sapu tangan kuning cair itu digenggam kemas.
"Secret," Ian Cheah berpaling membalas renungan Humaira Aulia dengan senyuman mekar di bibir.
YOU ARE READING
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
Romance💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...