SAAT itu, pertama kali dalam sejarah Humaira Aulia melihat seorang lelaki segagah Ian Cheah boleh terduduk di atas lantai sambil mencengkam rambut keperangannya. Pertama kali dia melihat jejaka kacak itu sedih begitu tinggi selama tujuh bulan dia mengenali Ian Cheah.
Jejaka kacak itu yang selama ini paling menjaga imej kacak dan kemasnya kini terduduk serabai di atas lantai hospital. Membiarkan wajah kacaknya diperhati oleh jururawat-jururawat dan para doktor melihatnya aneh.
Humaira Aulia menghela nafas berat. Cap Adidas di atas kepala dibuka dan dipegang lama sebelum dia mendekati Ian Cheah yang terduduk lemah dan tubuh sasa itu bersandar lemah di dinding. Humaira Aulia perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di hadapan Ian Cheah.
Ian Cheah mendongak wajah daripada terus disembam pada kedua-dua belah lututnya yang diangkat mengenai dada bidangnya. Anak matanya bertembung dengan anak mata Humaira Aulia.
"Kenapa duduk sini? Duduklah atas, Maira. Kotor," bisik Ian Cheah lemah.
Humaira Aulia mengukir senyuman nipis. Wajah basah lecun jejaka kacak itu direnung penuh kasih sayang. Anak mata biru itu bergetar hebat. Ya Allah.. Begitu tinggi rasa bersimpatinya terhadap Ian Cheah. Jikalau boleh, mahu sahaja didakap kemas tubuh sasa itu bagi menghilangkan rasa sedih di hati jejaka kesayangannya itu. Namun dia masih sedar akan batasan halal dan haram.
"Kawan saya sedih. Dan kawan saya duduk di sini. Saya tak akan jauhi kawan saya biarpun kawan saya duduk di dalam semak sekalipun," Humaira Aulia berkata tulus sambil anak matanya merenung ke dalam anak mata biru yang sedang menatapnya redup.
"Tolong jangan tinggalkan I macam mana mama, papa dan Jess tinggalkan I, My Maira? Promise to me, honey?" Suara itu separa merayu. Ian Cheah menatap Humaira Aulia penuh rasa sayang yang meluap-luap.
"Insya-Allah selagi Allah beri keizinan untuk saya terus berada di sisi awak, selagi tu saya ada. Saya tak akan tinggalkan awak, Ian. Awak terlalu berharga buat saya untuk ditinggalkan," Humaira Aulia berkata jujur. Turut membalas renungan redup sepasang mata biru memukau itu.
"Kenapa semua orang yang I sayang tinggalkan I, Maira? I takut untuk menyayangi lagi. I takut jika I sayang tu, dia akan pergi macam mama, papa dan Jess. I takut nak sayang you, Maira. I takut suatu hari nanti you akan tinggalkan I juga. Tapi I tak boleh paksa hentikan rasa sayang I pada you. I tak boleh tipu hati I. I sayangkan you,"
Humaira Aulia terdiam. Apabila soal hati diperkatakan, dia membisu. Otaknya tepu untuk mencari ayat yang sesuai untuk diungkapkan.
"Ian!" Jeritan tangis yang datang dari arah kanan menyentakkan mereka berdua. Segera Humaira Aulia dan Ian Cheah bangun memandang Elly, Eris dan Dato Cheah yang menghampiri mereka berdua.
"I takut, abang!" Eris memeluk tubuh sasa Ian erat bagaikan tidak mahu dilepaskan. Menghamburkan tangisan kuat di dada bidang abang kandungnya itu.
Humaira Aulia hanya diam tidak berkutik di sisi Ian Cheah. Hanya memerhati ketiga-tiga beradik itu bertangis-tangisan.
"Apa kau buat di sini?" Sinis sekali nada pertanyaan Dato Cheah membuatkan Humaira Aulia sedikit berkecil hati.
"She is my best friend. Of course she here for me," Ian Cheah membalas tegas sambil mengemaskan pelukannya pada Elly dan juga Eris.
Humaira Aulia hanya diam menekur lantai. "Saya tunggu dekat luar,"
Belum sempat Humaira Aulia melangkah pergi, beg tangannya ditarik oleh Ian Cheah membuatkan langkahnya terbantut.
"You baru cakap yang you akan setia di sisi I. Ini ke buktinya?" Tegas sekali nada suara Ian Cheah. Anak mata biru berkilauan itu memanah tajam ke dalam anak mata hitam Humaira Aulia tajam bak pedang samurai.
Humaira Aulia kembali berdiri bagai tiang bendera. "Sorry,"
Bisik Humaira Aulia perlahan sambil tangannya bermain dengan cap Ian Cheah.
"You nak tunggu sini ke nak masuk dalam? I nak uruskan mama I," soal Ian Cheah setelah menguraikan pelukan daripada Elly dan Eris.
Humaira Aulia menggeleng perlahan. "Saya tunggu sini je,"
Risau juga kalau dia menyibuk, sudahlah Dato Cheah merenungnya bagaikan hendak ditelan hidup-hidup.
Ian Cheah menghela nafas berat. Cap di tangan Humaira Aulia dirampas. Dia berdiri betul-betul di hadapan gadis itu. Menunduk untuk merenung wajah Humaira Aulia.
"Look at me, My Maira," Humaira Aulia mendongak memandang wajah kacak Ian Cheah yang menunduk memandangnya lembut.
"I need you beside me. Please stay here. Don't live me alone. I hate loneliness," bisik Ian Cheah perlahan.
"And.. Keep smile. For me. Because your smile aglow my dark, My Maira," Ian Cheah meletakkan cap Adidas di atas kepala Humaira Aulia. Dia melangkah pergi meninggalkan Humaira Aulia sendirian.
Humaira Aulia terdiam lama. Perlahan-lahan keluhan dilepaskan. Sesak hatinya memikirkan perihal jejaka kacak itu. Dia takut jikalau dia terjatuh cinta kepada Ian Cheah. Dan dia yakin pemuda itu akan menolaknya. Siapalah dirinya jikalau hendak dipadankan dengan Ian Cheah? Jejaka kacak itu punya segalanya. Tetapi dirinya? Hanya Humaira Aulia yang tidak ada apa-apa. Hidup hanyalah menumpang orang. Hala tuju masih kelam. Siapa sahaja mahukan dirinya?
Ya Allah.. Kau percepatkanlah masa lima bulan ini, Ya Allah. Aku mahu tinggalkan Ian segera. Aku takut kalau aku terjatuh dalam permainan hati ini. Maafkan saya, Ian. Saya akan tinggalkan awak.
Doa Humaira Aulia di dalam hati.
Vomments guys ;)

YOU ARE READING
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
عاطفية💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...