BAB 23

2.2K 133 4
                                        

HUMAIRA Aulia menghela nafas perlahan. Sudah tiga hari dia tidak bertemu dengan Ian Cheah. Kelibat jejaka itu pun dia tidak nampak. Lelaki itu hilang tanpa jejak selepas peristiwa diserang sakit teruk di dalam pejabatnya tempoh hari. Humaira Aulia risau jika Ian Cheah sedang mengalami masalah. Dia takut jejaka itu memendam masalahnya sendirian.

Humaira Aulia menghela nafas panjang. Hidangan di atas meja direnung lama. Sudu di tangan hanya digunakan untuk menguis-nguis bihun goreng di atas pinggan. Fikirannya bercelaru memikirkan Ian Cheah.

Sekali lagi Humaira Aulia mengeluh panjang dan berat. Dia memangku dagu dengan telapak tangan kanannya.

"Berat benar keluhan tu, My Maira?" Suara itu!

Humaira Aulia mendongak laju. Serentak itu dia menjatuhkan tangannya daripada terus memangku dagu. Wajah Ian Cheah direnung lama.

Ian Cheah tersenyum senget. Dia melabuhkan duduknya di kerusi kosong di hadapan Humaira Aulia. Hanya membiarkan gadis itu merenungnya bagaikan hendak tembus.

Humaira Aulia merenung cara pemakaian Ian Cheah yang tampak berbeza. Jejaka itu mengenakan seluar jeans hitam dan baju T lengan pendek berwarna putih. Cap berwarna hitam bercop jenama Adidas.

Kacak gila. Menyerlahkan lagi aura mat sallehnya. Terserlah sekali Ian Cheah berdarah kacukan. Jejaka itu lebih ternampak seperti mat salleh berbanding cina.

Humaira Aulia berdehem seketika. "Ke mana awak pergi? Tiga hari hilang tanpa jejak? Tak tinggal pesanan pun dekat pekerja awak?"

Entah mengapa Humaira Aulia terasa kata-katanya tidak ubah seperti seorang kekasih yang sedang merajuk atau berjauh hati. Dia cuma bengang sedikit dengan sikap Ian Cheah. Hilang tanpa sebarang kata.

Ian Cheah tersenyum senget. Cap Adidas di kepalanya dibetulkan. Anak mata birunya memanah ke dalam anak mata hitam pekat Humaira Aulia. Gadis itu hanya berwajah biasa. Tetapi sedikit masam.

"I'm so so sorry, My Maira.. I ada urusan penting sehingga tak sempat nak kasi tau dekat you dan juga PA I,"

Humaira Aulia menghela nafas. "Saya minta maaf sebab tanya awak macam-macam.. Saya tak patut tanya pun.."

Perlahan sahaja nada suara Humaira Aulia. Namun masih didengari oleh Ian Cheah.

"No.. You ada hak nak tanya. Salah I sebab hilang macam tu je. Kalau I di tempat you pun, I bengang."

Humaira Aulia tersenyum nipis. Ian Cheah turut tersenyum manis semanis madu. Jejaka itu membuka capnya lalu diletakkan ke atas kepala Humaira Aulia.

Sedikit tersentak Humaira Aulia dengan tindakan drastik Ian Cheah. Bukan setakat letak sahaja malah jejaka itu menarik turun cap itu seolah-olah melindungi wajahnya daripada tatapan umum.

"I tak suka lelaki hujung sana tu pandang you," bisik Ian Cheah.

Dia menarik pinggan Humaira Aulia yang berisi bihun goreng itu lalu dicapau chopstick dan segera makan. Tergamam seketika Humaira Aulia melihat telatah Ian Cheah.

Namun anak matanya jatuh pada rambut keperangan asli itu. Berkerut sedikit dahi Humaira Aulia melihat gaya rambut Ian Cheah berubah. Tampak lebih kacak! Allah!

"I potong rambut. Jangan buat muka pelik,"

Ian Cheah mendongak memandang wajah Humaira Aulia yang sedang merenungnya dengan sebuah pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Err.. okey," Humaira Aulia melarikan pandangan. Malu pula apabila tertangkap sedang merenung anak teruna orang.

Ian Cheah tersenyum nipis. "My Maira, I nak you jadi orang pertama wish my birthday esok,"

Humaira Aulia tersenyum segaris. "Insya-Allah.."

Ian Cheah menayangkan sengihan mautnya. Namun sengihannya termati apabila iPhone di dalam kocek seluar bergetar dan mendendangkan lagu Solo Yo nyanyian kumpulan CNCO. Terus segera dia mengambil dan berkerut melihat gerangan yang menelefonnya.

"Doktor Anis," Ian Cheah merenung wajah Humaira Aulia sekilas sebelum menggesek ikon hijau.

Humaira Aulia hanya memerhati wajah Ian Cheah sahaja. Dia mencapai green teanya lalu disisip perlahan.

Anak matanya jatuh pada anak mata biru Ian Cheah yang sedang memandang luar hotel. Cantik sekali anak mata itu. Bulu kening tebal dan tersusun rapi Ian Cheah dipandang lama. Hidung mancung itu sangat mempersonakan. Dan.. Seulas bibir merah jambu yang begitu mengiurkan. Jujur, Ian Cheah tiada langsung mirip cina. Wajah jejaka kacak itu lebih kepada lelaki Eropah. Patutlah jejaka itu menjadi perhatian mata-mata nakal gadis-gadis. Jangan kata gadis, isteri orang pun turut tidak terlepas. Siapa tidak terpesona dengan Ian Cheah? Jejaka itu cukup pakej. Kacak, berpangkat, berduit dan berasal daripada keluarga ternama.

"Please tell me, Anis." Suara Ian Cheah bertukar nada. Dahi licin jejaka itu juga turut berkerut-kerut.

Humaira Aulia menolak gelas kaca berisi green tea itu ke hadapan lalu mencuri dengan butir bicara Ian Cheah. Ian Cheah berpaling memandangnya. Sepasang anak mata biru bak permata berkilauan itu merenung ke dalam anak mata hitam pekat Humaira Aulia. Anak mata Humaira Aulia jatuh pada tangan berurat Ian Cheah yang berada di atas meja. Jejaka itu mengepal penumbuk sehingga timbul urat-urat hijau pada lengannya kerana Ian Cheah hanya mengenakan baju T pendek.

"You're liar, Anis!!!" Bergema suara jerkahan Ian Cheah memenuhi ruang makan hotel itu. Semua mata-mata memandang ke arah mereka berdua. Sedar akan suara itu adalah daripada si pemilik hotel, segera semua yang berada di situ melarikan pandangan.

"No! Say to me this is just prank! Please say to me, Anis. It is hurt," Ian Cheah memejam matanya rapat. Dia menyandar kepalanya pada penyandar kerusi.

"You tahu kan I dah tak ada sesiapa dekat dunia ni selain mama I? This is prank, right?"

Humaira Aulia merenung wajah putih Ian Cheah yang mulai memerah.

"Shut up!!" Ian Cheah mencampak iPhone miliknya ke atas lantai. Deruan nafas jejaka kacak itu berubah rentak. Naik turun dada bidang itu bernafas.

Tersentak Humaira Aulia melihat Ian Cheah bertindak sedemikian. Humaira Aulia berdehem. "Are you okay, Ian?"

Ian Cheah merenung anak mata hitam Humaira Aulia.

Humaira Aulia terdiam apabila melihat sepasang anak mata biru itu bertakung dengan air mata. Merah menyala biji mata cantik itu.

"Mama I dah tinggalkan I, Maira." Humaira Aulia bertambah diam. Pertama kali dia melihat wajah Ian Cheah berubah begitu mendadak sedemikian.

"Saya..." Belum sempat Humaira Aulia menghabiskan kata-katanya, Ian Cheah sudah bangun meninggalkan dirinya bersendirian.

Humaira Aulia segera mengambil beg tangannya dan tunduk mengutip iPhone yang pecah berderai itu dan segera berlari mengikut langkah tegap jejaka kacak itu. Dia takut Ian Cheah melakukan sesuatu perkara yang akan membahayakan dirinya.

Kerana dia amat....

Sayangkan Ian Cheah.


Vomments u allss;)

Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang