Ian Cheah merengus kasar. Surat khabar di tangan dilempar ke atas meja kerja. Rambut dikuak ke belakang. Dia duduk di bucu meja sambil melipat lengan kemeja sehingga ke siku menampakkan urat-uratnya.
Kusut kepalanya memikirkan tohmahan yang dilemparkan kepadanya kesan daripada kejadian tiga hari lepas.
Hotelnya dikatakan tidak menjaga keselamatan pelanggan. Dan peristiwa dia membelasah pelanggannya. Banyak netizen mengatakan dia bersikap terburu-buru dan tidak matang.
Ian Cheah merengus perlahan. Pintu dikuak kasar menyebabkan Ian Cheah berpaling. Baru sahaja dia ingin memarahi gerangan yang menganggu privasinya namun mulutnya kembali tertutup.
Dato Cheah merenung tajam anaknya. Ian Cheah merenung tapak tangan bapanya yang sedang menggenggam kemas surat khabar. Dato Cheah melangkah menghampiri anak lelakinya itu. Dilempar surat khabar itu tepat mengenai dada bidang anaknya.
"Apa semua ni, Ian?!" Bergema ruang bilik itu dengan jerkahan Dato Cheah.
Ian Cheah menghela nafas berat. Dia berdiri tegak menghadap Dato Cheah. Dicapai surat khabar yang jatuh di hujung kakinya lalu diletakkan di atas meja kerjanya.
"Papa.. Ian boleh jelaskan semuanya," Terang Ian Cheah. Anak mata birunya merenung tepat ke arah wajah Dato Cheah.
"Tak perlu jelaskan apa-apa lagi, Ian! Papa dah tahu semuanya! Pengawal peribadi papa dah kasi tahu,"
Ian Cheah berkerut. Dia memandang Dato Cheah penuh tanda tanya.
"Papa pasang mata-mata untuk tengok Ian?" Ian Cheah merenung tajam wajah papanya.
Dato Cheah menghela nafas. "Yup! Dan papa tak suka Ian dekat dengan gadis bertudung tu! Stop jaga dia! Jangan dekat dengan dia! Papa tak suka!"
Ian Cheah meraup wajahnya. "Pa.. She is my friend! Tak ada kena mengena dalam masalah ini.. And one more things, berhenti pasang pengawal peribadi untuk tahu hal peribadi Ian! Ian tak suka,"
Deru nafas Ian Cheah mulai tidak teratur. Dada bidangnya turun naik menahan amarah.
"Ya mula-mula kawan.. Lepas tu apa?! Ian cakap dia tak ada apa-apa kaitan dalam masalah ini?! Menipu! Kerana dia, Ian sanggup belasah sampai nak mati seorang pelanggan hotel kita! Apa maksud semua tu?!"
Ian Cheah tergemap sendirian. Apa maksud semua itu? Dia sendiri tidak tahu. Dia cuma mahu menjaga Humaira Aulia daripada bahaya. Dan dia tidak suka lelaki itu kerana cuba melakukan perkara tidak senonoh kepada Humaira Aulia. Hanya itu.
"Pembetulan.. Hotel Ian. Hotel ni milik Ian! Hasil titik peluh Ian! Papa tak pernah kasi walaupun satu sen untuk pembinaan dan pembukaan hotel ni! Tentang Maira, papa tak perlu ambil tahu.. Ini kehidupan Ian.. Ian nak kawan dengan siapa.. Nak bercinta dengan siapa.. Semua itu hak Ian,"
Dato Cheah menampar meja. Direnung tajam wajah Ian Cheah.
"Siapa ajar Ian biadap begini?! Perempuan tu?! Ian jangan macam-macam dengan papa.. Papa boleh bankrap Ian sekejap saja! Ian jangan ingat papa tak boleh buat apa-apa?!" Ugut Dato Cheah.
Ian Cheah merengus. "Come on, pa.. I'm not child anymore.. Kalau papa ada cara nak bankrap Ian.. Ian ada seribu satu cara untuk naikkan balik nama hotel Ian! Dan papa jangan terkejut kalau Ian tak balik rumah jumpa mama dan papa lagi,"
Ian Cheah menggenggam penumbuk. Cuba menahan nada suaranya daripada meninggi.
"Huh! Ian jangan biadap sangat! Papa boleh saja buat sesuatu dekat perempuan tu! Ian tak balik ke rumah, perempuan tu tak akan selamat!"
Ian Cheah mengetap gigi. Rahangnya bergerak-gerak. Urat-uratnya jelas nampak pada rahang tajamnya. Kulit putihnya mulai kemerahan.
"Papa jangan cuba-cuba nak sentuh Maira! Sekali papa cuba apa-apakan Maira, Ian tak mengaku papa ni papa Ian!"
YOU ARE READING
Mr.Apek Limited Edition [EBOOK]
Romance💥VERSI TIDAK DIEDIT💥 💥AVAILABLE UNTIL BAB 25💥 Cinta itu sememangnya buta.Cinta itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata..Sukar disampaikan dengan perbuatan..Hanya hati yang tahu apa itu cinta. Pertemuan Humaira Aulia,seorang gad...