Kling! Kling! Kling!
Bunyi rantai berlaga antara satu sama lain memecahkan kesunyian tempat tersebut. Kegelapan yang mengundang tidak dapat di elak kerana tiada lubang yang dapat menembusi cahaya dari luar.
"Huff... Huff... Huff... "
Bunyi desahan nafas berat kedengaran dengan sungguh perlahan. Bagaikan manusia yang sudah tidak bermaya dan menunggu masa sahaja untuk meninggalkan dunia ini.
Namun begitu, pemilik desahan nafas itu bertahan. Dia masih berjuang untuk hidup di dunia ini. Dia tidak berputus asa berharapkan keajaiban berlaku.
Krekkkk!
Tiba-tiba bunyi pintu dibuka dari luar. Geseran pintu kayu itu terhadap simen batu langsung tidak mengilukan telinga.
"Selamat pagi. "Sapa seorang perempuan yang bernada sinis kepada manusia yang tidak berdaya itu.
Perempuan itu melihat manusia yang sedang terduduk dengan lemah di atas simen batu itu. Tangan dan kakinya digari dengan rantai besi yang besar. Manusia itu tidak ubah seperti seekor haiwan.
"Sihat? "Soal perempuan itu dengan intonasi yang tinggi.
"Aku tak rasa kau dah buta. "Suara garau manusia itu membalas soalan bodoh perempuan itu.
"Aku memang tak buta tapi kau yang buta. "Balas perempuan itu dengan selamba.
Kakinya yang disarung kasut tumit tinggi menyepak lembut kaki pemilik suara itu. Bunyi rantai besi kedengaran.
"Kau tahu, suara kau dah macam lelaki. "
"Kau nak apa, perempuan?! "Jerkah pemilik suara itu dengan lantang.
Perempuan itu agak terkejut. Gigi diketap kerana rasa bengang di jerkah sebegitu. Laju sahaja tangannya menarik rambut pemilik suara separas dada itu.
"Jangan cabar aku, Lee Yoobin. You're no match with me! You just a weak dog! "
"If I'm a dog, then what are you? A mosquito? "
Perempuan itu terus menampar pipi perempuan yang bernama Lee Yoobin dengan kuat sehinggakan Yoobin terjatuh ke sisi.
"Dog like you is a wall to us! Its has been a month since I don't taste human's blood. Its all because of you! Dogs like you! "Tengking perempuan itu dengan mata yang merah. Gigi taring mula kelihatan.
"Then die!" Tengking Yoobin dengan kuat.
Perempuan itu terus mencekik leher Yoobin dengan kuat sehingga kuku-kuku perempuan itu tertusuk ke dalam lehernya. Dia mengetap giginya lalu bergerak ke belakang sedikit demi sedikit.
Perempuan itu tidak sedar bahawa dia telah mengikut rentak Yoobin. Akhirnya belakang tubuh Yoobin menyentuh dinding batu itu. Erangan keluar dari mulut Yoobin apabila perempuan itu menekan lehernya.
Dengan pantas, Yoobin menarik leher perempuan itu menyebabkan perempuan itu terkejut.
Perempuan itu tidak sedar, mereka telah berada di sudut rantai besi menyebabkan Yoobin menggerakkan tangan dan kakinya.
Yoobin mencengkam rahang perempuan itu dengan kuat manakala kedua belah kakinya mengkunci badan perempuan itu. Kemudian Yoobin menghentakkan gigi perempuan itu ke atas besi yang diikat pada tangan kanannya.
Besi itu patah. Lalu dia mengulang perbuatannya pada tangan kiri dan kedua belah kakinya.
Akibatnya gigi taring perempuan itu pecah.
Hanya satu sahaja cara untuk patahkan rantai besi itu. Iaitu taring vampire.
Selepas itu, tanpa membuang masa, Yoobin memusingkan kepala perempuan itu 180° lalu menarik kepala tersebut dari badan. Kepala di campakkan pada sudut dinding.
Dengan lemah, dia berdiri dari duduknya. Longlai sahaja pergerakannya.
"Kau bodoh, Allien kalau kau fikir aku takkan cari cara untuk keluar. Lagipun kau je yang kurung aku. "
Betul. Hanya Allien sahaja mengurung dia. Allien telah menangkap dia ketika dia dalam keadaan cedera. Dia dijadikan tempat melampiaskan kemarahan dan diseksa dengan teruk.
Kakinya membawa ke arah pintu utama. Tangan dengan mudah membuka pintu itu lalu berjalan keluar dari rumah tersebut.
Senyuman terukir apabila cahaya matahari mencium wajahnya. Sudah agak lama dia tidak merasakan nikmat berjemur bawah matahari. Matanya melirik ke arah rimbunan pokok-pokok yang besar.
Sudah agak lama dia tidak menghirup udara sesegar ini.
Akhirnya, dia berjaya keluar dari kurungannya.
To be continued...
I know I know. Banyak buku yang Ai pub pastu unpub. Ai tengah buat kajian sebenarnya.
Fanfic Life Is Mystery tu susah sikit sebab tak ada genre fantasy. Ai suka genre fantasy. Idea ni pun tak tahu datang dari mana.
Main cast nya Lee Yoobin. Jangan risau. Heronya akan keluar tak lama lagi. No worries.
YOU ARE READING
BLOODY WOLVES ✔
Werewolf"A wolf that can't shift is a shame. " - Alpha Jimin "An Alpha called mate as weakness is the coward one. " - Luna Yoobin "You are not worth to be my Luna. " - Alpha Jimin "I regret to be your mate. " - Luna Yoobin An ego Alpha face a feisty Luna...