15

574 46 12
                                    

Gelap.

Terperangkap.

Itu sahaja kata-kata yang mampu menggambarkan keadaan Yoobin ketika ini. Matanya yang bersinar bagaikan sudah hilang sinarnya. Kosong.

Kini mindanya telah mempermainkan dirinya. Mindanya memberi gambaran basement yang berada di bawah rumah lamanya. Rambut hitam paras tulang rusuk telah pun menjadi paras bahu. Dia tidak tahu kenapa boleh menjadi pendek tetapi dia hanya menghiraukan sahaja.

Lengannya memeluk kaki dengan lebih erat yang berada di dadanya. Dahi diletakkan di atas lutut. Tubuhnya tidak seperti perempuan berumur 22 tahun tetapi berumur 7 tahun.

Sangat lemah.

Sangat kecil.

Tubuhnya juga berbirat dan luka.

Tiba-tiba telinganya terdengar bunyi pintu besi dibuka dari luar. Kepala tidak diangkat kerana ketakutan. Badannya juga turut menggigil.

Dia mengesan bahaya. Bahaya yang besar.

Derapan tapak mula kedengaran. Bunyinya seperti menghala ke arahnya.

Berdasarkan bunyi itu, ianya lelaki. Berbadan tegap dan memakai kasut bertapak keras. Yoobin semakin mengecilkan badannya. Refleks badannya yang kini dalam ketakutan.

Lelaki itu mencangkung di hadapan Yoobin yang sedang menggeletar. Bahkan bayang-bayang lelaki itu menakutkan Yoobin.

Secara mengejut, lelaki itu mencengkam rambut Yoobin dengan kuat.

"Ergh! "Erang Yoobin dengan kuat. Cengkaman di rambutnya sangat kuat. Akar rambutnya bagaikan hendak tercabut.

Sakit! Sakit sangat! Air mata mula menitis dari matanya yang berkaca. Terdongak kepala Yoobin menyebabkan Yoobin dapat melihat muka lelaki itu.

"Pulangkan anak aku! "Tengking lelaki itu dengan keras. Yoobin terpegun kerana lelaki itu adalah ayahnya. Alpha Lee Wan.

"A-ayah... "Panggil Yoobin dengan lemah campur terkejut.

"Ayah? Siapa ayah kau, syaitan?! Pulangkan Yoobin aku! "

"Yoobin kau? Dia juga Yoobin aku. "Balas Yoobin dengan tiba-tiba. Terbeliak mata Yoobin apabila balasan itu terkeluar daripada mulutnya.

Bagaikan bukan dia yang berkata.

Alpha Lee Wan tergelak sinis. Hanya seketika sebelum kepala Yoobin dihentak ke dinding dengan kuat sehingga berdarah.

Hentakkn itu terlampau kuat. Bintik hitam mula kelihatan dan kepalanya menjadi kabur lalu sedikit demi sedikit kesedaran hilang.

*****

Tok! Tok! Tok!

"Masuk."

Dengar sahaja balasan tersebut, wanita berumur 24 tahun itu membuka pintu bilik kerja Alpha Jimin. Alpha itu mahu berbicara dengannya soal Yoobin.

"Alpha. "Panggil Bora dengan hormat lalu menundukkan kepala sedikit.

"Angkat kepala awak, Female Gamma. "

Arahan Jimin dipatuh tetapi dia agak terkejut mendengar gelaran Female Gamma. Dia mahu belum sedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

"Bermula hari ni, awak adalah Female Gamma and I hope you could forgive me regarding Omega's cases. "

"Kami cukup bersyukur kerana Alpha telah menukar beberapa peraturan tentang Omega. "

"Erm. Duduk, Kim Bora. Kita ada banyak perkara nak berbincang. "Arah Jimin. Bora akur. Wanita itu duduk di kerusi yang berhadapan meja kerja Jimin.

BLOODY WOLVES ✔Where stories live. Discover now