1

887 58 9
                                    

LEE YOOBIN berjalan dengan lemah di dalam rimbunan pokok itu. Dengan bajunya yang kotor dan terkoyak serta tubuh badan yang berlebam langsung tidak membantu dirinya.

Malah dia juga sudah 4 hari tidak makan. Allien tidak memberikannya makanan. Ada juga dia makan makanan yang diberi oleh vampire itu tetapi hanya dalam kuantiti yang sedikit. Dia perlu teruskan hidup.

Hidungnya cuba menghidu bau-bauan yang dikenali tetapi hampa. Dia tidak berjaya. Dia berjalan bagaikan orang sesat di dalam hutan. Dia berjalan sehingga dia nampak ada ladang buah epal.

Namun begitu, pandangannya menjadi malap dan kepalanya seperti berpusing. Dia cuba untuk bertahan tetapi dia gagal. Tubuhnya mengingkari tuannya lalu rebah ke bumi.

*****

Terasa ada benda berat di atas dahinya lalu dengan pantas, dia bangun dari baringnya. Terus kepalanya menjadi sakit lalu baring kembali.

"Dah bangun? "

Seorang nenek datang ke arahnya dengan semangkuk bubur dan segelas air kosong.

Tuala lembap yang berada di atas selimut, di ambil lalu diletakkan di atas dahi Yoobin.

"Nenek jumpa kamu pengsan di ladang nenek. Nenek tengok kamu cedera jadi nenek minta kawan-kawan nenek tolong angkat kamu. Nasib baik kamu ni ringan." Ada nada usikan di akhir kata nenek tersebut.

Yoobin tersenyum sedikit. Dia mengambil tuala lembap dari dahinya lalu duduk dengan perlahan. Nenek itu duduk di birai katil.

"Saya dekat mana? "Soal Yoobin dengan lembut.

"Kamu dekat rumah nenek. "

Yoobin mengangguk dengan perlahan. Bau kopi segar menusuk hidungnya. Bau tersebut amat menenangkannya sehingga matanya terpejam seketika. Apabila dia membuka matanya,muka nenek menerjah pandangannya. Bintik merah mula kelihatan di pipinya.

"Kamu ni serigala ke?"

Soalan nenek tua itu mengejutkan Yoobin. Dia tidak mahu berada di tempat yang tahu rahsianya. Dengan kelajuan serigala,dia berlari ke pintu utama rumah tetapi dia sempat dihalang oleh panggilan nenek itu. 

"Sekejap, nak! Nenek takkan bagitahu sesiapa pun. "Ujar nenek itu lalu berjalan ke arah pintu utama itu. Yoobin memegang tombol pintu dengan lebih kuat.

Dari ekor matanya, dia nampak nenek itu berjalan ke arahnya dengan pantas. Dia agak kasihan kerana nenek itu sudah tua. Dia memusingkan badannya dengan perlahan-lahan.

Matanya bertembung dengan mata sayu nenek itu.

"Nenek takkan bagitahu sesiapa, nak. Kamu boleh percayakan nenek. "Ujar nenek lalu berjalan perlahan-lahan ke arah Yoobin.

Tangan Yoobin di pegang dengan erat. Mata tulus nenek itu amat menyenangkan hati Yoobin.

"Percayakan nenek. Hm? "Pujuk nenek itu lagi. Yoobin mengangguk perlahan-lahan. Nenek itu tersenyum manis.

Yoobin berasa selesa dengan nenek itu. Dia tidak mahu pergi. Rumah nenek itu seakan-akam rumahnya. Dia berasa selamat.

"Mari masuk bilik. Kamu masih tak sihat." Pujuk nenek itu lagi lalu menarik lembut tangan Yoobin ke bilik.

Apabila pintu dibuka, nenek itu menolak Yoobin ke katil lalu mereka berdua duduk di birai katil. Nenek itu mengambil meja kecil yang khas untuk letak makanan lalu diletakkan atas katil. Bubur dan air diletakkan pula di atas meja itu.

"Makan ya. "Pujuk nenek itu lagi. Yoobin tersenyum nipis lalu memegang sudu tersebut.

Dia mencedok sedikit bubur nasi dan abelon yang dimasak oleh nenek itu lalu dimasukkan dalam mulutnya. Rasa manis dan masin mula menerjah deria rasanya.

BLOODY WOLVES ✔Where stories live. Discover now