N/p: Day Dream by Dreamcatcher in the media.
Mata Yoobin tidak lepas memerhati wajah licin milik lelaki yang berbaring di sebelah. Licin, tiada jerawat dan parut besar. Hanya ada parut kecil sahaja dimukanya.
Tangan kanan dikeluarkan daripada selimut yang menutupi tubuhnya. Jari telunjuk mengelus pipi Jimin dengan lembut dan perlahan. Pada masa yang sama, dia teringat malam cinta mereka berdua.
Tatapan mata redup yang penuh dengan cinta dan kasih sayang memenuhi mata dia serta lelaki di hadapannya. Sentuhan lembut oleh lelaki itu bagaikan dirinya adalah kaca yang mudah pecah. Betapa prihatinnya lelaki ini kepada dirinya.
Yoobin bagaikan tidak percaya bahawa lelaki ini mampu membunuh seseorang. Dia teringat luahan Jimin malam tadi.
"Aku bunuh adik aku, Yoobin. Aku sadistic. Aku suka benda-benda berkaitan penyeksaan. "
Kepala Yoobin diangkat daripada tersembam di dada Jimin. Matanya memandang muka Jimin yang mencium rambutnya. Mata lelaki itu tidak terbuka ketika meluahkan kata-kata itu.
"No one perfect in this world, Park Jimin. Awak adalah Alpha. Tak ada Alpha yang mempunyai masa silam yang bersih bagaikan kain sutera. Bahkan saya, Female Alpha, adalah seorang pembunuh. "Balas Yoobin dengan tenang.
Dia dapat rasakan lehernya yang mempunyai bekas gigitan sebagai tanda 'mark' dicium lembut. Matanya dipejam kerana bahagian lehernya terasa geli dan nyaman kerana ciuman Jimin.
"Moon Goddess too cruel to us. "Tuduh Jimin dengan emosi. Pinggang Yoobin dipeluk erat.
Gelengan dibalas oleh Yoobin.
"Kalau Moon Goddess kejam dengan kita,dia takkan pertemukan kita. "Balas Yoobin dengan lembut. Dia cuba memujuk Jimin yang menyalahkan dewi serigala.
"Erm... "
Erangan Jimin memecahkan lamunan Yoobin. Dia nampak mata Jimin terbuka perlahan-lahan.
Warna anak mata Jimin adalah biru.
"Alex? "Panggil Yoobin dengan bingung.
"Grrr... "Balas Alex sebelum menyembamkan muka di leher Yoobin. Hidung lelaki itu menghidu leher Yoobin.
"Alex, Jimin mana? "Soal Yoobin sambil tangannya mengusap rambut Jimin yang berserabut.
Dia dengar rengekan merungut oleh Alex. Senyuman kecil terukir di bibir Yoobin.
"Nanti kita pergi main hide and seek. Dami also missed you."pujuk Yoobin dengan tenang.
Pujukan Yoobin berhasil kerana Jimin mengangkat mukanya lalu mata lelaki itu kembali berwarna coklat.
YOU ARE READING
BLOODY WOLVES ✔
Werewolf"A wolf that can't shift is a shame. " - Alpha Jimin "An Alpha called mate as weakness is the coward one. " - Luna Yoobin "You are not worth to be my Luna. " - Alpha Jimin "I regret to be your mate. " - Luna Yoobin An ego Alpha face a feisty Luna...